Rabu, 24 Julai 2013

Azan Berkumandang Ketika Sedang Sahur; Teruskan atau Berhenti?


Ramai yang keraguan tentang status puasa bagi mereka yang terus makan ketika azan subuh sudah kemundang dalam bulan ramadhan. Ada sebilangan mereka menyatakan, ketika sedang sahur, lalu kedengaran azan, maka teruskan makan sahur selesai makan. Pada mereka, hukum puasa itu adalah sah.

Alasan mereka adalah kepada satu hadis yang dirawayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang dinilai saheh mengikut syarat Imam Muslim, iaitu hadis yang bermaksud;

"Seandainya seseorang daripada kamu mendengar azan dan bekas makanan ada dihadapan kamu, maka janganlah letakkan bekas makanan tersebut (berhenti makan) sehinggalah kamu menyelesaikan hajat kamu (habiskan makanan)"

Sebagai memberi penjelasan terhadap perkara ini adalah perbahasan seperti berikut;

Satu : Firman Allah yang bermaksud;

"makan dan minumlah hingga nyata benang putih hingga benang hitang dari fajar" (surah al-baqarah, ayat 187)

Ayat ini menjadi dalil qatie subut bahawa tahap waktu sahur adalah sebelum azan fajar.. apabila sudah fajar, tidak boleh makan lagi. jika makan juga, maka puasanya tidak sah, wajib diqadha' pada hari lain...

Kedua : adapun hadis riwayat al-Baihaqi pula bersifat ahad dan sudah pasti sifatnya Zanni al-Subut dan Zanni al-Dilalah. apabila ia bercanggah dengan maksud al-quran yang mengatakan sekadar fajar sahaja boleh makan, maka sudah pasti hadis ini perlu diihtimalkan.

ketiga : Dilihat kepada beberapa hadis, didapati ada hadis lain bahawa Nabi SAw pernah berkata yang bermaksud;

"Sesunggunya bilal bin rabah melaungkan azan pada waktu malam.. maka makan dan minumlah sehingga azan dilaungkan pula oleh Abdullah Ummi Maktum" (Muwatta')..

Makanya, hadis di atas diihtimalkan pada azan pertama yang berlaku sebelum subuh, iaitu azan mengejutkan orang bangun tahajud. Adapun bila azan subuh kemundang, maka tidak boleh lagi makan sahur.

Sekian

Wallahu 'Alam

[Ustaz Wan Ji At-ta'aduddi]


kredit:Ust.Roc


Tiada ulasan:

Catat Ulasan