Isnin, 15 April 2013

Hitam Didahi Bukan Tanda Alim atau Berilmu


Pernah atau tidak anda melihat tanda hitam di dahi pada siapa-siapa.

Pertama sekali tanggapan anda mesti orang tersebut alim kan? Tapi betul ke alim?? Wallahualam...

Alquran ada menyebut yang ertinya :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama-sama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud "(QS al Fath: 29).

Banyak orang yang salah faham dengan maksud ayat ini. Ada yang menyangka bahawa dahi yang hitam kerana sujud itulah yang dimaksudkan dengan 'tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud'. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.
Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahawa yang dimaksudkan dengan 'tanda mereka ... "adalah perilaku yang baik.

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat dari Mujahid bahawa yang dimaksudkan adalah kekhusyuan.
Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, "Ciri mereka adalah solat" (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).

Dari Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, "Siapakah anda?". "Aku adalah anak asuhmu", jawab orang tersebut.
Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua-dua matanya. Beliau berkata kepadanya, "Bekas apa yang ada di antara kedua-dua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Uthman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku? "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698)

Dari Ibnu Umar, beliau melihat ada seorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, "Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau jelekkan penampilanmu! "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3699).

Dari Abi Aun, Abu Darda 'melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat' kapal 'seperti' kapal 'yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, 'Seandainya bekas itu tidak ada pada dirimu tentu lebih baik "(Riwayat Bahaqi dalam Sunan Kubro no 3700).

Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada di dekat as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, "Sungguh dia telah merosakkan wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah solat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

Dari Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, 'tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud' apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah?
Jawapan beliau, "Bukan, bahkan ada orang yang 'kapal' yang ada di antara kedua-dua matanya itu bagaikan 'kapal' yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang bejat. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyu'an "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).

Bahkan Ahmad ash Showi mengatakan, "Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang riya 'iaitu tanda hitam yang ada di dahi kerana hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid'ah)" (Hasyiah ash Shawi 4 / 134, Dar al Fikr).

Dari al Azroq bin Qais, Syarik bin Syihab berkata, "Aku berharap bisa bertemu dengan salah seorang sahabat Muhammad yang boleh menceritakan hadis tentang Khawarij kepadaku. Suatu hari aku berjumpa dengan Abu Barzah yang berada bersama satu rombongan para Sahabat. Aku berkata kepadanya, "Ceritakanlah kepadaku hadis yang kau dengar dari Rasulullah tentang Khawarij!".

Beliau berkata, "Akan kuceritakan kepada kalian suatu hadis yang didengar sendiri oleh kedua-dua telingaku dan dilihat oleh kedua-dua mataku. Sejumlah wang dinar diserahkan kepada Rasulullah lalu baginda membaginya. Ada seorang yang botak kepalanya dan ada hitam-hitam bekas sujud di antara kedua-dua matanya. Dia mengenakan dua helai kain berwarna putih. Dia mendatangi Nabi dari arah sebelah kanan dengan harapan agar Nabi memberikan dinar kepadanya namun beliau tidak memberinya.
Dia lantas berkata, "Wahai Muhammad hari ini engkau tidak membahagi dengan adil".

Mendengar ucapannya, Nabi marah besar. Beliau bersabda, "Demi Allah, setelah aku meninggal dunia kamu tidak akan menemukan orang yang lebih adil berbanding diriku". Demikian beliau ulangi sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda,

"Akan keluar dari arah timur orang-orang yang seperti itu penampilan mereka. Dia adalah sebahagian daripada mereka. Mereka membaca al-Quran namun alQur'an tidaklah melewati tenggorokan mereka. Mereka melesat dari agama sebagaimana anak panah melesat dari binatang sasarannya selepas menembusnya kemudia mereka tidak akan kembali kepada agama. Ciri khas mereka adalah botak kepala. Mereka akan selalul muncul "(HR Ahmad no 19798, dinilai shahih li gharihi oleh Syeikh Syu'aib al Arnauth).

"Bagaimana cara menyamarkan / menghilangkan tanda hitam di kening / di dahi kerana sewaktu sujud dalam solat terlalu menghujam sehingga ada bekas warna hitam?"

Oleh kerana itu, ketika kita sujud hendaknya proporsonal jangan terlalu berlebih-lebihan sehingga hampir seperti orang yang telungkup. Tindakan inilah yang sering menjadi sebab timbulnya bekas hitam di dahi.
Sumber

 Bacalah dibawah juga..

Cara Sujud Yang Dilarang Semasa Sembahyang


salah tuuu....


.......dan janganlah sesaorang daripada kamu membentangkan kedua tangannya (dilantai) seperti anjing yang membentangkan (kedua kaki depannya) 
[ hadith riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad ]


Kaedah letak anak jari kaki itu adalah betul (mengikut mazhab As Shafiee - tidaklah diketahui mazhab yang lain)..


Dahi adalah sebahgian anggota sujud. Jika ketika sujud hanya kena pada serban/kopiah atau kain menutup kepala (seperti talekong atau kain yang diselendang atau kain ihram yang dipakai ketika atau diluar ihram)atau rambut yang panjang yang menutup dahi maka sujud itu juga tidak sah. Maka solat itu juga batal (mengikut mazhab shafiee - tidaklah diketahui mazhab lain.) 
Mohon pandangan dan panduan dari yang arif...
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan