Rabu, 27 Mac 2013

Tempat-Tempat Yang Dilarang Solat

Solat hendaklah dikerjakan dalam waktunya yang tertentu dan pada tempat-tempat yang suci yang layak sahaja, walaupun bumi Allah ini pada umumnya suci.Sebenarnya, ada beberapa tempat yang dilarang mengerjakan solat berdasarkan Hadis Rasullulah saw dan amalan para sahabat. 

Tempat-Tempat Yang Dilarang


1- Di Atas Kubur 

Di larang solat atas kubur berdasarkan Hadis Nabi saw yang bermaksud : 

"Allah melaknati orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka membuat masjid (tempat solat) di kuburan para Nabi mereka." 

Menurut Imam Ahmad dan Muslim , Rasullulah saw bersabda : 
"Jangan kamu solat menghadap kuburan dan jangan kamu duduk di atasnya." 


2- Dalam Gereja Nasrani atau Biara 

Larangan solat di dalam gereja Nasrani atau Biara atau sebagainya dimaksud untuk menghormati tempat ibadah mereka kerana agama islam menjamin kebebasan beragama dan beribadat. 

Khalifah Umar Al-Khattab pernah melarang kaum muslimin mendirikan solat di dalam gereja sesudah mereka berjaya menawan Baitul Maqdis kerana bimbang orang islam nanti akan melakukan seperti itu di tempat-tempat ibadah yang lain secara paksa. 

Bagaimanapun, diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz dan Abu Musa al Asy'ari pernah solat di dalam gereja yang ditinggalkan. 

Ibnu Abbas pernah solat di dalam gereja ketika terpaksa kecuali gereja yang di dalamnya terdapat patung-patung berhala. 

Menurut Imam Hanafi dan Syafii solat di dalam gereja Nasrani atau Yahudi hukumnya makruh mutlak. Jumhur ulama menyatakan bahawa larangan itu hampir kepada haram. 



3- Di Tempat Kotor 

Larangan solat di tempat kotoran ialah kerana solat itu adalah ibadah utama yang memerlukan kebersihan dan kesucian dalam semua segi. 

Maka termasuk larangan solat itu ialah di tempat membuang sampah sarap,tempat penyembelihan haiwan,di tengah jalan awam, di dalam kandang ternakan, di tempat mandi atau tandas, dan di atas bumbung Kaabah. 

Solat di tempat-tempat kotor menghapuskan kesucian solat itu sehingga boleh mengakibatkan solat itu itu cacat atau tempang. 

Tempat-tempat kotor ini biasanya menimbulkan bau yang mengganggu hidung dan fikiran musalli. Maka solatnya mungkin tidak khusyuk kerananya. 

Tempat-tempat kotor ini juga biasanya mengandungi najis . Maka adalah sukar untuk menjamin ruang solat yang suci dari najis .

Petikan : 

Buku "Solat Rasullulah" 
Mustaffa Suhaimi

http://www.khairilmazri.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan