Ahad, 24 Mac 2013

Al Fatihah Buat Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty

إنا لله وإنا إليه راجعون Innalillah wa inna ilaihi rajiun


Takziah kepada diri dan umat Islam semua atas pemergian Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty yang terbunuh syahid ( malam jumaat ) dalam sebuah letupan berani mati di Masjid Al-Imaan ketika sedang menyampaikan kuliah mingguannya di situ. Berita Television Syria melaporkan sedemikian.

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya "

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku"

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad"

(yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)


Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya.

Al-Fatihah buat Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi.

Semoga Allah s.w.t mengampuni dosanya, menerima segala amalannya, merahmatinya serta menempatkannya bersama-sama dengan para syuhada' dan para salihin. Amin


رحم الله إمامنا وشيخنا الجليل الأستاذ العلامة محمد سعيد البوطي غفر له وأكرمه ونفعنا به وبعلومه في الدارين.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan