Selasa, 5 Februari 2013

Fatih Seferagic, Si Tampan yang Hafiz Al-Qur’an dan Bersuara Merdu




Siapa yang tidak tertarik dengan remaja soleh dan tampan ini. Masih muda, berumur 18 tahun, hafal Al-Quran. Pada masa ini anak muda yang boleh menghafal Al-Quran itu 1000.000: 1. Selain itu anak muda kita hari ini, Susah untuk mencari remaja yang boleh dijadikan model seperti Fatih ini. 

Dan pula suara Fatih ini merdunya hampir sama dengan Mishari Rasheed. Sesiapa yang mendengar suara Fatih, membuat kita bergetar dan semakin merasakan bahawa begitu indahnya Firman Allah S.W.T. 

Remaja Muslim Malaysia (sebahagian) yang sekarang terkenal dengan remaja hura-hura. Perokok, pergaulan bebas, penagih dadah,Merempek, dan seumpamanya. Mungkin mereka sudah kehilangan seorang figur (idola) yang boleh ditiru.Generasi sebelum mereka kebanyakan mencontohkan hal yang tidak baik, sehingga mungkin serba-sedikit boleh dimaklumi mereka juga akhirnya rosak seperti itu.


Fatih Seferagic boleh menjadi satu figur remaja yang layak dicontohi khususnya remaja. Untuk itu, mungkin diperlukan lagi berita tentang beliau dan terus dibahagikan kepada remaja seluruh dunia terutama Malaysia @ Nusantara. Syukurlah kalau boleh menghadirkannya ke sini.
Dialah pemuda itu.Seorang yang Hafiz Quran, bersuara merdu dan tampan pula. Masyaallah .. Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran. Pemuda yang berbangsa Bosnia ini lahir di Stuttgart, Jerman dan sekarang tinggal di Texas, Amerika Syarikat. Pada umur 4 tahun ia sekeluarga berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun di mana ia memulakan dan menyelesaikan hafalan Al-Qurannya.
Sebenarnya ia baru memulakan menghafal Al-Qur'an pada usia 9 tahun dan menyelesaikan hafalannya dalam masa 3 tahun, atau menjadi hafiz pada usia 12 tahun. Ia melatih hafazannya itu di bawah bimbingan Syeikh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang ia masih bersekolah, ia juga mengajar Al-Quran dan menjadi ketua remaja  di Masjid Shaykh Yasir Birjas di Dallas, Texas.
Bagi yang ingin menjadi 'murid' nya, peluang untuk itu terbuka luas.Dia akan mengajar tajwid Al-Quran hingga bagaimana untuk menghafal Al-Quran. Yang uniknya muridnya boleh belajar secara langsung dengan boleh menggunakan kemudahan Skype.Namun sayangnya hal itu hanya berlaku untuk warga AS dan Kanada sahaja .
Itu di Amerika, di negara kuasa dunia yang sama-sama kita tahu Islam masih menjadi minoriti. Jadi, bagaimana dengan kita? 
Di negara MALAYSIA @ Nusantara ini yang majoriti adalah umat Islam. Sudah  berapa juz yang kita sudah hafal ? Sudah berapa ayat hari ini?
tanyakan pada diri sendiri.Tepuk dada tanyalah Iman kita masing-masing.
Semoga, selepas ini akan lebih ramailah ibubapa  bermotivasi yang mahukan anak-anak mereka menghafal Al-Quran berbanding ingin anaknya menyandang gelaran dalam akademik yang hanya untuk sekadar mencari bahan sanjungan dan kebanggaan manusia di dunia yang fana ini.

Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi hamba-hambanya yang soleh.Amin


MANJADDA WAJADA!
Bukan masalah tempat, bukan masalah usia.
Hanya masalah kemahuan dan kesungguhan.
Sungguh, betapa indahnya jika mampu menghafal 30 juz

Bagi para ibubapa yang menginginkan Fatih Seferagic menjadi menantunya atau bagi para gadis yang berharap Fatih Seferagic menjadi calon suaminya, sila ikuti aktivitinya. :)
Berikut ini page Fatih Seferagic di Facebook:  https://www.facebook.com/fatihseferagic dan kicauannya di twitter.com / fatihseferagic.

Disunting dari : http://nbayti.blogspot.com, http://hadiahdi.wordpress.com. , www.akhwatmuslimah.com
Diterjemah mengikut keadaan suasana di Malaysia.
Fatih Seferagic Akan Datang ke Indonesia Harap datang juga ke Malaysia
0000000000bahtiarMelalui status fan page Facebook,  Fatih Seferagic mengkhabarkan Insya Allah akan datang ke Indonesia pada bulan Jun 2013 ini, untuk menghadiri sebuah youth camp.
 "Looks like ï'm coming to lndonesia in June for a youth camp! Inshallah! " 
Seperti yang dilaporkan- akhwatmuslimah.com. Muslim Indonesia nampak cukup bersemangat menyambut berita kedatangannya. Ini dilihat dari banyaknya komentar muslim Indonesia di fanpage Fatih , seperti ucapan:
"You should come my brother, young people in indonesia need role model like you "

"Ahlan wa sahlan my brow to my country :)"

"Wowww .... we are waiting for you here in indonesia my brother ... :) "

"Can't wait to see u ... wanna hear ur voice to read the holy quran"

Hingga berita ini ditulis, sudah ada lebih dari 350 komentar yang menyambutnya. Bahkan muslim di Malaysia juga berharap Fatih boleh berkunjung ke negara mereka, lagipun Indonesia dan Malaysia adalah negara yang berdekatan.

Disunting dari: www.undergroundtauhid.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan