Isnin, 31 Disember 2012

Ustaz Don Belasah Pemimpin Rasuah

Ustaz 'ROCK' kesukaan ramai
Malam tadi tv Hijrah terlah memaparkan siri 60 minit bersama Ustaz Don Danial yang menjadi terkenal kerana ceramahnya yang bersahaja dan jenaka selambanya. Dalam siri 60 minit bersama Ustaz Don ini kali ini lebih menarik kerana pokok ceritanya adalah rasuah.

Ustaz Don memulakan rakaman dengan menghuraikan makna rasuah dan risywah. Menurutnya, perkataan rasuah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab iaitu ”al-risywah”. Beliau menyatakan betapa pentingnya mencari rezeki dengan cara yang halal. Beliau turut memberikan beberapa contoh kesan daripada mengambil hak orang lain dan hasil rezeki yang tidak berkat.

Beliau juga turut merungkai satu persatu maksud ayat 188, di dalam Surah Al-Baqarah. Justeru, ujarnya lagi setiap umat Islam perlu sama-sama berusaha untuk memerangi rasuah daripada terus merebak dan menjadi amalan di kalangan masyarakat. 

Sesungguhnya, perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya.

Beliau turut memetik kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg Dato’ Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, apabila seseorang bercakap mengenai sesuatu, ianya hanyalah mengenai sesuatu. Tetapi apabila seseorang bercakap mengenai ”perubahan” ianya adalah mengenai SIAPA. - SPRM

Di akhir program iaitu seminit dua sebelum penutup, Ustaz Don telah menempelak pemimpin negara yang terlibat dengan rasuah tanpa merujuk kepada sesiapa. Beliau menyebut pepatah "kalau bapa kencing berdiri anak kencing berlari". Merujuk pemimpin negara sebagai para 'bapa' dan semua rakyat lain sebagai 'anak'. Jika 'bapa' (pemimpin) tidak mahu 'anak' (rakyat) terlibat dengan rasuah maka pemimpin terlebih dahulu jangan amalkan rasuah.

Walau pun tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin namun kuliah/ceramahnya kali ini pasti akan membuatkan ramai haramjadah berasa marah. Adakah AlHijrah juga akan turut diarah untuk 'ban' Ustaz glamour ini terus menjadi tanda tanya.

Apa pun yang bakal terjadi gua memang tabik Ustaz Don. Gua bersyukur kepada Allah kerana melahirkan Ustaz Don yang berjaya menarik minat anak-anak muda menonton siri-siri pengajian agama yang melibatkannya.

Tahniah Ustaz Don

Gendang Perang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan