Selasa, 20 November 2012

Petua Kecantikan Dan Awet Muda



tips awet muda secara semulajadi


Berbicara tentang Awet Muda dan Kecantikan, ianya tak dapat lari dari menceritakan tentang Tips Cantik Dan Awet Muda Secara Alami baik  bagi wanita mahu pun lelaki. Ianya berhubung kait tentang gaya hidup kita sendiri. 

Tips Kecantikan Dan Awet Muda memang menjadi suatu hal yang harus kita tahu agar dapat menjaga kecantikan kita dari pengaruh penua'an awal pada kulit. 

Usia kita memang boleh bertambah, tapi bukan bererti kita boleh membiarkannya begitu saja. Supaya kulit kita sentiasa awet muda, ada langkah-langkah mudah yang boleh diterapkan ke dalam gaya hidup  kita sehari-hari.Selamat mencuba ! 

1. Makan rumpai laut~ Hidangan bawah laut tertentu, seperti rumput@rumpai laut, mempunyai komposisi yang serupa dengan plasma darah dan merupakan salah satu sumber terkaya dari mineral dan nutrisi.Rumput laut juga meminimumkan kesan penuaan dengan detoksifikasi kulit dan memerangi radikal bebas. Jika anda tidak ingin mengunyah rumpai laut yang masin, ambil sahaja yang telah di kapsulkan.

2. Cukup tidur~ Tidak kira berapa tebal atau mahal kosmetik yang digunakan, kulit anda tidak akan kelihatan bagus tanpa tidur yang cukup. Tidur diperlukan untuk memperbaiki dan meremajakan kulit anda, jadi matikan semua alat digital anda di malam hari. 

3. Jangan stres~ Kajian menunjukkan bahawa stres secara automatiknya mencetak garis-garis pada wajah anda. Dapatkan perkara yang menghibur anda sehari-hari dan ia juga dapat menambah usia anda. 

4. Kurangkan gula~ Bila tidak boleh mengelak, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan pengambilan gula. Terlalu banyak gula boleh bertindak balas dengan protein di kulit sehingga mempercepatkan proses penuaan. 

5. Rajin bermasker~ Cubalah topeng sederhana ini agar tetap Cantik Dan Awet Muda secara semulajadi. Campurkan perahan lemon dan putih telur, campurkan selama 3 minit lalu oleskan ke wajah, tunggu 30 minit lalu bilas dengan air suam.

6. Makan banyak protein~ Beri nutrisi pada kulit dengan banyak mengambil makanan berprotein yang berperanan besar menghasilkan kolagen dan elastin. Semua itu adalah penting untuk menjaga agar kulit tetap segar. Cuba makan daging lembu, ikan, telur, keju dan kekacang. 

7.Pakai krim malam sebelum tidur~ Usahakan menggunakan krim malam yang mengandungi vitamin B, C, dan P untuk merangsang peredaran kulit. Pada paginya anda akan dapat merasakan kulit terasa halus dan lembut. 

8. Minuman bervitamin~ Minumlah suplemen vitamin A, C, dan E yang membantu mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari dan penuaan awal. 

9.Makan makanan yang sihat untuk kulit~ Perbanyak makanan yang menyihatkan kulit seperti salmon, almond, dan buah beri. 

10.Elakkan merokok~ Bukan hanya berhenti merokok, tapi juga elakkan asap rokok kerana boleh menyebabkan kulit berkedut, ia merosakkan enzim yang menghasilkan kolagen. Jadi itulah sahaja Tips Kecantikan Dan Awet Muda Secara Alami yang dapat kami berikan untuk anda, yang ingin selalu kelihatan muda. Dan jangan lupa juga untuk melihat artikel yang lain di blog kami selain Tips Cantik Dan Awet Muda ini.


www.inginlihat.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan