Rabu, 17 Oktober 2012

Petua Kurangkan Nafsu Makan


Nafsu makan secara berlebihan memang sukar untuk dibendung. Tetapi sekiranya ia tidak dikawal dengan baik dan seawal yang mungkin, ia boleh mendatangkan masalah kesihatandi kemudian hari. Itu fitrah, kita pantang melihat orang makan ayam, burger di  KFC, MCD mesti kita akan rasa dipengaruhi(-aku tak heran pong, korang punyer perut, kao sumbat la selagi bleh sumbat).. Justeru, di sini dikongsikan beberapa tip dan panduan untukmembantu membendung nafsu makan secara berlebihan.

  • Minum air putih 8 – 10 gelas sehari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menjadi peneybab nafsu makan meningkat secara mendadak.
  • Makan dalam kuantiti kecil sebanyak 4 atau 5 kali sepanjang hari. Kaedah makan dengan cara ini dikatakan lebih baik dan dapatmencegah daripada rasa lapar berlebihan berbanding dengan makan dua atau tiga kali dalam kuantiti yang besar/banyak.
  • Jangan lewatkan waktu makan. Ia kebiasaannya akan menyebabkan seseorang makan secara berlebihan daripada sepatutnya bila tiba waktunya kelak.
  • Kurangkan jumlah makanan belemak dan mengandungi gula yang tinggi.
  • Tingkatkan jumlah serat di dalam menu makanan anda. Serat membantu membuatkan perut terasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
  • Makan di rumah adalah dikatakan lebih baik kerana anda terhindar dari makan dengan banyak atau mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.

sumber : melayukini.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan