Khamis, 11 Oktober 2012

Babic, Datuk Bandar Wanita Berhijab Pertama di Eropah


Babic, Wali Kota Berhijab Pertama di Eropah
 Amra Babic

Visoko - Visoko City akhirnya mempunyai Datuk Bandar yang baru. Dalam pilihan raya yang diadakan pada hari Ahad (7/10), Amra Babic telah dipilih untuk menjadi pemimpin di bandar Visoko,Sekaligus Datuk Bandar yang berhijab .pertama di Eropah.

'' Ia adalah sejarah besar demokrasi. Penduduk menunjukkan kematangan 
berdemokrasi kerana telah memilih seorang wanita dan memakai hijab,'' 

'' Saya yakin hijab ini tidak akan jadi penghalang.Eropah akan memahami ini sebagai identiti seseorang,'' kata Barbic seperti yang dipetik dari AFP . '' Saya yakin Eropah akan mempunyai toleransi terhadap hak orang lain.''

Wanita berusia 43 tahun telah berjaya mendapat sebanyak 30 Peratus suara. Ucapan tahniah terus membanjirinya.

Sebelum menjadi Datuk Bandar, ibu tiga anak ini adalah seorang pakar ekonomi. Beliau bekerja di Kementerian Kewangan di daerah Zenca.

Islam adalah agama terbesar di Bosnia. Sebanyak 40 Peratus daripada 3.8juta jumlah penduduknya beragama Islam.

Dimasa Bosnia masih menjadi sebahagian daripada Yugoslavia, hijab adalah dilarang. Tetapi selepas kemerdekaan Bosnia, sebahagian wanita Islam di negara ini memakai hijab.

Kredit: REPUBLIKA.CO.ID


2 ulasan: