Isnin, 8 Oktober 2012

Astrolab - Komputer Saku Umat Islam Pada Abad Pertengahan


Bangsa atau Umat Islam di abad pertengahan ternyata sudah punya "komputer ajaib" yang boleh membantu mengetahui waktu dan kedudukan benda-benda di angkasa, membantu dalam pelayaran, mempertahakan ketepatan kalendar, menganggarkan gerhana, bahkan mengukur bumi.

Komputer ini umumnya tidak besar, bentuknya bulat seperti jam saku dengan diameter 15 cm saja (ada beberapa yang dibuat dalam skala besar). Astrolab, demikian namanya.


Astrolab / nicolas.brodu.numerimoire.net

Astrolab merupakan peranti astronomi yang paling penting sebelum era teleskop muncul. Ilmuwan abad pertengahan di Timur Tengah, khususnya bangsa Islam telah menggunakan alat ini untuk pelbagai perkara, seperti tertulis di awal artikel.

Astrolab secara prinsip sebenarnya sudah ada sejak sekitar 150 SM. Namun, bentuk fizikalnya baru muncul kira-kira 400 M. Alat ini menjadi bahagian penting di zaman Islam sejak tahun 800 M.

Astrolab terdiri dari sebuah model langit yang tertera pada plat logam melingkar. Di sekliling lingkar luar plat logam itu terukir skala darjat, atau kadang penanda waktu. Jarum penunjuk yang boleh dimainkan (alidad) digunakan untuk menentukan ketinggian suatu bintang ketika peranti ini diangkat setinggi lengan yang teracung. Hasilnya kemudian terbaca pada ukuran berskala.

republika.co.id

Dengan astrolab ini, penggunannya juga boleh mengenali bintang-bintang, meramal bila-bila matahari terbit dan tenggelam setiap hari, menentukan jarak ke Mekah, menyurvei tanah, menghitung tinggi objek, hingga .... belayar!

Tak heran, bangsa-bangsa Islam masa itu menjadi petualang tangguh baik di darat atau laut. Lewat merekalah, akhirnya astrolab diperkenalkan kepada bangsa Eropah melalui Sepanyol (Moor).

Walaupun bangsa Yunani dulu sudah meyakini bentuk bumi adalah bulat, entah mengapa pada perkembangannya bangsa-bangsa di Eropah lebih menerima pendapat soal bumi yang rata. Mata mereka mulai terbuka setelah Copernicus dan Galileo-Galilei memberi pembuktian soal bumi bulat.

Padahal dalam Perjanjian Lama, kitab suci umat Kristian sendiri sudah menulis tentang bumi itu bulat. Demikian juga Quran meyakini bentuk bumi pun bulat.

Saintis-saintis muslim membukitkan iman mereka dengan penyelidikan lanjut, diantaranya melalui astrolab ini.

Sekitar abad 9 M, saat bangsa Islam menguasai separuh dunia, naskah-naskah ilmiah seperti karya astronomi Yunani Ptolemy diterjemahkan ke bahasa Arab. Dinasti Abbasiyah juga mendapatkan naskah-naskah Sanskrit yang kaya akan maklumat tentang matematik, astronomi, dan ilmu pengetahuan yang lain.

Observatorium juga banyak dibina di bandar-bandar tempat tamadun Islam berada. Di tempat ini, para saintis mempunyai pelbagai alat yang paling canggih masa itu seperti astrolab, kuadran, sekstan, dan jam matahari.

Penetapan Mekah sebagai kiblat mendorong cendikiawan Muslim mempelajari ilmu falak. Sejak abad 13, banyak masjid dibina memperkerjakan seorang ahli astronomi profesional (muwaqqit) sehingga boleh menentukan arah kiblat secara tepat. Lagi-lagi, komputer saku astrolab jadi panduan utama.

yolanitaseptiana.blogspot.com

Tidak itu saja, ilmuwan Muslim boleh menentukan tarikh dan hari-hari raya untuk ibadah berdasar pengamatan pada peredaran bulan dan matahari, dan mereka juga boleh membantu orang yang akan naik haji merancang laluan perjalanan yang paling berkesan ke Mekah.
Ini satu contoh ilmu mutakhir yang hingga kini diakui kebenarannya:

Tahun 1031, Abu Raihan al-Biruni sudah menyebutkan kemungkinan bahawa planet-planet berputar mengikut orbit yang elips, bukan bulat.

Mengukur Bumi

Pengembangan Islam ke berbagai belahan bumi menciptakan pembuatan peta bumi ini, termasuk pembuatan globe. Para pembuat peta berupaya keras melakukan pengukuran yang tepat.

Khalifah al-Makmun pernah mengutus dua pasukan kajian ke Gurun Siria dilengkapi astrolab serta tongkat dan tali pengukur. Dua pasukan tersebut berjalan berlawan arah hingga mereka melihat satu darjat perubahan ketinggian Bintang Utara. Hasil perhitungan mereka menunjukkan bahawa jarak yang mereka tempuh sama dengan satu darjat garis Lintang, atau 1/360 keliling bumi.

Monumen astrolab di Dubai / sciencephoto.com


Jadi, setelah dikalkulasi, keliling bumi dari kutub ke kutub adalah 37,369 kiometer. Perhitungan ini sangat mendekati dengan hasil teknologi moden zaman sekarang, yakni 40,008 kilometer!

Maka kesimpulannya, tak menutup kemungkinan bila tamadun bangsa @ umat Islam saat jaya dulu menyebar hingga ke hujung-hujung bumi, dan bahkan (boleh jadi) sampai ke Amerika.


Sumber:
Awake! Magazine
astrolabes

lintasfrekuensi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan