Sabtu, 1 September 2012

Video..Kenapa Jenazah Pemuda ini Dicium Berkali-kali


Rakyat Idlib mengantarkan pemakaman 2 mujahid Libya yang gugur dalam serangan ke bandara militer Taftanaz


IDLIB - Dua orang mujahid gugur dalam pertempuran pada Rabu dini hari (29/8/2012) di lapangan terbang tentera Taftanaz, wilayah Idlib.Kedua-duanya adalah Muhammad Dahrubi dan Ali Muhammad Al-Aujali, warga muslim Libya yang berangkat ke Syria untuk membela nasib saudara seiman.
Muhammad Dahrubi adalah seorang mahasiswa Fakulti Perubatan di Libya. Ia rela meninggalkan bangku kuliahnya demi berjihad bersama kaum muslimin di Syria. Warga Libya lain yang gugur adalah Ali Muhammad Al-Aujali dikenal dengan nama panggilan Abu Nashir.
Keduanya bertempur di barisan hadapan bersama mujahidin kelompok Liwaul Ummah dan gugur oleh peluru tentera rejim Syria. Warga Idlib mengantarkan perkuburan kedua mujahid yang syahid tersebut pada Khamis (30/8/2012).

Pada Rabu dini hari Tentera Kebebasan Syria dari kelompok mujahidin Kataib Ahrar As-Sham bekerjasama dengan mujahidin Liwaul Ummah dan mujahidin Katibah Asy-Syahid Ahmad Al-Assaf melakukan serangan gabungan terhadap lapangan terbang tentera Taftanaz di wilayah Idlib.Pertempuran sengit berlaku di pangkalan helikopter tentera terpenting di Idlib itu.
Dalam serangan itu mujahidin berjaya menghancurkan beberapa kereta kebal tentera dan sekurang-kurangnya 10 helikopter tempur dari sekitar 20 helikopter tentera rejim. Lapangan terbang tentera terpenting di Idlib itu mengalami kerosakan teruk. Mujahidin sendiri berjaya berundur dengan selamat sebelum bantuan besar tentera rejim berdatangan.
Mujahidin kelompok Liwaul Ummah Syria dibentuk oleh syaikh Mahdi Al-Harati, pemimpin Brigade Jihad Tripoli, Libya. Syaikh Mahdi Al-Harati sendiri yang memimpin training tentera kelompoknya di Idlib dan sejumlah wilayah Syria yang lain. Selain para pemuda Libya, banyak pemuda muslim Syria juga bergabung dengan kelompok ini. 
(Muhib almajdi / arrahmah.com )/ustazcyber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan