Jumaat, 28 September 2012

Khasiat Asam Gelugor


ASAM GELUGOR ni banyak khasiatnya. Ais rebusannya dipercayai dapat mengecutkan rahim bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Selain itu, ia juga dapat menurunkan berat badan.Ia terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.



Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk

 merawat reumatisme dan masalah dalam perut.

Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan 

darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Sebagai tambahan Asam Gelugor yang sudah diproses ia akan menjadi Asam 
 Keping. 

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya
adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga 
bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi  dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air   suam.

wajahayu.blogspot.


1 ulasan: