Khamis, 9 Ogos 2012

Tragis! Muslimah Rohingya Makan Daun & Lalang Bertahan Untuk Hidup


Sungguh menyedihkan, nasib ketiga muslimah dari Myanmar yang melarikan diri ke Bangladesh untuk mengelakkan kekejaman rejim junta tentera di negerinya.  

Mereka adalah Raihana, Arafa, dan Hamidah,
Seperti dilaporkan agensi berita asing, ketiga-tiga menceritakan kisah getirnya saat menyelamatkan diri dari kekejaman pemerintah Myanmar. Raihana, 25 tahun, kepada agensi berita Anatoli Turki mengatakan bahawa dalam usahanya melarikan diri ke Bangladesh, dia bersama anak perempuannya yang baru berusia satu tahun, terpaksa memakan daun dan lalang agar bertahan untuk hidup.
 
Seorang pelarian Muslimah lainnya bernama Arafah, 27 tahun, mengatakan bahawa dia telah melintasi perjalanan yang sangat sulit dan berbahaya dari Myanmar hingga Bangladesh bersama dua anak perempuannya Jannat (lapan tahun) dan Khurshid (empat tahun).
 
Arafah menambah bahawa setelah suaminya ditangkap oleh pasukan keselamatan Myanmar, dia dan anak-anaknya terpaksa melarikan diri kerana menurutnya, pasukan keselamatan membakar hidup-hidup warga Muslim dan mereka mencegah umat Islam pergi ke Masjid.
 
Adapun Hamidah berkata, selepas suami dan anak lelakinya ditangkap oleh pasukan keselamatan, dan rumah-rumah mereka dibakar. Mereka pun terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.
 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pelbagai lembaga HAM membenarkan bahawa etnik Muslim Rohingya, Myanmar, telah selama bertahun-tahun menghadapi kezaliman dan kejahatan sistematik oleh kerajaan Myanmar.
 
Laporan Terkini
 
Dilaporkan dari Myanmar, menyebut sekurang-kurangnya 100 rumah milik suku minoriti Muslim Rohingya dibakar dalam aksi kekerasan terbaru antara pemeluk Buddha dan warga minoriti Muslim, Isnin (6/8/2012).
 
Laporan lain menyebut sejumlah warga Muslim Rohingya gugur setelah berlaku serangan di sebelah barat negara bagian Rakhine.Serangan berdarah itu berlaku selepas kerajaan Myanmar menyatakan kawasan itu sudah relatif terkawal selama beberapa pekan terakhir.
 
Sementara itu, Perancis mendesak Kerajaan Myanmar untuk melindungi semua kumpulan etnik di negeri itu tanpa diskriminasi. "Perancis menyatakan pentingnya sebuah resolusi untuk membentuk konsesi damai dan mencapai perdamaian nasional di Myanmar," kata Timbalan Menteri Luar Negeri Perancis, Vincent Floreani.
 
Selain itu, Kemenlu Perancis mendesak agar status pelarian di negara bahagian Rakhine akan diperjelas. Status mereka harus diperjelas berdasarkan hak memperoleh kewarganegaraan dan hak untuk menikmati status itu serta menghormati hak asasi manusia.
 
"Ada kebimbangan timbul kekerasan yang dilakukan tentera terhadap orang awam. Kami menyeru kepada pemimpin Myanmar untuk melindungi rakyatnya tanpa diskriminasi dan melakukan penyiasatan, "kata Floreani.
 
Aksi kekerasan ini seakan menjadi awan hitam di atas reformasi yang dilakukan Presiden Thein Shein, termasuk beratus-ratus tahanan politik dan terpilihnya Aung San Suu Kyi ke parlimen.
 
Organisasi Human Right Watch menuduh tentera Myanmar terlebih dulu melepas tembakan ke arah orang-orang Rohingya. Tentera juga diduga melakukan perkosaan terhadap para perempuan Rohingya. (Desas / IRIB / dbs)

(VoA-Islam) 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan