Selasa, 14 Ogos 2012

Rawatan Sakit Tekak Akibat, Selsema, Kahak atau Batuk:


Assalamualaikum semua! 

Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Kali ini saya nak berkongsi rawatan sakit tekak akibat kahak dan awal selsema yang mudah dan praktikal. Ada dua teknik.

1) Menggunakan habbatul barakah / habbatus sawda' yang merupakan ubat segala penyakit kecuali as saam; mati: Ambil secubit- tiga cubit habbatul barakah atau as sannut di dalam hadis yang lain juga lalu digigit perlahan2 lantas dikepat lama2. Insya Allah anda akan dapati kahak anda mula cair dan penderitaan anda perlahan2 berakhir... amalkan dua kali sehari.
 

2) Seperti yang diaja oleh guru kami di dalam kitabnya sufi healing / di dalam bahasa Arab: Al Ilaju at Tabie: sila ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.

Selamat mencuba wahai para pencinta perubatan Islam...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!/www.rawatanislam2u.com



Petua Orang-Orang Tua@ Tradisional untuk Sakit Tekak

Masa kecik2 dulu, kalau sakit tekak selalunya ada petua2yang mak kita selalu amalkan untuk anak2 dia macam  akan buat air asam jawa yang diembun semalaman dan esok nya minum.

Dibawah ini ada Petua lain yang boleh diamalkan bila kena sakit tekak ok...

Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong.Cubalah mengikut petua ini:
 
  • Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam.Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji buah pisang masak.Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.Campurkan dengan gula danembunkan selama satu malam.Minum dua kali seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Rawatan Lain

 1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.

2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat  segi analgesic dan antipyretic.Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye’s.  

3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak. 


4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.
( info from healthportal)

Rujukan: 
www.rawatanislam2u.com/ jajazack.blogspot.com.

24 ulasan:

  1. pernah alami sakit tekak berminggu-minggu.sampai sekarang belum sembuh

    BalasPadam
  2. apa air asam jawa bisa buat hilangin sakit tekak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh , tapi jangan beli yang dah siap dalam botol tapi beli asam jawa yang belum diperoses , yang digune untuk masakan tu . campur dengan air dan biarkan di luar rumah pada waktu malam (embunkan) . cubalah , insyaALLAH berkesan .

      Padam
    2. pernah buat eksperimen utk menguji tahap keberkesanan air asam jawa terhadap bakteria yg ade dlm mulut@tekak n hasilnya memang air asam jawa ada ciri2 antimicrobial yg tinngi sbb blh menhasilkn clear zone around the grow bacteria on agar. its all about microbiology

      Padam
  3. apa sakit tekak ini sangat berbahaya??

    BalasPadam
  4. kalau sakit tekak,rajin-rajin makan madu dan air perahan limau apa bisa hilang pak?

    BalasPadam
  5. apa limau bisa buat hilangin sakit tekak

    BalasPadam
  6. kata orang tua saya pak,kalau banyak makan limau bisa buat hilangin sakit tekak

    BalasPadam
  7. terima kasih atas tipsnya,nanti saya coba

    BalasPadam
  8. terimakasih infonya,sangat-sangat berguna untuk saya dan keluarga.

    BalasPadam
  9. apa selain buah limau ada lagi yang bisa buat hilangin sakit tekak pak?

    BalasPadam
  10. saya mengalami batuk-batuk yang kadang-kadang 2 hari sekali atau 2 kali sehari,mohon sulusi nya pak

    BalasPadam
  11. ya allah seksanya nk mkn minum dan tidur apabila sakit tekak menyerang

    BalasPadam
  12. saya sakit tekak terasa macam ada benda di kerongkong makan tak boleh minum pun sakit di bahagian dada pun terasa sesak ada apa2cara lain untuk atasinya sungguh terseksa batok sampai muntah2 sakit sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4 sudu makan garam bancuh dgn air minum gaul hingga sebati gunakan untuk kumur kumur 2 kali sehari

      Padam
  13. saya sekarang tengah alami sakit tekak. sakit bila menelan..tekak sebelah kiri saya sakit.kanan ok.

    BalasPadam
  14. Sekarang tengah alami sakit tekak yang teruk.p klinik dpt ubt. Makan pun sama jer. Da la kena telan pil 2 biji. Nak try air asam jawa la. Mula2 ingt nk beli yg ready made tu jer. Tapi bila baca komen di blog ni lg bagus ye buat sendiri.

    BalasPadam
  15. kalau 2 kali sehari maksudnya ambil penawar ni takkan sembuh dlm masa sehari...klu begitu jgn ambil langsung sbb ianya bisa sembuh sendiri dlm 4 hari.

    BalasPadam
  16. kalau 2 kali sehari maksudnya ambil penawar ni takkan sembuh dlm masa sehari...klu begitu jgn ambil langsung sbb ianya bisa sembuh sendiri dlm 4 hari.

    BalasPadam
  17. Terimakasih ya...saya kemarin juga sakit tekak tapi sekarang sudah sembuh.

    BalasPadam
  18. Tq untuk info.dah seminggu suami sakit tekak dan anak batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah..

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam