Khamis, 23 Ogos 2012

Malulah Kita Dengan Umat Islam Minoriti Rusia yang Tidak Berputus Asa Menegakkan Khilafah




Rusia, 20 Ogos 2012 - Sepanduk di atas bukan dikibarkan di Palestin, bukan juga di Tunisia, bukan juga di Indonesia dan Malaysia atau Negara-Negara Arab lainnya yang majoritinya adalah penduduk Islam.
Sebaliknya sepanduk tersebut dikibarkan di negara kufur iaitu di Rusia yang majoritinya adalah penduduk kafir.

Oleh kerana itu, jika anda tinggal dan berjuang di negara yang majoritinya penduduk Islam.

Maka, malulah, malulah, malulah anda kepada mereka!

Apabila kita membincangkan tentang ‘Negara Islam’ yang wajib didirikan ini, maka kita sesungguhnya berbincang mengenai ‘Khilafah’ kerana Negara Islam itu hakikatnya adalah Khilafah dan bukannya Negara Republik, Negara Monarki, Negara Demokrasi, Negara Berkebajikan dan seumpamanya.

Kewajipan menegakkan Khilafah adalah diambil dari Al-Quran, Al-Hadis dan juga Ijma’ Sahabat. Selain itu, kewajipannya juga ditarik dari kaedah syarak yang masyhur, malah jumhur ulama mengakui akan kewajipan dan kepentingan Khilafah.

Malangnya, masih ada segelintir dari umat Islam, termasuklah mereka yang mendapat jolokan ulama, menyatakan bahawa usaha untuk menegakkan Khilafah ini hanyalah suatu yang utopia (khayalan). Alangkah beraninya mereka mengeluarkan pendapat begini, tanpa memikirkan tentang Allah dan Rasul dalam kenyataan mereka!

Dalam rangka menegakkan Khilafah sebagai kewajiban syariah, sikap seorang Mukmin sepatutnya tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul dan berusaha menunaikan kewajiban ini dengan bersungguh-sungguh. Tidak sayugia bagi seorang Mukmin untuk memperlekehkan, mempersoalkan, meragui, mengelak atau menghalang orang lain dari melakukan kewajiban agung ini, apatah lagi menganggapnya sebagai utopia.

Sebaliknya, dia wajib menerimanya dengan sepenuh keimanan dan kepasrahan kepada Allah. Ini kerana, kewajiban menegakkan Khilafah tidak ada bezanya dengan kewajipan-kewajipan lain yang difardhukan oleh Allah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Ingkar terhadap kewajiban menegakkan Khilafah, tidak ubahnya seperti ingkar terhadap kewajipan solat, zakat dan kewajiban-kewajiban syariat lainnya.

Bagi mereka yang menganggap usaha mendirikan Negara Islam ini sebagai sebuah utopia, hal ini tidak lain sama ada kerana kejahilan mereka, atau kerana adanya kedengkian dalam hati-hati mereka terhadap gerakan Islam yang berjuang ke arah tersebut atau kerana adanya sikap suka merendah-rendahkan sesama Muslim.

Bagi mereka, usaha ini tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata, apatah lagi dalam konteks dunia sekarang. Kita akui bahawa usaha untuk menegakkan Khilafah adalah suatu usaha yang sangat sulit dan global, namun hal ini bukanlah khayalan atau mustahil. Ini kerana, Khilafah adalah kewajipan dan sekaligus merupakan janji Allah SWT ke atas mereka yang beriman dan beramal soleh.

Justeru, mustahil Allah SWT memerintahkan kepada kita suatu kewajipan yang kita tidak boleh melaksanakannya atau yang bersifat khayalan! Sikap seorang Mukmin apabila diperintahkan Allah SWT dan RasulNya untuk menjalankan suatu kewajipan, adalah mereka berkata “kami dengar dan taat” bukannya mengingkari, meragui, mencemuh atau menganggapnya sebagai suatu utopia.

Sikap merendah-rendahkan, mengejek atau mencemuh dan menganggap utopia usaha menegakkan Khilafah merupakan bentuk pelangggaran dan kemaksiatan terhadap perintah Allah SWT dan boleh merosakkan keimanan seseorang. [abuidris/arryah.info]


Sumber: www.arrayah.info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan