Jumaat, 31 Ogos 2012

Anda Selalu Istinjak Tak?

Sumber foto: sharffizahashim
Anda selalu lakukan begini jika anda sedang melepaskan “hajat”? Maka dengan itu anda harus post ini hingga habis. Dan sila ambil iktibar yek. Plz la..
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Bersih-bersihlah kamu dari pembuangan air kecil, sebab umumnya seksa kubur itu kerana itu. (Yakni, hendaklah kamu mencuci kemaluanmu sebersih-bersihnya)
Sebagai umat Islam, menjaga kebersihan merupakan perkara yang wajib. Sesungguhnya, bersih itu sebahagian dari iman.. Kebersihan juga perlu untuk memastikan ibadah kita terutamanya solat diterima ALLAH.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Kunci solat itu adalah bersuci”
(Riwayat Abu-Daud dan At-Tirmizi)
Aku sering melihat, bila aku pergi je tandas samada tandas kat asrama ni ke, tandas awam ker, mesti ada je yang malas betul nak basuh tempat kencing dia. Aku jugak kena. Yela, tak kan nak kencing tempat macam tu. Busuk!. Sungguh kurang sopan yang membuatnya tu.
Dulu, masa aku sekolah, aku ada baca satu buku agama, kisahnya pasal menjaga istinjak, ceritanya berbunyi begini:
Demikianlah yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. lalu kami melalui di atas dua kuburan. Maka baginda berhenti dan kami pun turut berhenti bersamanya. Kemudian warna tubuh Nabi jadi berubah hingga bergetar lengan bajunya.
Lalu kami bertanya: “Ada apakah wahai Rasulallah?” Baginda bersabda: “Apakah kalian tidak mendengar apa yang aku dengar?” Lalu kami bertanya: “Apakah itu ya Nabiyallah?” Baginda lalu bersabda:
“Ini adalah dua orang lelaki yang diseksa di dalam kuburnya dengan seksaan yang pedih kerana dosa (yang dianggap) mudah (ringan).”
Kami bertanya:
“Di dalam masalah apakah itu?” Lalu baginda bersabda: “Seorang daripadanya tidak memelihara (membersihkan diri) dari kencingnya manakala seorang lagi suka menyakitkan hati jirannya dengan lidahnya, ia mundar-mandir ke sana ke mari di antara mereka (bertujuan) menghamburkan fitnah…”
Maka baginda berdoa dengan dua pelepah kurma lalu diletakkan pada setiap kubur (satu pelepah). Kami bertanya: “Apakah itu dapat memberi manfaat kepada mereka?” Baginda bersabda lagi: “Ya, diringankan seksa dari kedua mereka selama mana kedua-dua pelepah tamar itu masih basah (belum kering).”
Jadi, apa yang hendak saya sampaikan disini, jika seorang muslim itu tidak beristinjak dengan cara yang betul sehingga bersih, ALLAH akan menurunkan seksaan kubur yang amatlah pedih azabnya.
Maka, disini saya ingin menyeru, terutamanya kepada diriku ini, jagalah kebersihan dan beristinjaklah. Sebab kalau kita malas beristinjak, fikir lah seksaan kubur yang menanti dia alam barzaqh kelak. Moga kita dijauhkan segala bala dan bencana. Amin.
Doa istinjak:
Dia istinjak
Maksudnya:
Ya ALLAH! Sucikanlah hatiku dari munafik dan peliharalah kehormatanku dari segala kekejian

Sumber: Biliksebelah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan