Ahad, 8 Julai 2012

Sejadah Unik, Akan Menyala Terang Pada Saat Mengadap Kiblat


Sajadah Unik, Akan Menyala Terang Pada Saat Menghadap Kiblat


Alas untuk solat atau sejadah, yang biasa digunakan oleh sebahagian besar dari 1.6 bilion umat Islam di dunia, kini hadir dengan lebih moden.


Seorang pereka Inggeris, Soner Ozenc menyuntik inovasi baru ke dalam sejadah yang ia buat dengan mencipta sejadah yang boleh menyala terang, yang akan menyala apabila menghadapi kiblat di Makkah, surat khabar Mashable melaporkan.EL Sajjadah - yang "EL" adalah singkatan dari Electro Luminescent dan sajjadah, bahasa Arab untuk sejadah, menggabungkan kompas digital yang membantu menerangi dalam mencari araha Makkah.


"Saya ingin merancang sesuatu yang baru, tapi saya datang ke titik di mana saya perlu menambah fungsi untuk projek ini," kata Ozenc kepada Mashable."Kemudian saya datang dengan idea sejadah bercahaya." 


EL Sajaddah tidak hanya berfungsi, tetapi berseni, kerana boleh digantung di dinding rumah pemiliknya. Reka bentuk karpet ini berdasarkan pada seni vektor kontemporari, dengan terinspirasi oleh Masjid Biru di Turki. Dasarnya adalah hitam - bermotif berwarna hijau - dan boleh memancarkan cahaya. 


Sajadah unik ini telah dipamerkan di Turki, Kuwait, Australia, Inggeris, Korea Selatan, dan Jepun. Museum of Modern Art di New York mempamerkan EL Sajjadah tahun lalu sebagai sebahagian dari pameran berjudul "Talk to Me: Design and the Communication Between People and Objects." Ozenc, yang memulakan projeknya enam tahun lalu, belum menerima kritikan negatif berkaitan konsepnya mengenai penggunaan teknologi dealam amalan keagamaan tradisional. (fq / aby) 

Disunting dari: Eramuslim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan