Rabu, 18 Julai 2012

Merbahaya Minum Air Sejuk Selepas Makan


0511 drink thrive 0480.preview Berbahaya Minum Air Dingin Setelah Makan


 Minum air sejuk selepas makan adalah perkara yang sering dilakukan kebanyakan orang. Kebiasaan ini memang enak, seperti minum ais teh manis, ice cream, juice sejuk, dan sebagainya. Namun kebiasaan ini ternyata memberi kesan negatif bagi tubuh.
 
Menurut ilmu perubatan, minum air sejuk selepas makan akan membekukan makanan berminyak yang baru diambil. Ini akan melambatkan proses pencernaan.
 
Bila lemak-lemak terbentuk dalam usus, ia akan menyempitkan saluran pencernaan dan lama kelamaan akan menyebabkan lemak berkumpul sehingga kita semakin gemuk atau menuju ke arah munculnya pelbagai penyakit.
 
Untuk mengelakkan hal demikian terjadi, biasakanlah minum air panas, teh panas atau yang lain. Tentu saja dengan panas yang layak untuk diminum.

Kurangkan meminum-minuman sejuk baik yang telah disejukkan di peti sejuk atau dicampur ais. Minuman yang sejuk boleh mengakibatkan mengecutkan saluran-saluran darah dari yang besar hingga sekecil  rambut kita.
 
Bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung koroner berapa pun peratusan penyumbatannya, akan memudahkan terjadinya serangan jantung apabila terbiasa minum air sejuk.  

Hal demikian kerana saluran koronernya boleh mengeras dan atau mengecut sehingga lubang salurannya boleh mengecil yang pada gilirannya dapat menghalang laju dari jantung. Oleh kerana itu, untuk menghalang proses mengecutan dan mengerasnya saluran koronari, biasakanlah meminum air panas.
 
Bagi mereka yang mendapat serangan jantung koroner, ada baiknya minum air panas untuk mengembangkan saluran koronernya melancarkan  darah, sebelum diambil tindakan perubatan selanjutnya.

enfonesia.com
P/s: Terutama waktu berbuka nanti..pekena air suam dulu kawan2 ya..:)

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan