Selasa, 17 Julai 2012

Adakah Anda Suka Menjirus Air Terus Ke Kepala Ketika Mandi?



Beredar peringatan agar ketika mandi jangan terus menjirus air terus ke kepala kerana boleh berisiko terkena serangan stroke. Ternyata menurut pakar saraf kemungkinan itu ada, terutama pada orang-orang tertentu yakni masa udara terlalu sejuk atau panas dan suhu tubuh sedang dalam keadaan sebaliknya.
Maka itu disyorkan bila dalam keadaan kepanasan atau kedinginan, sebaiknya hindari menjirus air terus ke kepala ketika mandi. Pada orang-orang tertentu, menjirus air terus ke kepala dengan suhu yang bertentangan boleh menyebabkan stroke.

Semua titik dan suhu dalam tubuh manusia baik yang berada di dalam dan di luar berpengaruh pada aktiviti otak. Otak berfungsi untuk memantau tubuh berfungsi secara normal, maka sesuatu yang ganjil pada tubuh tentu sangat mempengaruhi otak.


Menurut Prof Dr Teguh Ranakusuma, SpS (K), doktor pakar saraf dari Jabatan Neurologi FKUI-RSCM, jika seseorang yang tubuhnya sedang kepanasan lalu terus dijirus kepalanya dengan air sejuk, boleh menyebabkan saraf terkejut atau bahkan  boleh terkena stroke bila terjadi pada orang yang tidak sihat, perubahan suhu yang tiba-tiba boleh menyebabkan stroke bila terjadi pada jenis-jenis orang dengan penyakit tertentu, iaitu:
-Penyakit jantung
-Tekanan darah tinggi
-Gangguan pembuluh darah (kardiovaskular)
- Gangguan darah
Ini juga terjadi ketika tubuh yang kedinginan tiba-tiba dijirus air panas. Perubahan yang tiba-tiba ini yang menyebabkan stroke.

Untuk mengelakkan risiko kejutan pada kepala, disyorkan semasa udara terlalu sejuk atau panas dan suhu tubuh sedang dalam keadaan sebaliknya, maka ketika mandi jangan terus menjirus air di kepala. Beri tubuh penyesuaian dulu seperti menyiram tangan lalu badan baru ke kepala
, 
sumber
 
P/s: Sebaiknya jirus air ke kaki dahulu,naik ke betis,peha dan naik keatas terus ke badan sebelah kanan dan ke kiri, kemudian terus ke kepala,itulah petua dari orang-orang lama kepada ku.Dikata juga mandi dgn cara sebegini membuatkan kita akan kelihatan awet muda, Selamat mencuba...
WallahuA'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan