Selasa, 12 Jun 2012

Petua Menghadapi Serangan Anjing


SERANGAN anjing bukan sesuatu yang luar biasa. Jumlah mangsa yang mati dalam serangan anjing mencacat purata 12 orang setiap tahun di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat saja, 2.8 juta kanak-kanak menjadi mangsa serangan anjing. Mungkin ada yang beranggapan melepasi serangan sang anjing adalah mustahil, tetapi sebenarnya tiada yang mustahil. Jika anda menghadapi saat-saat sukar ini, sedikit tip untuk anda:



Bertenang dan jangan lari 
Anjing mengesan mangsa melalui suhu dan pergerakan. Suhu yang tinggi menarik minat anjing melakukan serangan. Bertenang dan cuba secara perlahan, menjauhkan diri dari anjing. Panik membuatkan keadaan menjadi lebih tegang jadi cuba tenangkan diri.

Cipta pelindung dengan memanjat tempat tinggi 
Jika anda keseorangan, lari dan panjat ke tembok yang tinggi bagi mencipta pelindung. Ini tidak menghentikan anjing ini untuk mengejar anda tetapi ianya cukup untuk memberi sedikit masa untuk anda memikirkan strategi. Pastikan tembok yang anda panjat cukup tinggi dan selamat.

Cuba memberi arahan 
Jika anjing yang mengejar anda itu mungkin anjing belaan, cuba beri arahan seperti "duduk" atau "berhenti" Jika ianya anjing belaan, ianya mungkin akan mengikut arahan anda dan menyelamatkan anda kerana anjing itu menganggap anda adalah tuannya.

Letakkan halangan di antara anda dan anjing 
Jika tiada tembok untuk dipanjat, lari dan cuba wujudkan halangan sepanjang larian anda. Antara halangan paling baik ialah pagar. cuba lompat melepasi pagar agar anjing yang mengejar anda terhalang buat sementara ataupun terperangkap terus.

Halang mulut anjing tersebut 
Mulut anjing bagaikan senjata pembunuh dan boleh menyebabkan kematian. Jika anda terpaksa berhadapan dengan anjing ini (kes di mana anda mahu masuk ke dalam kereta anda) cuba halang dan sekat mulut ia dengan sesuatu. Cara terbaik adalah menjadikan tangan anda sendiri sebagai umpan. bertenang dan lilitkan tangan anda dengan kain yang tebal berfungsi sebagai pelindung. Umpan anjing itu mengigit tangan anda. Dengan perlahan2, bergerak mendekati dan masuk ke dalam kereta, tarik perlahan2 tangan anda dan cuba baling sesuatu atau air ke muka anjing itu bagi melonggarkan tangan anda. Setelah lepas, terus tutup pintu kereta dan lari...

Serangan anjing sememangnya sangat ganas, tetapi ingat, x semua situasi buruk adalah bencana! Stay tune untuk mengetahui lebih banyak tip yang mungkin akan menyelamatkan nyawa anda. Tip diadaptasi dari rancangan TV, Worst-Case Scenario.

SUMBEKredit:cikgupj

AYAT MENGHALAU ANJING

YA-QITMIR 3X sambil berniat dijauhkan anjing buas, atau Baca Surah Al-Lahab-TABBAT YADA-ABI-LAHABIU-WATAB..WallahuA'lam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan