Selasa, 15 Mei 2012

Ubat dari Mayat Bayi




Perkhidmatan Kastam Korea telah merampas ubat dalam bentuk kapsul yang mengandungi serbuk dari mayat bayi yang dipotong menjadi cebisan kecil kemudian dikeringkan di atas alat pemanas sehingga menjadi debu.

Pihak Kastam Korea meningkat usaha untuk membasmi penyeludupan ‘ubat’ mengandungi serbuk mayat bayi yang dikatakansebagai penawar penyakit dan meningkatkan ketahanan seksual.


Sebenarnya, amalan menjadikan tubuh badan manusia sebagai ubat ini berasal daripada Kepercayaan Karut amalan Syaitan yang mengatakan memakan bahagian tubuh bayi manusia dapat memberikan kekuatan yang luar biasa dan juga boleh menyembuhkan penyakit.

Selain daripada masalah pegangan agama, etika dan perikemanusiaan, Kapsul Mayat Bayi ini juga amat bahaya kerana ia mungkin dicemari dengan ‘super bakteria’ dan kuman-kuman penyebab penyakit lain yang sangat berbahaya.

Pihak Kastam Korea berkata, mereka akan memantau dan mengawasi penerbangan dari China dengan lebih ketat dan memeriksa bagasi penumpang China dengan lebih kerap berbanding sebelum ini.

Jurucakap Kastam Korea percaya Kapsul Mayat Bayi ini telah dihantar daripada 4 bandar di China kepada pelanggan yang telah memesannya di Korea Selatan tetapi berjaya dipintas oleh Pihak Kastam.

Kapsul Mayat Bayi ini dijual dengan harga antara USD$35 – USD$44 sebiji di kedai herba menurut pihak media Korea Selatan.

Masha-Allah, bukan setakat Kapsulnya dari gelatin babi malah diisi pula dengan serbuk mayat bayi. Apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang? Lindungilah kami dari Azab MU ya Allah…


Terima kasih buat : www.halalscience.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan