Selasa, 29 Mei 2012

Saintis Amerika Cipta Alat Suntik Tanpa Jarum



KINI anda tak perlu lagi takut dengan rasa sakit saat disuntik, kerana para saintis dari AS telah mencari alat suntik tanpa jarum yang dijamin tidak akan menimbulkan rasa sakit. Alat suntik penemuan pasukan penyelidikan dari Massachusetts Institure of Technology ini akan "menembak" cecair ubat dalam kelajuan tinggi hingga langsunug masuk ke dalam kulit.

Kedalaman kulit yang mampu dicapai juga boleh ditetapkan oleh suntikan ini. Pasukan penyelidik yang diketuai professor Ian Hunter itu merancang alat suntik ini dengan sistem jet-injection dengan mesin Lorentz-force actuator.

Mesin ini terdiri dari magnet kecil yang dikelilingi kawat dan bersambung pada piston di dalam ampul ubat. Saat akan digunakan, magnet di dalam mesin menghasilkan tekanan yang mendorong piston, lalu melepaskan ubat dalam kelajuan tinggi ke lubang ampul. 

Lubang ini begitu kecil, hanya sebesar sungut nyamuk. Catherine Hogan, salah satu anggota pasukan penyelidik memaparkan, pembuatan alat suntik ini diharapkan mampu mengurangkan rasa takut para pesakit terhadap jarum suntik. 

Dengan suntikan tanpa jarum, pesakit dapat lebih cepat mendapatkan pertolongan perubatan tanpa rasa takut atau sakit. Hogan menambah, alat ini juga boleh menurunkan angka penyebaran penyakit melalui jarum suntik yang tidak steril. Selain itu, alat ini juga sangat membantu bagi para pesakit penyakit tertentu yang harus menyuntik sendiri secara teratur./exelroze






"Jika anda takut dengan jarum dan harus menyuntik sendiri secara biasa, rasa selesa dan selamat menjadi permainan," ujar Hogan seperti dilansir Daily Mail baru-baru ini.

"Kami rasa teknologi seperti ini mampu mengatasi phobia jarum suntik yang dialami ramai orang," pungkasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan