Dah berlaku dah nak buat macamana, Penasihatku kamu dimana..Biarlah kurang belia yang datang asalkan Majlis itu Berkati..tenguk apa dah jadi diakhiri dengan gadis K pop separuh bogel menari-nari lagi..yang hanya semarakkan lagi nafsu berahi , patut majlis diakhiri dengan Ceramah santai dan doa oleh Ust atau pun Pak mufti.. apa guna pentas yang berpuluh tu yang didiri..Kesian Belia-beliaku dicemari...Tentu Syaitan ketawa gelihati he he he ..Mujurlah aku tak pergi sebab aku bukanlah muda rumaja lagi. Sekian : )
Rabu, 30 Mei 2012
Gambar-Gambar yang Buat Anda Tersenyum
Bila mengambil gambar dengan sudut pandang berbeza, kadangkala menghasilkan gambar yang tak seperti lazimnya. Malah kadang-kadang, mempunyai cerita tersendiri rasanya, tak mungkin di dunia nyata.
Tapi, itulah fotografi, boleh menghasilkan ilusi optik seolah nyata.Lihat saja foto-foto berikut ini.
Ternyata Facebook Sudah Ada Sejak Zaman Purba
London - Para ahli dari Cambridge University saat ini sedang meneliti 'versi prasejarah Facebook'. Kajian ini guna mendapat pandangan unik pada kehidupan sehari-hari moyang manusia.
Para saintis meneliti ribuan gambar yang ada di laman batu granit di Sweden dan Rusia. Ahli Arkeologi yakin, laman web ini merupakan bentuk awal dari 'jejaring sosial' yang digunakan suku di Zaman Gangsa untuk saling berkomunikasi. Demikian seperti dikutip DM.
Laman web ini memberi klan yang berbeza kesempatan untuk mendapat pengetahuan dan berkongsi tips mengenai cara memburu dan keperluan lain untuk bertahan hidup.Ilmuwan yakin, manusia kuno terus kembali ke tempat yang sama untuk menggambar dan berkomunikasi selama ribuan tahun.
Aksi ini diyakini memberi manusia kuno 'keselesaan' dan 'Sambungan' mendalam pada manusia.
Ahli Arkeologi Mark Sapwell mengatakan, "Jelas ada hal khusus disini. Orang ke laman web kerana mereka tahu ada orang lain ke tempat itu juga. Seperti status di Facebook yang mengundang orang untuk berkomentar. "
Sumber: duniaunik
Darah Belangkas Berharga RM 17,500 Seliter
Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.
Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.
Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.
malaysiasensasi.net
Sotong Kurita Berwajah Manusia
Seekor sotong kurita pelik berwajah manusia telah ditemui oleh seorang nelayan dari kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat.
Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia.
Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar.
Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita.
Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.
Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir.
Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia.
Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.
Professor U.S Masuk Islam Selepas kaji Solat Berjamaah
SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.
Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.
Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.
Timbul persoalan dalam fikiran professor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.
Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).
Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahu’alam…

Sumber : muhammadrafik
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram Sahkan "Undi parti masuk Syurga" fatwa Itu Sesat!!
KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.
'Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.
''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.
Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.
Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.''
''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.
Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.
Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.''
''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.
Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam./ utusan
Habis Sahabat nak sokong mana..
Gambar diatas Amy bersama Mursyidul Am Pas, Tuanguru Nik Aziz Nik Mat disebarkan dengan meluas satu ketika dulu.
Malah Amy pernah berkata,” Tuan Guru Nik Aziz guru aku”,
Namun hari ini beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO.
Apa saja keputusannya.. hormatilah kerana negara kita mengamalkan demokrasi..asd
Dengar dulu pendapat Ustaz kita..
Selasa, 29 Mei 2012
Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal dengan Pembuat Roti
Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.
Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.
Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti, membuatkan timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu beliau mempelawa Imam Ahmad bin Hanbal untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain.
Apabila tiba di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad dilayani dengan baik sekali dan dimuliakan sebagai seorang tetamu.
Apabila si pembuat roti beredar untuk membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori sambil memerhatikannya. Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti yang sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja-kerjanya.
Pada pagi keesokannya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.
“Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau di manapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun yang saya hadapi,” jawab si pembuat roti jujur.
Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?”
Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.” Beliau terdiam seketika lalu menyambung: “Kecuali satu doa...”
“Apakah doa itu?” tanya Imam Ahmad bin Hanbal.
Jawab si pembuat roti: “Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
SUBHANALLAH...
Wallahua'lam.
Sumber: tigosotigo
P/s: Dari kisah diatas dapatlah kita gambaran jelas kelebihan Beristighfar ,selain dapat menghapuskan dosa ,ia juga dapat menambah rezeki,Allah menunaikan hajat seseorang, menhilangkan keluh-kesah dalam diri dan banyak lagi InsyaAllah ..WallahuA'lam. Jom Istifar.
Bahaya Kanak-Kanak Tidur dengan Lampu Menyala
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Wallahu’alam

amalan-harian
Tradisi Muslim Filipina Sebelum Ramadhan
Sudah menjadi tradisi bagi muslim Filipina yang berada di luar negeri untuk menghantar bantuan kepada keluarga tak mampu dua bulan sebelum bulan Ramadhan. Tradisi itu merupakan wujud dari kepedulian agar mereka yang tidak mampu tidak mengalami kesulitan untuk menjalani ibadah puasa.
"Dua bulan sebelum puasa, kami biasa mengumpulkan makanan untuk dihantar kepada mereka yang tidak mampu.Kami tentu mengharapkan mereka untuk tidak lagi mengalami kesulitan untuk menjalani puasa.
Mereka boleh fokus menjalankan ibadah tanpa bimbang makanan apa yang terhidang untuk berbuka, "papar Roy tamano, penasihat komuniti muslim Mindanao yang berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE),
Selain makanan, kata Roy, pihaknya juga menghantar kurma, sejadah dan mushaf Al-Quran dalam jumlah yang besar."Banyak dari saudara-saudara kami yang tidak mampu untuk membeli kurma. Semoga ini dapat membantu mereka, "kata dia.
Komuniti muslim Filipina di UAE, juga melakukan hal serupa. Mereka umumnya menghantar kurma dan sejadah. "Kami telah mengumpulkan bantuan dari teman-teman kita yang berada di Dhaid dan wilayah Emirates lain. Banyak dari mereka tak ragu untuk memberikan kurma dalam jumlah yang besar, "papar Abulcair Capatagan, Presiden komuniti tersebut.
Tamano mengatakan adalah kewajipan setiap muslim untuk membantu saudara yang lain. Menurutnya, kewajipan itu tertuang dalam satu daripada lima rukun Islam yang harus dijalankan setiap muslim.
"Membantu mereka yang memerlukan adalah wajib. Tentu tidak sukar untuk menyisihkan 2.5 peratus daripada pendapatan untuk mereka, "pungkasnya.
Saat ini, terdapat 800 Muslim Filipina di Emiriah. Di Filipina, populasi muslim dianggarkan mencapai 8 peratus daripada penduduk keseluruhan. /exelroze
Saintis Amerika Cipta Alat Suntik Tanpa Jarum
KINI anda tak perlu lagi takut dengan rasa sakit saat disuntik, kerana para saintis dari AS telah mencari alat suntik tanpa jarum yang dijamin tidak akan menimbulkan rasa sakit. Alat suntik penemuan pasukan penyelidikan dari Massachusetts Institure of Technology ini akan "menembak" cecair ubat dalam kelajuan tinggi hingga langsunug masuk ke dalam kulit.
Kedalaman kulit yang mampu dicapai juga boleh ditetapkan oleh suntikan ini. Pasukan penyelidik yang diketuai professor Ian Hunter itu merancang alat suntik ini dengan sistem jet-injection dengan mesin Lorentz-force actuator.
Mesin ini terdiri dari magnet kecil yang dikelilingi kawat dan bersambung pada piston di dalam ampul ubat. Saat akan digunakan, magnet di dalam mesin menghasilkan tekanan yang mendorong piston, lalu melepaskan ubat dalam kelajuan tinggi ke lubang ampul.
Lubang ini begitu kecil, hanya sebesar sungut nyamuk. Catherine Hogan, salah satu anggota pasukan penyelidik memaparkan, pembuatan alat suntik ini diharapkan mampu mengurangkan rasa takut para pesakit terhadap jarum suntik.
Dengan suntikan tanpa jarum, pesakit dapat lebih cepat mendapatkan pertolongan perubatan tanpa rasa takut atau sakit. Hogan menambah, alat ini juga boleh menurunkan angka penyebaran penyakit melalui jarum suntik yang tidak steril. Selain itu, alat ini juga sangat membantu bagi para pesakit penyakit tertentu yang harus menyuntik sendiri secara teratur./exelroze
"Jika anda takut dengan jarum dan harus menyuntik sendiri secara biasa, rasa selesa dan selamat menjadi permainan," ujar Hogan seperti dilansir Daily Mail baru-baru ini.
"Kami rasa teknologi seperti ini mampu mengatasi phobia jarum suntik yang dialami ramai orang," pungkasnya.
Ahad, 27 Mei 2012
Subhanallah, Bayi Ini Lahir Membawa Alquran
Allah SWT tak pernah berhenti menunjukkan kuasa-Nya. Seorang bayi di Nigeria lahir sambil membawa Al-Quran dari rahim ibunya. Sejatinya, ibu bayi tersebut beragama Kristian, tapi pascamelihat mukjizat Allah tersebut, sang ibu dan nenek bayi tersebut langsung mengucapkan dua kalimah syahadat dan menyatakan diri masuk Islam.
Seperti diberitakan harian Pmnewsnigeria, Isnin (14/5) kelmarin, bayi tersebut lahir di 112 Olateju Street, Mushin, Lagos State, Nigeria Barat Daya pada 7 Mei 2012 lalu. Saat keluar dari rahim ibunya, bayi tersebut membawa sebuah Mushaf kecil di tangannya.
Kikelomo Ilori, nama ibu bayi tersebut. Wanita 32 tahun yang bekerja sebagai seorang ahli kecantikan langsung menukar namanya menjadi Sherifat ketika masuk Islam. Hal itu diikuti nenek bayi tersebut yang menukar namanya menjadi nama Islam.
Kelahiran bayi tersebut pun menarik perhatian para ulama di negara benua hitam tersebut. Para ulama di Nigeria berkumpul untuk memberikan nama kepada bayi tersebut. Setelah menyampaikan ceramah singkat, seorang ulama Nigeria, Ustad Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.
Untuk mengelakkan syirik dan kesesatan, Ustad Abdul Rahman juga menasihati sang ibu bila bayinya bukanlah seorang nabi, meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Al-Quran. Menurutnya, kejadian itu merupakan kehendak Allah, untuk menghantar bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan.
Dalam acara pemberian nama itu, turut hadir ulama tempatan, Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua Nasrulifathi Society of Nigeria, NASFAT, Ustaz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Alifathiaquareeb Islamic Society of Nigeria.
Kelahiran sang bayi pun memberi berkah bagi tetangga sekampung. Pedagang tumpah ruah menjual pelbagai souvenir berkaitan bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan imej bayi tersebut.
Tak heran bila kelahiran bayi tersebut dianggap kontroversi sebahagian pihak. Sesetengah pihak berkata mustahil, tapi sebahagian lainnya menganggap kejadian tersebut adalah kuasa Tuhan, dimana tak ada yang mustahil bagi-Nya.
Bahkan, seorang doktor dipecat gara-gara mengatakan bahawa kejadian tersebut adalah hoax alias berita bohong. Padahal saksi, media dan ibunya sendiri menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri./detikislam
sumber dari republika.co.id
Kekuasaan ALLAH-Sudah Sembilan Hari Disembelih, Ayam Tak Mati-Mati
Kuasa ALLAH Semua Boleh Jadi
PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.
Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.
Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.
“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.
Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.
“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.
“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.
Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.
“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.
“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.
“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.
“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.
SinarHarian

Tahukah Anda Ada Seorang Pemain Islam dalam Skuad Bola Sepak Kebangsaan Brazil
Seorang pemain islam dalam skuad bola sepak kebangsaan Brazil
Mungkin tidak ramai yang tahu kalau salah satu pemain kebangsaan Brazil merupakan seorang Muslim. Dia adalah Frederico Chaves Guedes atau biasa dipanggil Fred.
Pemain bola sepak Muslim ini dilahirkan di Teofilo Otoni, Minas Gerais, Brazil pada 3 October 1983. Bekas pemain Cruzeiro ini mulai mengenal Islam ketika bermain di Eropah. Perpindahannya ke Perancis pada 2005, untuk membela Olympique Lyon membuatnya bersentuhan dengan Islam.
Selama empat musim di Lyon, dia mampu membawa Lyon menjadi yang terbaik di Ligue 1. Sebagai ujung tombak kelab, Fred mampu membuktikan kapasitinya sebagai pemain berbahaya.
Pada musim pertama membela Lyon, dia menjadi runner up pencetak gol terbanyak di liga tempatan. Setelah melewatkan dua bulan pada musim 2006/2007, dia mampu mencetak 11 gol dari 20 perlawanan.
Pada musim 2007/2008, Fred mengalami beberapa kali mengalami kecederaan. Namun dia mampu mempersembahkan gelar Copa America 2007 bagi Brazil pada pertengahan tahun. Dia melakukan come back di kelab medio Oktober 2007, tetapi tidak mampu lagi bersaing di tempat utama.
Itu lantaran Lyon mempunyai dua striker tajam, iaitu Milan Baros dan Karim Benzema, yang mulai bersinar. Sebelum musim 2008/2009 berakhir, dia meninggalkan Lyon untuk kembali ke kampung halamannya bersama Fluminense.
Tinggal di bandar Lyon yang ramai dihuni pendatang Muslim, membuat Fred bersentuhan dengan budaya Islam. Bergumul dengan Karim Benzema menjadi sebahagian dia semakin mengenal ajaran Islam. Namun sangat sedikit maklumat pada masa bila dan kepada siapa Fred mengucapkan kedua-dua kalimat syahadat ketika menjadi mualaf.
Saat keislaman Fred terbuka kepada umum ketika dia mampu mencetak satu gol dalam Piala Dunia 2006 di Jerman. Ketika itu Brazil memukul Australia dengan skor 2-0, pada Jun 18, 2006.
Selepas meledakkan gol, penonton di stadium dan televisyen dikejutkan dengan gaya Fred yang melakukan gaya merayakan gol dengan cara tidak biasa. Kerana dia bersujud syukur di padang.
Dalam video berdurasi lima saat itu yang boleh dilihat di dunia maya, Fred melakukan itu sebagai bentuk rasa syukur kepada Sang Pencipta yang masih memberikannya kesempatan untuk mengukir prestasi./detikislam
Selasa, 22 Mei 2012
Mengenali Jenis-Jenis Makanan yang Panas dan Sejuk
Sumber gambar- islamituindah.my
Kita mungkin selalu dengar, orang-orang tua terutamanya, mengklasifikasikan makanan kepada makanan 'panas' dan 'sejuk'. Apakah yang dimaksudkan mereka?
Syeikh Hakim Moinuddin Chishti dalam Kitab Perubatan Ilmu Kesufian (al-Tibb al-Rauhi as-Sufi) memberikan huraian yang agak panjang lebar dalam hal ni.
"Apabila kita kata makanan itu panas, bukanlah bermaksud makanan itu benar-benar panas (misalnya seperti api) dan tidak juga berkaitan nilai kalorinya.
Kita maksudkan dengan makanan panas itu ialah makanan yang menimbulkan kesan dalam badan kita yang menggalakkan metabolisma (iaitu proses dimana makanan dibina menjadi jirim hidup atau jirim hidup dihuraikan menjadi bahan-bahan mudah).
Makanan yang sejuk intipatinya memberi kesan merendahkan metabolisma" - ms 52
Jenis-jenis makanan yang panas:
Daging dan ikan: anak biri-biri, ayam, hati, telur, kambing jantan dan ikan
Bahan-bahan tenusu: susu biri-biri, keju, krim, minyak sapi
Sayur-sayuran dan kacang: 'beet' (sejenis tumbuhan yang manis akarnya), lobak, bawang, biji sawi (hijau), tumbuhan kekacang (merah) dan (putih), kacang buah pinggang (kidney beans), lada merah, lada hijau, biji lobak merah, labu.
Buah-buahan: biji 'peach', buah plum, oren, limau, buah 'mulberry', kismis merah, kismis hijau, zaitun, anggur masak, labu, semua buah-buahan kering.
Biji-bijian: badam, 'pistachio', biji keras buah apricot, 'walnut', biji buah 'pine'
Padi-padian: beras (biji nipis), beras basmathi
Minyak: minyak bijan, minyak jagung, minyak jarak, minyak biji sawi
Minuman: teh, kopi.
Herba: kulit kayu manis, buah pegaga, bunga cengkih, halia, biji saderi, kunyit, garam masala (campuran)
Lain-lain: manisan, gula-gula (rock candy), semua bahan makanan yang manis, garam, semua ubat moden
Jenis-jenis makanan yang sejuk:
Daging: arnab, kambing betina, lembu
Bahan-bahan tenusu: susu lembu, susu ibu, susu kambing, mentega, keju kering, marjerin.
Sayur-sayuran dan kacang: salad, daun saderi, pucuk (umumnya), bayam, kubis, kacang soya, tomato, lobak, kacang
Buah-buahan: tembikai, pear, kelapa, pisang, delima.
Biji-bijian: tiada.
Padi-padian: beras warna coklat, beras (biji tebal)
Minyak: kelapa, biji bunga matahari
Minuman: teh hijau
Herba: ketumbar (kering), jintan, inai.
Lain-lain: gula yang dibersihkan, cuka, benda-benda pahit dan masam
-'Kitab Ilmu Perubatan Kesufian'-ms 55
Komen Dr. H:
Gunakan 'common sense' anda. Jika anda berbadan gemuk atau mempunyai kencing manis dan ingin supaya makanan yang anda makan lebih cepat 'dibakar' menjadi tenaga, pilihlah makanan-makanan 'panas' dari jadual di atas dan begitulah sebaliknya jika anda berbadan kurus-pilihlah makanan yang lebih 'sejuk'.
Jika anda ada masalah perubatan yang melibatkan metabolisma tinggi seperti kanser atau 'hyperthyroidism', pilihlah makanan yang 'sejuk'.
rawatan-holistik