Ahad, 22 April 2012

Sweden Sahkan Ajaran Online Sebagai Agama, Kini Diterima Di Amerika


STOCKHOLM: Sebuah ajaran yang kemudian diterima sebagai agama di Sweden iaitu 'Kopimism' berdasarkan kepercayaan bahawa semua orang bebas untuk menyalin dan mengedarkan semua maklumat tanpa mengambil kira hak cipta atau paten, semakin menular apabila mula diterima di Amerika Syarikat.
Pengikut ‘Kopimism’ percaya tindakan menyalin, berkongsi dan memperbaiki pengetahuan termasuk muzik dan maklumat lain adalah naluri semula jadi.
Budaya tertentu menyebabkan orang ramai rasa lebih selesa dan lebih menghargai kehidupan mereka. Ilmu pengetahuan juga perlu disalin tanpa dihalang undang-undang. - Isak Gerson, Pengasas Kopimism
Mereka sudah menubuhkan Gereja Kopimist dan percaya semua hal mengenai maklumat khususnya internet adalah sesuatu yang suci. Malah, gereja itu dilaporkan bergerak di 18 negara.

Mereka juga berkata, perbuatan ‘salin’ dan ‘lekat’ atau ‘copy paste’ adalah satu amalan universal. Berikutan itu, ‘CTRL+C’ dan ‘CTRL+V’ di papan kekunci menjadi simbol agama mereka.

“Budaya tertentu menyebabkan orang ramai rasa lebih selesa dan lebih menghargai kehidupan mereka. Ilmu pengetahuan juga perlu disalin tanpa dihalang undang-undang,” kata pengasas Kopimism, Isak Gerson, 20 (kanan).

“Kita akan menjadi manusia yang lebih baik apabila berkongsi pengetahuan dan budaya bersama,” katanya lagi. 
Di kalangan ahli Facebook, 3,500 orang sudah memberi tanda ‘like’ sebagai menyokong Kopimism. Dalam manifestonya, peraturan kod perisian sumber tertutup dan perisian antilanun disamakan dengan ‘perhambaan.’

Satu cawangan agama itu baru-baru ini didaftarkan di Illinois dan dalam proses diberi pengiktirafan, kata pelajar di Universiti Chicago, Christopher Carmean, 25, ketua cawangan berkenaan.

“Data mencorakkan kehidupan kita dan ia digunakan untuk menunjukkan reaksi kita. Perbuatan menyalin, mengubah suai dan berkongsi data meningkatkan kehidupan kita. Cubaan menyekatnya tidak beretika dengan kehidupan kita yang berasaskan data,” katanya.

Kira-kira 450 orang sudah mendaftarkan diri dengan gereja itu dan 30 dilaporkan aktif mengamalkan penggunaan ‘Ctrl+C’ dan ‘Ctrl+V’.

Kelahiran ‘Kopimism’ di Sweden tidak perlu dihairankan kerana negara itu mempunyai antara undang-undang hak cipta paling longgar di dunia.

Parti Lanun Sweden mempunyai dua kerusi di Parlimen Eropah manakala laman web ‘The Pirate Bay’ yang juga antara portal simpanan fail terbesar dunia masih beroperasi meskipun aktivitinya menyimpan fail diharamkan. 

– Agensi 


P/s: Apa-apa sajalah diorang ni,berhati-hati dengan jaruman halus Syaitan ini. Allah S.W.T. hanya menerima Islam sebagai Addin @Agama. WallahuA'lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan