Selasa, 3 April 2012

"Satu Langkah dari Saya, Dua Langkah Dari Tuhan"


Abdul-Rahman adalah anak muda Amerika yang masuk Islam di usia yang masih sangat muda. Dia mengetahui dan meyakini Islam pada usia dua belas tahun, dan uniknya ia menjadi Muslim setelah membaca autobiografi Malcolm X.
Ini kisahnya:
"Saya lahir dari keluarga Kristian, tapi kami tidak terlalu mengamalkan ajarannya. Kami pergi ke gereja hanya beberapa kali setahun untuk Krismas, Paskah dan bercuti. Tuhan hanya ada pada hari Minggu di Gereja untuk keluarga saya, tidak di luar gereja, dan banyak keluarga Amerika juga seperti ini.
Saya selalu berfikir dengan logik. Ketika saya masih berusia sebelas atau dua belas tahun, saya mula berfikir untuk diri saya sendiri. Saya bertanya pada diri sendiri, apakah Tuhan ada? Soalan ini, saya rasa, didorong oleh rasa ingin tahu saya oleh pertengkaran antara sains dan agama, atau rasionaliti dan agama di Amerika, dan saya kembali ke kisah Gereja Kristian di Eropah, dan selalu ada masalah antara Gereja Katolik dan ilmu pengetahuan dan kemajuan.
Saya meninggalkan makan daging babi, dan saya meninggalkan beberapa perkara lain yang dilarang dalam Islam dengan niat bahawa Allah akan membimbing saya.
Ketika saya membandingkan apa yang saya lihat dalam injil, dan apa yang saya tahu dari ajaran trinitas, dan keyakinan Kristian lain, berbanding dengan ilmu pengetahuan dan evolusi serta bukti lain, saya lebih bersandar ke sisi ilmu pengetahuan dan saya memilih untuk tidak percaya kepada Tuhan.
"Paparan pertama saya dengan Islam adalah ketika Michael Dan, kawan-kawan saya di sekolah tinggi, dan jiran saya juga, menjadi Muslim. Ketika Michael menjadi Muslim, ia banyak berubah. Sebelum Islam, ia melakukan banyak perkara yang mengganggu hidupnya. Dia benar-benar di jalan yang salah pada waktu itu.
Dia menjadi muslim ketika dia berusia 15 tahun, dan dia meninggalkan banyak hal yang dia lakukan dan melakukan kebiasaan-kebiasaan yang baik. Saya bertanya kepadanya "Apa yang membuatmu berubah dan menjadi seperti ini?"
Dia menjelaskan bahawa dia telah menjadi Muslim sekarang dan ini sebelum insiden 9/11, orang di Amerika tidak benar-benar tahu tentang Islam, bahkan hari ini mereka tidak tahu banyak.
Mencari Islam
Saya bertanya apa itu Islam? Siapakah Muslim?
Dia menjelaskan kepada saya. Saya terkejut bahawa Islam sangat dekat dengan Kristian dan Yahudi, dan penjelasan Michael Dan masuk akal bagi saya bahawa hanya ada satu Allah yang mengungkapkan mesej-Nya kepada para nabi dan rasul, tetapi tidak ada nabi yang mempunyai keilahian. Sebaliknya, mereka dihantar oleh Allah, mereka adalah manusia seperti kita. Saya tidak benar-benar ingin masuk Islam pada waktu itu, tapi penjelasan ini masuk akal bagi saya secara logik.
Setelah beberapa saat saya membaca sebuah buku berjudul "The Autobiography of Malcolm X." Dalam buku itu, saya sangat menghargai gambaran Muslim yang disajikan Malcolm X, dan saya ingin masuk Islam setelah itu kerana saya melihat bahawa Islam penyelesaian untuk rasisme dan banyak masalah lain di Amerika, tapi saya masih tidak percaya pada Tuhan.
Namun, saya membaca sebuah bahagian dari Malcolm X yang mengatakan, "jika anda mengambil satu langkah menuju Tuhan, Dia mengambil dua langkah menuju anda. Jadi, saya meninggalkan makan daging babi, dan saya meninggalkan beberapa perkara yang dilarang dalam Islam dengan maksud agar Tuhan menuntun saya.
Saya kemudian belajar lebih banyak tentang Islam, dan saya terkejut bahawa semakin saya bertanya lebih banyak jawapan yang saya dapati, dan jawapan selalu masuk akal bagi saya. Saya membaca tentang keajaiban dari mukjizat ilmiah dari Al-Quran.
"Saya ingin menambah bahawa Islam adalah hal yang paling indah dalam hidup saya, ini adalah sumber segala kebaikan. Ini adalah mesej bahawa setiap jiwa mencari ketenangan dalam erti tujuan, pemenuhan dan kebahagiaan sejati.
Saya menggalakkan semua orang untuk melangkah menuju Allah dan mereka akan mendapati bahawa Allah akan menuju dua langkah terhadap mereka, kerana ini adalah cahaya dari Allah, dan dengan cara apapun anda akan melihat cahaya itu keluar menjadi kenyataan.

Jalal, Teman Abdul-Rahman
Abdul Rahman kemudian pergi ke Jordan untuk mendapatkan biasiswa belajar bahasa Arab dengan sekumpulan pelajar lain. Di antara mereka adalah Jalal yang tinggal dengan Abdul-Rahman di pangsapuri yang sama.
Jalal mengatakan, "Saya mengenal Abdul Rahman melalui program yang dibiayai oleh Jabatan Luar Negeri yang disebut Biasiswa Bahasa kurikuler di mana kami menghabiskan dua bulan belajar di sebuah negara Arab, dan hal itu terjadi di Amman, Jordan."
Dia menghuraikan, "Maka, di sinilah saya mengenal Abdul-Rahman. Sebenarnya, saya pertama kali bertemu dengannya pada orientasi kami di Washington DC. Beberapa hal yang saya benar-benar berfikir hal khusus tentang Abdul-Rahman: Bahawa ia masuk Islam dengan pengetahuan Islam.
Dia bukan mualaf yang tidak tahu apa-apa tentang agama Islam.
Ia serius mempelajari bahasa Arab dan membaca Al-Qur'an secara teratur. Saya selalu melihat dia membaca Quran sebelum masuk ke kelas, biasanya dalam waktu luangnya ia membaca Quran. Dia menumpukan kepada bagaimana dia mengucapkan lafaz-lafaz di al-Quran
Hal lain yang saya perhatikan adalah bahawa banyak pelajar Amerika sangat tertarik untuk belajar tentang Islam, dan Abdul-Rahman secara terbuka boleh terlibat dalam perbualan dengan mereka. (Fq / oi)


Disunting dari: www.eramuslim.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan