Jumaat, 13 April 2012

Kenapa Mesti Bilik Gelap?



Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post ini. Alhamdulillah, sempat jugak nak curi masa nak meng update blog ni. Dah lama sangat terbengkalai ni. Haa, siapa nak jawab. Ok, hari ni pak cik nak berkongsi sedikit info dengan korang, kenapa kebanyakan keilmuan memerlukan seseorang, menyendiri, masuk dalam bilik gelap, tidak boleh makan cadbury, tak boleh tidur atas tilam sweet dream dan sebagainya.
Umum, korang meminta sesuatu yang hebat dari ALLAH, jadi korang punya pengorbanan pun perlulah hebat. Asal mesti tempat sunyi adalah disebabkan untuk fokus. Supaya korang punya fokus tak bending ke arah yang berlainan pulak. Cuba kalau terang, nanti kalian nampak burung, kalian teringat pasal burung, nampak gambar korang tengah tanduk punggung member masa main bola, mula la nak tergelak. Jadi ni antara sebab kenapa ada sesetengah ilmu mensyaratkan supaya berada di tempat yang gelap.
Selain itu, dengan bergelap ni, ia akan membuatkan kita menjadi berasa hamba yang hina. Ia ibarat kita berada di kawasan yang kosong, gelap dan tiada berpenghujung, tiada penolong, tiada teman bicara. Saat itu juga kita memohon kepada ALLAH dengan sebenar benar pasrah. APabila pasrah, maka ALLAH akan mengkabulkan doa kita dengan pantas sebab kita minta sungguh sungguh, bukan sambil lewa.
Ibarat orang hantar resume kerja, majikan akan pilih yang isi menarik, kemas, format yang betul, berbanding resume yang cacamarba, comot, dan tak mengikuti spec yang dikehendaki.
Jadi, sentiasalah kita pertingkatkan diri kita dengan ilmu ilmu nya. Semoga ALLAH sentiasa membantu kita dalam memahami ilmu nya. Insya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan