Isnin, 5 Mac 2012

Bersihkan Buah Pinggang dengan RM3.00


Daun Parsley,Pasli


Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita.


Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??
Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit Parsli/Parsley dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).


Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk.


Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.


Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!


Antara lain Kegunaan dan Khasiat Daun Parsli /Parsley


Tahukah anda apa itu daun Parsley?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.


Pokok Daun Parsley juga dikenali dengan nama Pasli.Daun parsley juga biasanya digunakan untuk masakan Itali.


Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.

Khasiat Daun Parsley/Pasli Kaya dengan vitamin
Daun parsley kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Khasiat Daun parsley untuk Rambut
Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Khasiat Daun parsley Pulihkan Hipotensi
Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.



kredit : wikipidia,oldtraffords,petua.org



13 ulasan:

  1. adakah daun ni yg org panggil jugak dgn panggilan daun sup???

    BalasPadam
  2. ketumbar, coriander..ni daun sup.

    BalasPadam
  3. Gambar tu daun ketumbar, cerita daun parsli, tajuk daun sup. Mohon pencerahan.

    BalasPadam
  4. Daun parsi,?adakah daun sup atau daun ketumbar bar

    BalasPadam
  5. Daun parsleys ialah daun sup dan berbau sedikit wangi. Daunnya agak besar.
    Coriander ialah daun ketumbar bentuk daunnya sama seperti daun parsley cuma kecil sedikit dan berbau kuat. Ada orang kata bau macam lipas.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Daun ketum atau biak sesuai utk org2 yang nk stim dgn kos yg muràh

      Padam
    2. Daun ketum atau biak sesuai utk org2 yang nk stim dgn kos yg muràh

      Padam
  7. Daun parsely, daun sup & ketumbar. 3 benda berbeza, sila confirm, gambar tunjuk daun ketumbar.

    BalasPadam
  8. Saya, doktor George Ben, dari hospital dallas county, oleh pentadbiran hospital diberi peluang untuk membuat iklan bagaimana saya mula bekerja di internet dan anda berada di luar, seperti tahun yang anda beli organ seperti buah pinggang telah bermula lagi. Jika anda ingin menjual buah pinggang anda, jangan ragu untuk menghubungi hospital dengan e-mel berikut: Pakar Pembedahan Organik Dallas County dan derma tidak ada risiko, kami membayar wang yang baik dan kami berada di Iowa USA.
    dan ini adalah e-mel kami:
    info.dallascountyhospital@gmail.com

    BalasPadam