Ahad, 5 Februari 2012

Zyrab, Pencipta yang Dilupakan


Rasanya nama Ziryab belum ramai yang tahu, walaupun sesungguhnya ia termasuk penemu (inventor) dan seniman hebat sekaliber Leonardo da Vinci.


Ziryab (789-857 AD) atau dengan nama arab Abu I-Hasan 'Ali Ibn Nafi' adalah seorang polymath dari Parsi (polymath: seseorang yang pengetahuannya tidak terhad hanya pada satu bidang), seorang bekas hamba yang kemudian menjadi ahli di pelbagai bidang-bidang ahli muzik, penyanyi, perancang busana, penemu@pencipta, botanis, dan lain-lain.

Banyak hal yang lazim kita lakukan di era moden sekarang berpunca daripada "revolusi" yang dilakukan Zyrab. Diantaranya:

1. Memperkenalkan cara makan dalam sajian rasmi: soup (atau appetizer), hidangan utama (main course), lalu pudding (dessert).

2. Gelas kristal? Itu hasil penemuan Zyrab. Sebelumnya orang di zaman tersebut banyak memakai gelas dari logam atau tembikar.

3. Di dunia fashion, Zyrab membawa perubahan gaya pakaian. Bila musim sejuk datang, Zyrab merancang pakaian berbahan koota hangat dan wool. Maknanya, Zyrab membuat orang mengenakan pakaian sesuai mengikut musimnya.

4. Gaya rambut pendek bagi lelaki dan mencukur janggut (shaving) dipopularkan oleh Zyrab.

5. Dia yang mempromosikan mandi dua kali sehari.

6. Mencari ubat gigi seperti yang kita pakai sekarang.

7. Mencari deodoran.


Kredit: apakabardunia.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan