Ahad, 12 Februari 2012

Biodata Ringkas Ustaz Azhar Idrus




Kalau mengikut cerita ustaz Azhar Idrus, beliau ada dua orang isteri…gambar keluarga ustaz Azhar di atas..


Berikut biodata ringkas Ustaz Azhar Idrus yang aku dapat kutip dari hasil pencarian di Internet…tak banyak  informasi yang dapat di kutip, maaflah jika ada dari Biodata Ustaz Azhar ni yang tak tepat..aku cuma kutip dari Internet aje..


  

-Masa kecil duduk di satu kem tentera di Kedah bersama Nenek dan Datuknya (Tak pasti)



-Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.

-Kemudian belajar di Institut Berakan, Terengganu.

-Pernah Bekerja Di Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, sebelum ditukarkan ke Utusan Malaysia di Terengganu, kemudian meletak jawatan kerana ingin memberi tumpuan pada menghadiri kuliah-kuliah agama.



-Pernah bekerja menerak kain batik(tak pasti maksudnya,mungkin mencanting batik)  setelah letak jawatan di Utusan.

-Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985.


-Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.

-Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.

-Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai, juga pernah berguru dengan ustaz hakim yang berbelas tahun di pattani mengaji ilmu.

-Website rasmi : ustazazhar.net


dan dibawah video Ustaz Azhar bercerita mengenai dirinya




2 ulasan: