Jumaat, 3 Februari 2012

Adakah Hang Tuah Wujud? Ini komen Pakar Arkeologi


Gambar hiasan 

PAKAR arkeologi mempertahankan kewujudan laksamana Melaka, Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 berdasarkan beberapa bukti yang ditemui melalui kajian arkeologi. 


Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, berpendapat kewujudan Hang Tuah mampu dibuktikan melalui penemuan nama Hang sendiri di Padang Lawas, Sumatera pada abad ke-15, sekali gus menguatkan kepercayaan bahawa laksamana itu memang pernah hidup di muka bumi ini.


“Saya percaya Hang Tuah wujud tetapi nama yang empat orang lagi (Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi) mungkin kita boleh kaji lebih lanjut untuk menentukan sama ada mereka benar-benar wujud atau tidak.


“Kita juga tidak boleh menafikan kewujudan makam Hang Tuah. Walaupun nama di makam itu tidak tertera Hang Tuah, penemuan tinggalan seramik oleh kajian arkeologi, jelas menunjukkan zaman itu adalah abad ke-15 iaitu zaman Hang Tuah,” katanya. 


Nik Hassan Suhaimi berkata, walaupun ada cadangan untuk melakukan kajian saintifik bagi menentukan kesahihan kewujudan Hang Tuah melalui proses DNA, ia sukar dijalankan kerana membabitkan kaedah yang rumit. 


“Kalau kita nak jalankan kajian saintifik itu, kita kena menggali makam berkenaan untuk mengambil sampel tulang dan ia bercanggah dengan agama Islam sendiri,” katanya. 


Baru-baru ini, pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, menafikan kewujudan laksamana Hang Tuah, empat rakannya dan Puteri Hang Li Po kerana tiada rekod yang mencatatkan mereka pernah wujud di muka bumi ini.


Sehubungan itu, Kay Kim berkata, buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos serta lagenda, termasuk penceritaan mengenai Hang Tuah, Hang Jebat dan Puteri Hang Li Po./BeritaHarian

P/s: Melayu dan lain-lain bangsa akan hilang (arah) jika hidup tidak berpandukan Agama yang benar..WallahuA'lam. 




3 ulasan:

  1. nak tulis semula buku sejarah-semoga semua faktanya lebih tepat.

    BalasPadam
  2. bagus..kami semua amat2 mengalakkan kerja mulia kamu itu..lebih2 lagi siapakah pejuang sebenar kemerdekaan negara malaya yg makmur ini...amin.

    BalasPadam
  3. syabas...utk BANGSA MELAYU syabas kpd Datok Nik Hassan berharap kajian lebih dalam lagi dapat dilakukan..berpegang pada adat berperang utk tanah berdaulat..

    BalasPadam