Isnin, 27 Februari 2012

Kekuasaan Tuhan, Gadis Keluarkan Kristal Dari Mata


Kristal keluar dari mata gadis Lebanon - Air Mata Kristal

“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),” – Yaasin; 77.
Terciptanya manusia itu di muka bumi Allah adalah sebaik-baik penciptaan di mana telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan Yang Esa yang mencipta setiap manusia itu penuh dengan keunikan dan cukup sifatnya.
Tetapi, kita sebagai manusia tidak pernah mengetahui kebesaran dan di sebalik kekuasaan Tuhan yang banyak melihatkan keajaiban dalam tubuh badan kita.
Sebuah video yang memaparkan keajaiban Allah S.W.T di mana seorang gadis Lebanon mampu mengeluarkan seketul kristal tajam dari matanya sendiri.
Video itu memang sudah lama disiarkan, tetapi, eloklah kita lihat kejadian itu sebagai iktibar dan renungan bersama untuk sentiasa bersyukur dan menghayati setiap ciptaan Pemilik muka bumi ini.
Hasnal Mohamed Meselmani, menggemparkan daerah Labenon, gadis biasa tetapi memiliki keajaiban yang tidak ada pada orang lain.
Setiap hari matanya mampu mengeluarkan sebutir hingga ke tujuh butir kristal tajam tanpa mencederakan matanya langsung.
Hingga kini, masih lagi tidak terjawab tentang kehebatan dirinya yang memiliki kebolehan untuk berbuat demikian.
Benarlah kita sebagai manusia, tiada apa yang mampu menidakkan kekuasaan dan kebenaran tentang Allah S.W.T dalam menguruskan setiap butiran hidup manusia dan makhluk-makhluk lain yang menginap sementara di bumi ini.
“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur,” – AS-Sajdah; 7, 8 & 9

Oleh: NAIMAH SHAARI

Bakteria Dalam Mulut Boleh Membunuh



Sejenis bakteria yang berada dalam mulut didakwa mampu membunuh jika ia memasuki saluran darah, menurut penyelidikan saintis di Switzerland. 

Penyelidik mendapati sejenis bakteria yang dipanggil Streptococcus tigurinus, boleh memasuki saluran darah walaupun jika gusi berdarah. 

Hasil kajian yang dilakukan terhadap seorang pesakit, mendapati bakteria dalam darah pesakit itu menyebabkan dia diserang endokarditis (radang jantung), meningitis dan spondylodiscitis (radang tulang belakang). 

Kajian yang diketuai Dr Andrea Zbinden dari Universiti Zurich itu diterbitkan dalam International Journal of Systematic and Evolutionary Microbiology. 

Zbinden berkata, mereka kini sedang melakukan kajian lanjut mengenai serangan bakteria tersebut supaya ia dapat dirawat segera. 

Sumber 

Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan?


Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar
-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;
”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai 
lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka
 diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat
 patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah 
melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang 
elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang 
di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan 
Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka 
memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya 
kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah 
tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak 
lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.” 


aliffcullen




P/s: kerana pulut santan binasa,kerana mulut (lidah) badan kita binasa...jika membawa fitnah tika berbicara...kelak diri mu di sumbat ke lubang neraka..


Isnin, 20 Februari 2012

Ini Adalah Cili yang Paling Pedas Di Dunia


Satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Institut Chile Pepper di New Mexico State University (NMSU) mendapati, Trinidad Moruga Scorpion merupakan lada paling pedas di dunia ini.


Pengarah Institut Chile Pepper, Paul Bosland berkata, kajian itu turut dijalankan terhadap beberapa jenis baka lada yang dikatakan mempunyai reputasi paling pedas di dunia termasuk Trinidad Scorpion, 7-pot,
Chocolate 7-pot dan Bhut Jolokia.

Bhut Jolokia merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007.


Lada Trinidad Moruga Scorpion mencatat jumlah keputusan tertinggi dengan memperoleh lebih 1.2 juta Unit Haba Scoville (SHU) dan lada Chocolate 7-pot pula merekodkan hampir 1.17 juta SHU.

Lada 7-pot berada pada tempat ketiga dengan memperoleh lebih 1.06 juta SHU manakala Trinidad Scorpion dan Bhut Joloki masing-masing mencatat 1.03 juta SHU dan 1.02 juta SHU./
 I.S

Baca ini pula...

  • Cili Manis Dan Tanpa Biji Pertama Di Dunia



Ahad, 19 Februari 2012

Tabiat Simpan Emas Orang Vietnam yang Patut Di Ikuti


TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.
Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.
“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.
Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.
“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.
Sumber :Harian Metro/emaskini

P/s: Takkan tenguk, baca aje kawan...beli,simpan seketul walaupun setengah dinar..beli sportrim kereta boleh takkanlah mula dengan setengah dinar tak boleh..renung-renungkan dan selamat beramal :)

Bahan Dalam Kunyit Boleh Cegah Penyakit Alzheimer




LONDON 16 Feb. - Sekumpulan saintis di Sweden menemui sejenis bahan yang terkandung dalam kunyit mampu membantu mencegah penyakit Alzheimer atau nyanyuk di kalangan warga emas - satu lagi sebab untuk kita menyenaraikan bahan tersebut dalam menu harian.
Kajian yang diketuai Profesor Per Hammarstrom dari Universiti Linkoping dilakukan terhadap lalat buah yang mempunyai masalah saraf yang sama dengan penyakit kemerosotan neuro.
Lalat tersebut diberi ekstrak kunyit dan didapati curcumin, iaitu bahan aktif yang terdapat dalam rempah tersebut mampu memanjangkan jangka hayatnya sehingga 75 peratus.
Alzheimer dikaitkan dengan ikatan protein dalam otak dipanggil plak amyloid, yang berfungsi merosakkan pendawaian dalam sel otak.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal PLoS One, membuktikan mengapa kadar nyanyuk di kalangan warga emas di India kurang berbanding dengan masyarakat Barat.
Beberapa penyelidikan yang dijalankan sebelum ini juga menunjukkan Alzheimer hanya menyerang kurang satu peratus masyarakat berumur lebih 65 tahun di beberapa perkampungan di negara itu.
Melalui pengambilan curcumin, saintis mendapati plak amyloid yang terdapat pada otak atau mata serangga tersebut tidak berkurang, namun ia berupaya memacu formasi fiber saraf dengan mengurangkan jumlah bahan yang menyebabkan Alzheimer, yang dipanggil oligomer daripada terbentuk.
"Keputusan tersebut mengesahkan kepercayaan kita selama ini bahawa oligomer sangat berbahaya kepada sistem saraf," katanya.
Beberapa teori mengesahkan bagaimana oligomer bertindak memulakan proses penyakit Alzheimer. Menurut satu hipotesis, ia terperangkap pada persimpangan saraf menyebabkan signal impuls tersekat.
Curcumin bukan sahaja baik untuk mencegah nyanyuk, malah beberapa kajian sebelum ini membuktikan ia membantu menentang jangkitan kuman dan serangan jantung, mencegah trombosis serta kanser. - AGENSI

malaysiaria

Subhanallah, Baru 5 Tahun Tapi Budak Ini Sudah Menjadi Imam!

Subhanallah, Baru 5 Tahun Tapi Budak Ini Sudah Menjadi Imam!

Usianya masih sekitar lima tahun. Namun, kemampuannya dalam menghafal dan menguasai Al-Quran tak perlu diragui.
Umat ??Islam di sekitarnya menjadikannya imam solat, kerana ilmu yang dikuasainya. Subhanallah, bacaan Al-qurannya begitu fasih.
Fenomena ini mengingatkan kita pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Amr ibn Salamah berkata, “Suatu ketika Nabi SAW bersabda, ‘Jika waktu solat tiba, hendaknya ada di antara kamu yang melakukan azan. Lalu yang paling banyak bacaan Al Qur’annya hendaknya diangkat menjadi imam.’ Mereka melihat tidak ada yang bacaan Al-qurannya melebihi diriku. Maka aku diangkat sebagai imam, padahal aku masih enam atau tujuh tahun. “(HR Bukhari).


Kenapa Allah Tidak Memberikan Hidayah Kepada Semua Orang ?


detail berita


Pertanyaan

Assalamualaikum. Ustaz, saya mahu bertanya, mengapa Allah tidak memberikan hidayah yang sama kepada semua orang, sehingga semua orang beriman kepada Allah?  Memang Allah memilih hanya beberapa hamba-Nya sahaja untuk menerima hidayah, bukankah orang-orang kafir itu boleh “protes” kelak di yaumil hisab, kerana mereka kafir disebabkan Allah tidak memberi mereka hidayah? Bagaimana wujud hidayah Allah itu? Bagaimana wujud bimbingan dan petunjuk Allah itu? Kenapa kita harus “menunggu” datangnya hidayah Allah untuk berubah? Mohon penjelasan.

(Hamba Allah )

Jawapan

Waalaikumsalam, Hamba Allah yang insya-Allah dimuliakan oleh Allah s.w.t. Kata Hidayah, menurut Qurais Shihab secara maknawi bererti “memberi petunjuk kepada sesuatu” atau “memberi hadiah”. Sedangkan Al-quran memaparkan, hidayah setidaknya memiliki dua makna:

1. Menunjuki dan membimbing (QS Fushshilat: 17)
2. Memasukkan iman ke dalam hati atau menjadikan seseorang beriman. (QS Al Qashash: 56)

Sesungguhnya hidayah Allah itu banyak mengitari kita. Para ulama merumuskan empat jalur pemberian hidayah, entah itu disedari ataupun tidak:

1. Insting @
naluri 
Insting atau naluri adalah pola perilaku atau reaksi yang Allah berikan kepada kita tanpa perlu kita pelajari sebelumnya. Hidayah berupa rasa lapar yang memaksa kita mencari makanan, berupa rasa takut yang melindungi dari bahaya dan sebagainya.

Pernahkah Anda melihat gambaran bagaimana insting seorang anak manusia yang baru dilahirkan, kemudian diletakkan di perut ibunya. Lalu secara naluriah dia merangkak berusaha mencari puting susu ibunya dan meminum air susunya. Itulah hidayah pertama yang Allah berikan untuk kita hamba-Nya. Sebuah bimbingan dasar yang juga Allah berikan kepada segenap makhluk hidup yang lain juga.

2. Hidayatul Khawas (Indera)
Petunjuk kepada keselamatan kedua dari Allah adalah Indra kita. Kerana sebagai manusia, Insting dan naluri saja belumlah cukup adanya.

Dengan indra inilah, maka naluri manusia itu diarahkan. Secara naluriah manusia akan mencari makan di saat lapar, tapi lidahlah yang kemudian memilihkan makanan yang layak masuk ke dalam tubuh dan yang tidak.

Secara naluriah pula, manusia waspada bila mendengar sesuatu yang mengejutkan. Tapi telinga dan hati kitalah yang pada akhirnya membezakan, mana suara panggilan dan mana suara ancaman. Singkatnya, manusia diberikan darjat yang lebih baik lagi dibanding makhluk Allah yang lain dengan diberikannya indra.

Sebagai hidayah dari Allah, indra kita tidak pernah memberi petunjuk kepada sesuatu yang menyesatkan. Ini semua kerana Indra memang diciptakan Allah sebagai penunjuk jalan. Sebagai pembimbing bagi kita untuk menikmati hidup lebih baik lagi.

3. Hidayatul ‘Aqly (Akal)
Allah memberi kita akal. Akal menyempurnakan apa yang sudah diperoleh dari naluri dan indra kita. Akal menjelaskan tentang sebuah kejadian yang hanya tertangkap sekilas oleh indra. Naluri dan indra kita menuntun untuk menghindari sesuatu yang bersifat panas membakar. Berakal berarti boleh membezakan yang baik dan yang buruk. Berakal bererti mampu memisahkan mana yang hak dan mana yang batil. Berakal bererti mampu memilih mana yang benar dan mana yang salah. Berakal bererti boleh lebih berhati-hati lagi menyikapi sesuatu. Berakal bererti mampu mengembangkan diri untuk hidup yang lebih baik dan lebih terhormat lagi.

4. Hidayatu Ad-Dien (Hidayah Agama)
Akal sekalipun sesungguhnya juga sangat terbatas kemampuannya. Sering akal buntu menjawab beberapa pertanyaan mendasar mengenai manusia. Kerana keterbatasan akal, banyak manusia yang pada akhirnya menuhankan benda, pepohonan, gunung, lautan, matahari, atau pun roh-roh leluhur yang diyakini menguasai dan mengatur alam semesta ini. Untuk itulah Allah menurunkan agama sebagai hidayah muktamad, Aturannya tertulis rapi dalam lembaran mushaf Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Begitu terperinci dan sempurna memberi jalan dan tauladan. Begitu teratur dan berterus terang melukiskan harapan sekaligus ancaman dari tiap-tiap perbuatan. Isinya begitu selaras, serasi, dan seimbang dengan fitrah insani. Tidak berlawanan dengan naluri, tidak bertentangan dengan sentuhan indrawi, dan bahkan menjadi pelurus dan pembimbing arah berfikir bagi akal yang terbatas ini.

Cuba Anda tanyakan pada diri sendiri, apakah Allah belum memberi naluri yang memberi petunjuk awal bagaimana hidup dengan lebih baik? Apakah Allah belum memberikan kepadanya lima indra yang menuntun untuk membangunkan diri? Apakah Allah juga tidak memberi akal untuk kita berfikir dan membezakan mana yang baik untuk diikuti dan mana yang harus ditinggalkan? Terakhir, tidak cukupkah nabi, rasul, dan ulama yang membimbing kita untuk mengenal Allah dan segala ketentuannya? Kalau jawapannya “Ya”, lalu apa alasannya menunda keredhaan Allah mengalir kepadanya?. Wallahu ‘alam bisshawab.


Sumber : bambang




Misteri Kematian Bapa Rasulullah s.a.w


Rancangan jahat orang Yahudi membunuh Rasulullah saw telah rancang sejak sebelum Rasulullah lahir lagi. Usaha itu dilakukan bahkan ketika beliau masih berada dalam sulbi ayahnya, Abdullah dan semasa berada di dalam perut ibunya, Aminah. Setelah beliau lahir, usaha membunuh beliau semakin menjadi-jadi.

Para dukun dan rabi Yahudi berusaha keras membunuh Abdullah, ayah Nabi Muhammad saw. Salah satu tokoh mereka berkata, "Siapkan makanan yang telah diberi racun yang sangat beracun dan kemudian makanan itu berikan kepada Abdul Mutthalib." Orang-orang Yahudi melakukan hal itu lewat para perempuan yang menutup wajahnya dengan kain. Setelah makanan tersebut selesai dibuat, mereka membawanya kepada Abdul Mutthalib.

Ketika sampai di rumah Abdul Mutthalib, isterinya keluar dan menyambut mereka. Mereka berkata, "Kami masih keturunan Abdi Manaf dan itu bererti masih famili jauh kalian." Mereka lantas memberikan makanan tersebut sebagai hadiah. Setelah mereka pergi, Abdul Mutthalib berkata kepada keluarganya, "Kemarilah keluargaku, kita menyantap bersama apa yang dibawakan oleh famili jauh kita." Namun, apabila mereka hendak memakan hidangan yang dibawa itu, terdengar suara dari makanan tersebut, "Kamu jangan memakan aku, kerana aku telah diracuni oleh mereka. "Keluarga Abdul Mutthalib tidak jadi makan dan kemudian berusaha mencari tahu siapa para perempuan yang menghadiahkan mereka hidangan itu. Namun selidik punya selidik mereka tidak berjaya mengetahui identiti mereka. Ini adalah salah satu tanda-tanda kenabian Rasulullah sebelum lahir.

Tidak berjaya, kembali sekumpulan rahib Yahudi dengan memakai pakaian peniaga Syam memasuki kota Makkah. Mereka sengaja datang ke sana untuk membunuh Abdullah, ayah Rasulullah saw. Sejak awal mereka telah mempersiapkan pedang yang telah di olesi racun. Mereka dengan sabar menanti kesempatan untuk melaksanakan rencana yang telah dibuat jauh-jauh hari.

Suatu hari, Abdullah bin Abdul Mutthalib keluar dari kota Makkah untuk memburu. Orang-orang Yahudi melihat ini sebagai sebuah kesempatan bagus untuk membunuh Abdullah. Di suatu tempat mereka mengepung dan hendak membunuhnya. Namun lagi-lagi usaha mereka gagal, kerana tiba-tiba ada sekumpulan Bani Hasyim yang kembali dari perjalanan melalui tempat tersebut. Dan untuk kesekian kalinya Abdullah berjaya selamat dari niat busuk orang-orang Yahudi. Sempat terjadi bentrok antara orang-orang Yahudi dan Bani Hasyim yang berakhir pada sejumlah pendeta Yahudi terbunuh dan sebahagian yang lain ditawan dan dibawa kembali ke Madinah.

Abdullah, ayah Rasulullah saw meninggal secara misteri. Sebahagian ada yang meriwayatkan beliau meninggal pada umur 17 tahun sementara yang lain menyebut 25 tahun.

Kazruni dalam bukunya al-Muntaqi menulis:

"Abdullah Mutthalib lahir tepat 24 tahun sejak masa pemerintahan Anushirvan, Raja Kisra. Ketika berumur 17 tahun, beliau menikah dengan Aminah. Ketika Aminah hamil Rasulullah saw, Abdullah meninggal dunia di Madinah. Semua orang menuduh penyebab kematian Abdullah adalah orang-orang Yahudi. Mereka meracuni Abdullah. Kerana ketika di Makkah mereka berkali-kali berusaha membunuh Abdullah tetapi tidak sempat kerana ada halangan. Bagaimana bila Abdullah ke Madinah yang di sana hidup banyak orang Yahudi? "

Tentunya, tujuan asal adalah Rasulullah saw, namun ayahnya, Abdullah yang menjadi mangsa.