Jumaat, 20 Januari 2012

Subhanallah, Gerakan Solat Mampu Lenturkan Saraf Tubuh



Jikalau solat boleh kita terapkan dalam pekerjaan dan aktiviti seharian, tentu hasil prestasi akan optimum dan berkualiti. Kesan positif lain dari solat juga mendatangkan kesihatan.

Jika kita perhatikan dan rasakan dalam gerakan-gerakan solat, dari mulai takbir mengangkat kedua-dua tangan, ruku, sujud, duduk dan gerakan lain, rangkaian saraf tubuh akan tetap lentur dan rileks.

Dari banyak kajian, sujud misalnya mampu membebaskan otak saraf dari kegelisahan, rasa resah dan tekanan kejiwaan. Kepasrahan yang dilakukan orang yang sujud membuat otak dan saraf menjadi tenang dan terasa kosong. Seorang yang solat telah berkongsi keresahan dan kegelisahan hidupnya kepada Tuhannya sehingga akan terasa ringan.

Dengan ucapan dan gerakan solat kita dapat menyatukan antara hati fikiran dan gerak untuk mencapai khusyuk. Mengapa tahajud pada waktu malam sangat ditekankan? Kerana dalam keheningan malam itu kita akan merasakan kedekatan dengan Tuhan.
Setiap gerakan solat adalah bahasa ritual, sejak dari mengangkat tangan, membongkokkan badan, sampai menundukkan kepala ke tanah. Semuanya itu, kalau saja dihayati dengan mendalam, jauh lebih ekspresif berbanding ucapan seribu kata.

Ketika seorang muslim bersujud dengan khusyuk menundukkan kepala dan meletakkan dahinya ke tanah, maka rangkaian kata-kata tidak cukup untuk mengungkapkan perasaan hatinya ketika bersimpuh menghadap Tuhan.

Dengan demikian seseorang yang solat dengan tertib dan khusyuk akan mampu membuat dirinya dalam keyakinan tinggi untuk menjalani hidup serta kepasrahan tulus atas semua ketentuan Tuhan. Hidup akan tetap optimis kerana selalu dekat dengan Tuhan./detikislam

- terjemahan dari unikaneh.com, sumber asal tribun news



Tiada ulasan:

Catat Ulasan