Ahad, 15 Januari 2012

Psoriasis Tiada Ubat.., Usah Kecewa Setiap Penyakit Ada Ubatnya

thumbnail

pix_middle
GANGGUAN FIZIKAL... kulit berwarna merah menggelupas sebelum  menjadi kepingan  berwarna putih keperangan.
GANGGUAN FIZIKAL... kulit berwarna merah menggelupas sebelum menjadi kepingan berwarna putih keperangan.

Sel kulit mati tidak sekata


RENDAH diri, malu, tertekan dan terasing antara perasaan yang dialami pesakit kulit psoriasis. Apabila penyakit menyerang, perasaan tidak mahu langsung berjumpa orang ramai membuak dalam diri.
Kulit pesakit akan menjadi berbintik atau membengkak, bertompok merah dan kulit pada bahagian berkenaan menebal serta keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.
Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga akan terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar.

Perunding Dermatologi dan Pakar Bedah Laser, Dr Mohd Noh Idris, berkata psoriasis adalah penyakit kulit disebabkan proses penggantian kulit berlaku terlalu cepat, iaitu dalam masa tiga atau empat hari, berbanding individu normal yang mengambil masa lebih kurang 30 hari.

“Psoriasis ialah penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang mampu mengawal penyakit ini. Adakala ia wujud dan sebaliknya. Ia berlaku disebabkan faktor keturunan, misalnya jika ibu bapa menghidap penyakit sama, kebarangkalian anak mendapat penyakit itu mencecah 70 peratus.

“Kepala, siku, lutut, tubuh badan dan muka pula antara bahagian yang sering diserang psoriasis, malah dianggarkan 30 peratus penyebab kepada penyakit sendi,” katanya ketika ditemui di Klinik Pakar Kulit miliknya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, punca sebenar psoriasis masih tidak diketahui hingga kini, tetapi ia dipercayai mempunyai komponen genetik tinggi.

Antara faktor lain menjadi penyebab psoriasis bertambah buruk ialah tekanan, berhenti mengambil kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.

“Tahap jangkitan psoriasis bermula daripada tompok kecil pada satu bahagian hinggalah ke seluruh permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik dan ia adalah bahagian keradangan dengan pengeluaran kulit berlebihan.

“Seterusnya, kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini serta mengakibatkan sel mati berwarna perak. Ia sering didapati di siku, lutut, tetapi juga boleh dijangkiti di mana-mana bahagian badan termasuk kulit kepala, punggung, tapak kaki dan kemaluan,” katanya.

Sesiapa saja tanpa mengenal jantina dan umur boleh diserang penyakit ini. Begitupun, kebiasaannya ia berlaku buat pertama kalinya pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun.

Luka radang pula boleh menimbulkan rasa pedih, gatal dan menyebabkan bahagian berkenaan kelihatan hodoh. Malah, psoriasis menggugat fizikal dan emosi pesakit.

Apabila ia berlaku, kulit menjadi merah, tebal (akibat berlebihan sel), keras dan menggelupas sebelum tanggal sebagai kepingan nipis berwarna putih keperangan.

Ia juga menyebabkan kulit menjadi gatal dan membuatkan pesakit sering menggaru hingga berdarah. Gejala ini juga bergantung kepada tahap dan bahagian yang diserang psoriasis.

Pesakit juga mungkin mengalami ketidakselesaan dan kecacatan fizikal yang kecil atau besar. Kegatalan dan kesakitan boleh mengganggu fungsi asas seperti penjagaan diri, berjalan dan tidur.

Pesakit psorisis juga alah kepada cahaya matahari. Jika terdedahkan, kulit akan menjadi merah jambu seperti warna ikan salmon manakala plak yang timbul pada bahagian tangan dan kaki juga mungkin menyebabkan pergerakan individu terbatas, terutama dalam bersukan, malah aktiviti riadah.

Plak yang tumbuh di bahagian kulit kepala pula boleh menjadi perkara memalukan disebabkan kepingan bersisik yang boleh menjadi kelemumur. Individu yang mengalami psoriasis mungkin berasa malu mengenai diri mereka dan mempunyai rasa rendah diri bimbang dijauhi masyarakat atau kebimbangan mengenai psikoseksual.

Kajian dilakukan Yayasan Psoriasis Kebangsaan Amerika Syarikat bersama 426 pesakit psoriasis pada 2008 menyatakan, 71 peratus menganggap penyakit ini menjadi masalah besar dalam kehidupan seharian mereka.

Pada masa sama, kajian berasingan melaporkan psoriasis juga memberi kesan terhadap kualiti kehidupan berasaskan kesihatan, terutama kepada 10 hingga 30 peratus pesakit, yang juga mungkin mengalami artritis psoriatik.

Dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit muda mula mengalami masalah kulit sebelum berumur 10 tahun dan tahap serangan psoriasis ditentukan berdasarkan keadaan fizikal dan keluasan kulit yang mengalami keradangan.

Ia juga mengakibatkan kesan buruk terhadap penyakit kronik lain, misalnya kemurungan, bengkak jantung (myocardium infarction), hipertensi, kegagalan jantung kongestif atau kencing manis. Pesakit yang menghidapi psoriasis teruk juga biasanya mempunyai jangka hayat lebih pendek.

Jelas Noh, ramai masih keliru dan takut terhadap penyakit ini walaupun sebenarnya, ia tidak berjangkit.

Katanya, orang ramai tidak perlu risau jika berdepan kawan atau saudara mara kerana mereka juga seperti individu lain.

“Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan ini satu fakta penting yang perlu disebarkan kepada umum supaya tanggapan dan kebimbangan mengenai penyakit itu dapat diperbetulkan.

“Mengenai rawatan, pesakit biasanya hanya diberi krim bergantung kepada tahap penyakit masing-masing. Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol adalah ubat krim yang biasa diberi kepada pesakit,” katanya.

Jenis psoriasis:

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok




  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis




  • Lampin psoriasis




  • Pustular psoriasis




  • Guttate psoriasis




  • Plaque psoriasis


    Mitos umum mengenai psioriasis:




  • MITOS 1: Psoriasis berjangkit.
    Hakikatnya: Psoriasis, terutama dalam bentuk sederhana atau teruk, mudah kelihatan di permukaan kulit. Disebabkan pertumbuhan abnormal sel kulit, tompok merah bersisik di kulit akan kelihatan.

    Bagaimanapun, psoriasis tidak berjangkit. Anda tidak boleh dijangkiti penyakit ini daripada orang lain dan tidak boleh memindahkannya kepada orang lain hanya dengan menyentuh mereka atau dekat dengan mereka.






  • MITOS 2: Psoriasis hanya penyakit kulit. Satu masalah kosmetik.
    Hakikatnya: Psoriasis ialah penyakit kronik dalam sistem imuniti badan yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit tidak normal.

    Sel kulit biasa matang dalam masa 28 hingga 30 hari dan ia gugur daripada permukaan kulit. Tanpa disedari, sel kulit psoriatik mengambil masa hanya tiga hingga empat hari untuk matang dan timbul di permukaan kulit, menyebabkan sel berlapis dan membentuk luka bersisik.

    Luka psoriasis mengakibatkan kepedihan dan kegatalan, dan ia boleh pecah dan berdarah. Dianggarkan 30 hingga 50 peratus pesakit psoriasis menghidap artritis psoriasis yang menyebabkan kesakitan, kekejangan dan bengkak sekitar sendi.






  • MITOS 3: Psoriasis hanya memberi kesan kepada pesakit secara fizikal.
    Hakikatnya: Selain masalah fizikal, wujud juga kesan psikologi dan emosi dialami pesakit psoriasis. Mereka sering dilaporkan mengalami perasaan tidak berdaya, putus harapan, marah, kekecewaan dan kemurungan berkaitan keadaan kulit mereka dan bagaimana reaksi orang lain terhadap keadaan mereka.

    Ada pesakit yang menghidap psoriasis teruk mengalami tekanan sehingga ingin membunuh diri. Pesakit juga sering membandingkan kecacatan mereka dengan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis atau penyakit jantung.






  • MITOS 4: Psoriasis disebabkan tidak menjaga kebersihan.
    Hakikatnya: Psoriasis juga penyakit sistem imuniti badan dan tiada kena-mengena dengan faktor kebersihan. Punca yang boleh menyebabkan psoriasis termasuk jangkitan, tekanan atau kebimbangan, perubahan hormon, kecederaan kulit, alkohol, obesiti, pemakanan tidak sihat, dan ubat-ubatan tertentu.






  • MITOS 5: Psoriasis boleh diubati.
    Hakikatnya: Psoriasis penyakit kronik yang dialami seumur hidup.

    Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya buat masa ini tetapi dengan pilihan rawatan terbaru dan sedia ada yang dipertingkatkan, pesakit kini mempunyai pelbagai kaedah untuk membantu mengawal simptom ini.






  • MITOS 6: Psoriasis mudah didiagnosis.
    Hakikatnya: Kebanyakan keadaan yang memberi kesan kepada kulit kelihatan lebih kurang sama, contohnya simptom awal psoriasis, seperti kegatalan dan tompok merah, kelihatan sama seperti ekzema atau atopik dermatitis.






  • MITOS 7: Psoriasis tidak boleh diwarisi.
    Hakikatnya: Anggaran 40 hingga 60 peratus pesakit mempunyai hubungan genetik. Begitupun, kecenderungan genetik tidak bermakna seorang individu akan mendapat penyakit itu.

    Faktor yang boleh mencetuskan penyakit ini termasuk kecederaan atau infeksi yang mungkin bertindak dengan beberapa gen, atau corak keturunan spesifik gen, seterusnya bertindak balas menyebabkan psoriasis.




  • Usah Kecewa Setiap Penyakit Ada Ubatnya,Berusahalah...

    Sila Klik Dibawah.


    45 ulasan:

    1. assalamualaikum. saya juga pesakit psoriasis sudah 3 tahun. dah beribu jugak duit habis rawat. dah jumpa pakar, guna psorcare cream, minyak kelapa vco. ubat2 difarmasi dan macam2 lagi. ada yang boleh hilang, tapi bila stop psoriasis akan datang balik. hinggalah saya mencuba produk shaklee. alhamdulillah! walaupum belum sembuh sepenuhnya.tapi kuping dah xder. tinggal parut sikit kemerahan.. semua pun dengan izin Allah. sesiapa yang nak cuba produk shaklee dgn free konsultasi boleh sms/whatsapp saya 019-7775895. saya lebih prefer makanan semulajadi yang membantu memulihkan psoriasis saya jugak secara semulajadi, selamat dan berkesan.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Salam cik nurul..jika tidak keberatan boleh tak cik nyatakan produk shaklee yg cik ambil untuk merawat penyakit ini?

        Padam
    2. Syaza luqmanayurvedic29 Ogos 2013 pada 11:57 PG

      Vaidya (Dr) Luqman ayurvedic boleh menyembuhkan sakit psiriasis dgn menggunakan kaedah rawatan ayurveda rahsia turun temurun keluarga beliau. Hubingi Dr Luqman- 0146332307.

      BalasPadam
    3. Anda menghidap psoriasis ?? Saya
      boleh membantu insyaAllah.. prod
      uk ni baik untuk anda yang
      menghidap psoriasis
      dapatkannya segera!! PM saya
      sekarang!! Jangan terus
      biarkan diri anda terus terseksa
      menanggung penderitaan....
      Email saya di muhyiddinfaqirullah95@yahoo.com

      BalasPadam
    4. saya bekas pesakit ini. memang susah mau sembuh. satu hari saya jumpa doktor dan dia menjelaskan saya apa penyakit saya. dia bagi ubat pil aligek, antibioatik antikulat. dan ubat sapu. memang rasa kecewa bila kena penyakit mcm ni. tapi dengan semangat yang kuat nak sembuh , saya makan ubat yg doktor bagi sehingga sekarang. ahamduillah amat berkesan. penyakit yang saya alami 80% sembuh. 20% lagi dalam proses nak sembuh. tanda2 nak sembuh, kulit yg kena psorisis menjadi gelap dan beransur pulih.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Saya tumpang tanya tn...minta tolong beri nama klinik yg tn buat rawatan tu..

        Padam
      2. Slm tumpang tanya apa nama ubat yg tuan maksud kan

        Padam
      3. Salam.. ubat apa yg d beri sama doktor ya? Bole sy tw.. sy juga menghidap pnyakit yg sama..

        Padam
      4. Apa nama DR. tu... Klinik Kat mana

        Padam
    5. Saya ada testimonial kulit pesakit Psoriasis yang sembuh selepas menggunakan sabun marine essence yang 100% menggunakan bahan semulajadi dan ada sijil KKM..InshaaAllah kita ikhtiar..tapi sembuh itu hak Allah..berminat untuk dapatkan sabun marine essence, boleh wassap saya di 013-3011330.

      BalasPadam
    6. Sembuhkan penyakit Psoriasis dalam masa sebulan setelah 20 tahun menderita...tiada ubat tiada steroid dan tanpa dadah..100% semulajadi..call/sms/whatsapp sy sekarang utk lihat sendiri testimoni yg berjaya sembuh.jom kita ikhtiar tanpa putus asa..
      Wani - 013-379 2852

      BalasPadam
    7. sya puya abang terkena peyakit ini smpai skrng ni masi kami sua puas mencari ubat tapi masi lgi siapa yg bolh tunjuk ajr cara yg bolh membagi kesan terhadap sakit ini tolong ya ni nombor

      BalasPadam
    8. saya juga salah seorang kena penyakit ni.sampai sekarang masih belum jumpa penawar die.semua ubat dah guna tapi masih ada juga..akan hilang sekejap je.lepas seminggu kena balik..redha saja..

      BalasPadam
    9. Salam sy nk tnya leh x sapew2 syorkn ubat yg sesuai...tunag sy ad kna simpton2 mcm ni...sy syg dia sgt2...leh x call sy or wassap 0132522008...sy xnk dia murug n sedih2 n x cofident...

      BalasPadam
    10. Salam sy en shah sy juga ada penyakit psiorasis ni dah lama dah..skg gatak3 dan brtambah byk..Dah byk ubat yg sy cuba trmasuk rawatan pakar tp malangnya sampai skg 2015 xswmbuh2 jugak bertambah lagi adalah...boleh tlg britau sy apa ubat yg terbaik menyembuhkan psiorasis ni sebenarya.. tlg bagi pendapat.

      BalasPadam
    11. Assalamualaikum En.Shawal,Kalau Tuan berhajat epada penawar Psoriasis Tuan. Tuan boleh hubungi saya di No.019-251 9440

      BalasPadam
    12. Salam semua bole share tak mcm mna nak sembuhkan penyakit psoriasis ne? Mcm2 ubat da cuba tapi mcm tu ja tq.. wtsapp 0198112861

      BalasPadam
    13. Saya seorang pesakit psoriasis. Boleh nyata kan ubat apa yg sesuai untuk memulihkan nya? Tq

      BalasPadam
      Balasan
      1. Assalamualaikum..housemate saya mengalamai maslaah yang sama..pada awalnya kami ingatkan kelemumur yg teruk.Jumpa doctor,doct bagi ubat sapu..tapi baunya sangat busuk sampai housemate saya x tahan..kebetulan kakak sy kenalkan sabun keluaran Nurraysa utk saya pakai (masalah jerawat)..saya pakai n Nampak perubahan..saya google ttg produk ni then saya Nampak masalah kulit boleh guna sabun ni..saya paksa pakai sampai sekarang..Alhamdulillah..kulit kepala housemate da beransur pulih..baru sekarang kami tahu yg dia sbenarnya kena penyakit psoriasis ni..nasib baik bertindak cepat gunakan sabun Nurraysa..kita hanya berusaha..inshaaAllah Allah jua yang menyembuhkan..sekarang..kami jadi ejen utk produk ni bila kawan dan family Nampak perubahanpada kulit..boleh pm or hatsapp saya utk details 0195168716- cik alynn

        Padam
    14. saya seorang pesakit psoriasis juga yang tahap amat teruk sampai ke muka belakang penuh kaki pun penuh , sekarang naik dekat tangan pula , amat kecewa sangat2 , ada sesiapa yang boleh beritahu ape ubat yang boleh sembuhkan ? saya tahu penyakit ini tidak boleh sembuh tapi cuma boleh mengawalnya , harap kongsi .. sila email ke nadea_sofea@yahoo.com .. terima kasih

      BalasPadam
    15. yer...saya pun terkena penyakit ini...barangkali, keturunan kot...sekarang naik di kaki...satu hari, saya makan kari kambing...tiba2 gatal yg amat sgt, lantas saya menggaru seenaknya...apa...kaki saya jadi sakit.berjalan macam org cacat...terhinjut2...sudah berapa hari dah jalan macam tu...saya ke klinik.pihak klinik terus mencuci, aduh sakitnya...saya mencuci dgn ubat yg dibekalkan doktor nama dia, povindon kalau x silap.sungguh memedihkan...kaki menjadi berair...allahu akbar...itu baru kena penyakit kulit...skang ni, duduk umah jer la...saya juga pakai ubat "gel bidara" bioshifax...nampak macam ok jer...kering dah skit...nasihat saya,ikhtiarlah...setiap penyakit ada ubatnya...in sha allah penyakit kita akan sembuh...mudahan2, kesihatan yg diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya...amin!

      BalasPadam
    16. PENYAKIT GATAL KULIT



      Anda sakit gatal kulit? kusta? kurap? Ubatinya seperti yang diperintahkanNya kepada Nabi Ayyub a.s. yang menderita kerana penyakit dalam Surah Sod ayat ke-42

      ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ


      “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”

      Kaedahnya:

      1. Mandi dengan air daun bidara 7 helai setiap hari (diramas dan digosok daunnya) atau;

      2. Mandi dengan limau purut setiap hari atau;

      3. Mandi dengan larutan sesudu garam atau tawas atau;

      4. Mandi dengan campuran segenggam tanah (bukan macam nak samak)

      5. Mandi dengan daun gelenggang (diramas dan digosok daunnya)(perubatan tradisional melayu)

      Sebelum mandi, hentakkan kaki ke bumi (menghentak kaki ke bumi mungkin suatu bidaah, tetapi untuk rawatan kulit ini, kita mahu ambil keberkatan hentakan kaki sebagaimana perbuatan Nabi Ayyub dalam wahyu ilahi), lalu dijirus air ke seluruh tubuh sambil membaca doa sebelum mandi, doanya ialah:

      بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

      ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

      Kesemua air mandian dicampur ais kerana yang kita nak dapatkan ialah air sejuknya (بَارِدٌ)

      Jangan lupa buat zikir 83 kali selepas solat, zikirnya dari doa nabi Ayyub iaitu:

      أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

      “Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

      BalasPadam
    17. Saye penghidap psoriasis juga dari tingkatan 2 bermula dari scalp di kepala dan merebak ke kaki dan lengan. Kadang2 di belakang badan. Doktor kata memang tak ada ubat sembuh tapi boleh mengurangkan. Saya percaya kesembuhan itu milik Allah. Ayah selalu lesan, Allah tak bg dugaan pada hambaNya kecuali yg benar2 kuat untuk menempuh. Sebenarnya Allah sygkan kita, dia nak kita berdoa banyak2 disamping berusaha mendalami ilmu berkenaan sistem tubuh kita dan cari penawar.

      1. Jangan stress atau tensyen. Masa zaman study di universiti dulu bila minggu exam, akan timbul scalp.
      2. Hormon ketika dtg bulan atau mengandung ada sedikit sebanyak mendorong timbulnya bintik2 ni.
      3. Saya memang rendah diri bila ada yg tanya, tapi saya kuatkan juga bercerita tentang penyakit ni supaya mereka faham dan tak berjangkit. Segala puji bg Allah,Allah bagi teman yg sntiasa mendampingi dan keluarga sentiasa bg smngat. Bila keliling org positif, rasa tenang dan lebih yakin. Bila rasa kecewa, saya cuba positifkan balik minda.
      4. Saya ambil suplmnt mcm kolgen, vitamin C, D dan habatusauda. Banyak minum air dan niat sembuh penyakit stiap kali minum. Molekul air bagai menyerap doa tu masuk ketubuh. Sebab tu depan makanan dan minuman kita dilarang cakap bende tak elok.
      5. Amalkan Doa Nabi Ayub untuk sembuh penyakit kulit, selawat syifa. Bila kita yakin dengan khasiat ayat tu, InsyaAllah ada perubahan.
      6. Kalau perpeluh, cepat2 tukar baju dan keringkan badan.

      Pasal Dr Luqman ayuvedic tu, saye ade follow fb beliau sejak tahun lepas lagi. Teringin nak dapatkan rawatan disana. InsyaAllah kalau ade rezeki lebih dan kelapangan waktu, saya nak cuba. Mungkin ada rahsia penyakit ni yg kita tak dapat lagi explore.

      BalasPadam
    18. Thankss for this great article...

      BalasPadam
    19. selamt pgi.klau ada ubt skt psoriasis tlg info sya 016 5533 934 amat merlukan

      BalasPadam
    20. selamt pgi.klau ada ubt skt psoriasis tlg info sya 016 5533 934 amat merlukan

      BalasPadam
    21. selamt pgi.klau ada ubt skt psoriasis tlg info sya 016 5533 934 amat merlukan

      BalasPadam
    22. wassap sy 0199834267..mohon cadangn ubat

      BalasPadam
    23. Assalamualaikum ..sy mengidap penyakir psoriasis jugak sejak umur 12thun..skrang dh 25thun..mcm2 ubat sy cuba tp x mnjd..skrang mkin teruk..hbis semua bdn kpla sy..sy cuma rawat dgn menyapu krim beprosalic saja..klau x sapu terus naik..sy btul2 tension ..mkin tension mkin byk naik..tlg siapa2 sudi share ubat atau tips y btul2 dpt hilang kn pnyakit ni..boley contact sy 0199360308 ..terima kasih.

      BalasPadam
    24. Saya memang kesian dengan pesakit psoriasis sbb ada ahli keluarga sendiri pun kena. ALhamdulillah.....dah beransur pulih walau tak 100%.

      Rawatan Terbaik Untuk Penyakit Psoriasis, Sakit Kulit Yang Seakan Eczema. | Diari Mama

      BalasPadam
    25. Saya jg kena psirosis tempoh 10tahun up down. Akhir2 ni menjadi lebih ketara. Akhirnya saya ke kedai herba cina. Seuncang rm4 untuk sehari. Alhamdulillah sangat ketara perubahan. Kalau nk penjelasan lebih saya boleh kongsi muhammadfaizul@gmail.com

      BalasPadam
    26. Saya jg kena psirosis tempoh 10tahun up down. Akhir2 ni menjadi lebih ketara. Akhirnya saya ke kedai herba cina. Seuncang rm4 untuk sehari. Alhamdulillah sangat ketara perubahan. Kalau nk penjelasan lebih saya boleh kongsi muhammadfaizul@gmail.com

      BalasPadam
    27. Jom amalkan ini....insya Allah...setelah pelbagai ubat dicuba..hanya pada Allah kita mohon pertolongan


      Artikel : Hikmah Al-Quran & Mutiara HaditsMANFAAT PUASA UNTUK PENYAKIT KULIT
      Kamis, 11 Agustus 11

      Sesungguhnya puasa berguna dalam pengobatan penyakit kulit, dan sebabnya adalah bahwa puasa menjadikan persentase air dalam darah berkurang, yang selanjutnya mengurangi jumlah kadar air dalam kulit. Yang hal itu menyebabkan: 

      - Meningkatnya kekebalan kulit dan ketahanan terhadap mikroba dan penyakit menular yang diakibatkan oleh virus. 

      - Mengurangi tingkat keparahan penyakit kulit yang menyebar di sebagian besar daerah tubuh seperti penyakit psoriasis (psoriasis:adalah sejenis penyakit kulit yang penderitanya mengalami proses pergantian (kulit) yang terlalu cepat. Kemunculan penyakit ini kadang-kadang dalam jangka waktu lama atau kambuhan dalam waktu yang tidak menentu). 

      - Mengurangi penyakit alergi dan membatasi permaslahan-permasalahan kulit yang berkaitan dengan lemak. 

      - Dengan puasa berkurang sekresi usus racun yang menyebabkan racun dan mengurangi fermentasi, yang menyebabkan abses dan bisul yang berkelanjutan. 

      Ibu Ilham Hussein, seorang ibu rumah tangga warga Mesir berkata:” "Ketika saya berumur sepuluh tahun saya tertimpa kondisi psoriasis parah, penyakit yang muncul dalam bentuk bercak merah yang ditutupi dengan lapisan kulit tebal. Saya tidak memiliki harapan untuk sembuh sepanjang hari-hari itu, setelah jumlah dermatologists terkenal di Mesir mengatakan kepada orang tuaku:’Anda harus terbiasa dengan hal ini (penyakit ini), kalian dan anak perempuan kalian harus hidup berdampingan (beradaptasi) dengan penyakit psoriasis, mereka tamu yang berat dan tahan lama’" 

      "Pada dekade kedua kehidupan saya, dan ketika mendekati usia perkawinan, aku menderita depresi dan isolasi dari masyarakat, dan aku merasa sempit di dada yang tak tertahankan. Dan akhirnya, salah seorang teman bapakku yang konsisten dalam agama menyarankan agar aku berpuasa. Dia berkata kepadaku:” Putriku cobalah berpuasa hari dan berbuka satu hari. Sungguh puasa telah mengobati penyakit-penyakit istri saya, yang mana dokter tidak tahu cara penyembuhannya. Tapi ketahuilah (ingatlah), bahwa yang menyembuhkan adalah Allah dan bahwa sebab-sebab kesembuhan semuanya di tangan-Nya, maka pertama-tama mohonlah kesembuhan dari penyakitmu kepada Allah, kemudian berpuasalah setelah itu." 

      Maka aku pun benar-benar mulai berpuasa, setelah sebelumnya aku telah mencari-cari harapan yang mengeluarkanku dari neraka (penyakit) yang mengelilingiku. Dan aku terbiasa untuk berbuka puasa dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, kemudian setelah tiga jam aku makan menu pokok saya, dan begitulah seterusnya (sehari aku berpuasa dan sehari tidak). Dan sesuatu yang mengejutkan dan menakjubkan untuk semua adalah bahwa penyakit yang aku derita mulai menurun setelah dua bulan dari mulai aku berpuasa. Aku tidak mepercayai diriku sendiri, aku merasa diriku telah normal dan aku melihat bekas dari penyakit ini hari demi hari memudar, sampai pada akhirnya seolah-olah kulitku tidak pernah terjangkiti penyakit ini selama hidupku." 

      (Sumber: disarikan dari فوائده الصحية dari http://www.khayma.com/ashab/taab_alabadat_malafat/alsuam-foued.htm. Diposting oleh Abu Yusuf Sujono) 

      Hikmah Al-Quran & Mutiara Hadits : index.php
      Versi Online : index.php/?pilih=lihatmujizat&id=204

      BalasPadam
    28. Assalamualaikum..housemate saya mengalamai maslaah yang sama..pada awalnya kami ingatkan kelemumur yg teruk.Jumpa doctor,doct bagi ubat sapu..tapi baunya sangat busuk sampai housemate saya x tahan..kebetulan kakak sy kenalkan sabun keluaran Nurraysa utk saya pakai (masalah jerawat)..saya pakai n Nampak perubahan..saya google ttg produk ni then saya Nampak masalah kulit boleh guna sabun ni..saya paksa pakai sampai sekarang..Alhamdulillah..kulit kepala housemate da beransur pulih..baru sekarang kami tahu yg dia sbenarnya kena penyakit psoriasis ni..nasib baik bertindak cepat gunakan sabun Nurraysa..kita hanya berusaha..inshaaAllah Allah jua yang menyembuhkan..sekarang..kami jadi ejen utk produk ni bila kawan dan family Nampak perubahanpada kulit..boleh pm or hatsapp saya utk details 0195168716- cik alynn

      BalasPadam
    29. Saya pun sama.... Ws014.824.6997

      BalasPadam
    30. Highly recommended ruam bayi powder utk semua masalah kulit...in shaa Allah mujarab.
      boleh google saja "ruam bayi powder" @ tanah liat putih untuk masalah kulit.... 🤗

      BalasPadam
    31. Semoga Allah memberikan kalian yg ditimpa musibah lebih sabar dan kuat ...

      Cuba ikhtiar minyak kelapa dara yg diperam 72 jam.
      Insyaallah membantu.

      Wasap. 019-203 5395

      precious2020.blogspot.com.

      Sebotol RM25 sahaja

      BalasPadam
    32. Pengalaman jumpa TokWan merawat stroke dan penyakit kulit alhamdulillah. TokWan Bukit Katil bgth yg penting buang bisanya dahulu. Cubalah bertanya utk maklumat lanjut dgn hubungi www.wasap.my/60172460967

      BalasPadam