Jumaat, 13 Januari 2012

Mari Memburu Kencing Unta ...


Makkah - Ketika baru dua hari, kami wartawan yang tergabung dalam media center haji (MCH), tiba di Madinah, kami membincangkan rancangan untuk membuat set, salah satunya tentang penternakan unta sekaligus kami mencuba susunya yang baru diperah.

Namun seorang pegawai haji yang sudah lama bermukim di Arab Saudi menyatakan  sekarang yang diburu bukan lagi susu unta akan tetapi air kencingnya. Katanya, air kencing unta boleh menjadi ubat bagi pelbagai penyakit berat.

Maka, kami pun akhirnya menuju ditempat penternakan unta di kawasan Abu Duud, Madinah. Di salah satu tempat penternakan miliki oleh Khalid, kami melihat beberapa jemaah calon haji Indonesia sedang cuba minum susu unta. Dan beberapa orang yang lain, ada juga yang membelinya untuk dimasukkan ke botol air minum mineral.

"Susu harganya 5 riyal," kata salah seorang pegawai penternakan dalam bahasa Bahasa Arab. Lelaki berkulit hitam gelap tinggi besar itu dengan cekap menapis susu unta dan menuangnya ke dalam sebuah mangkuk kecil.

Di sekeliling kami hanya padang tandus dan gunung-gunung gersang. Cuaca sangat terik. Saujana mata memandang, tanah-tanah kering berdebu, selain gunung, hanya unta dalam kandang-kandang yang sederhana. Para 'penggembala' unta jumlahnya hanya sedikit berbanding jumlah unta yang begitu banyak.

Dengan cuaca yang panas, minum susu unta terasa sangat segar. Bukan sekadar menyegarkan,malah susu unta juga memberikan tenaga yang banyak. Katanya susu ini mempunyai kandungan kalori lima kali berbanding nasi.

"Segar. Rasanya manis, padahal ia tidak diletak gula," kata salah seorang jemaah haji.

Ladang penternakan unta yang dimilik Khalid merupakan salah satu ladang yang sering dikunjungi jemaah Indonesia. Ladang yang sudah ujud selama 20 tahun ini mempunyai 12 orang pekerja dari Sudan. Para pekerjanya atau para penggembala 'itu tidur dan makan di ladang ini. Ada sofa-sofa tua yang warna kain pembungkusnya sudah luntur dan sebuah khemah kecil tempat para pekerja itu tidur.

"Kami ditugaskan tidak cuma menjaga, tetapi juga memberi makan unta dan memerah susunya. Susu unta hanya kami perah kalau ada orang yang datang dan ingin membelinya sebab susunya tidak tahan lama," jelas Zul, salah seorang pekerja di ladang itu.

Pendapatan terbesar ternakan unta tentu saja berasal dari dagingnya. Unta yang besar dihargai sekitar 15 ribu hingga 20 ribu riyal. Sementara unta yang kecil harganya antara 5 ribu sampai 7 ribu riyal.

Makanan unta adalah rumput. Tapi sayangnya rumput sangat mahal. Tahu sendirikan Arab sangat tandus, sehingga rumput pun tidak boleh tumbuh kecuali melalui rawatan yang menghabiskan kos yang amat mahal. Seikat rumput harganya 5 riyal, lebih mahal daripada jus yang bersaiz 200 mililiter yang berharga hanya 1 riyal ataupun kebab yang harganya hanya 4 riyal.

Pendek kata dengan wang 5 riyal orang sudah boleh makan dengan kenyang di Madinah. Mungkin kerana harga rumput yang mahal, makanan unta pun tidak hanya rumput, tapi ia juga diberi makan roti kering dan surat khabar.

Setiap unta menghasilkan susu yang berbeza-beza. Bila sedang banyak, satu ekor unta boleh memberikan satu baldi susu yang beratnya sekitar 10 kilogram.

Setelah mengelilingi ladang penternakan, mengambil gambar unta-unta juga sejumlah teman merasa susu unta, kami pun bertanyakan soal kencing unta. Pekerja penternakan itu menawarkan kencing unta dengan harga lebih mahal berbanding susu unta. Kencing unta ukuran sekitar 250 mililiter ditawarkan dengan 100 riyal.

Si pekerja itu bercerita, air kencing unta berfungsi untuk ubat. Cara memakainya boleh disapukan di kepala, di perut atau diminum terus. Untuk meyakinkan yang dijualnya kencing unta sebenar, si pekerja itu pun meminum kencing unta tersebut.

"Kalau diletak di dalam peti sejuk,air kencing unta ini boleh awet sampai berbulan-bulan," promosi si pekerja penternakan itu lagi.

Kencing unta ini diceritakan boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang, kencing manis atau penyakit berat lain. Masalahnya apakah kencing unta itu halal atau haram untuk dimakan masih menjadi kontroversi.

Banyak yang berpendapat kencing adalah najis, sehingga minum kencing unta pun hukumnya haram. Tapi ada juga yang berpendapat lain, susu dan kencing unta disebut merupakan ubat yang dibenarkan.

Ketua Sektor Perkhidmatan Umum dan Bimbingan Ibadah Daker Madinah Djawahir Tantowi Majedi menyatakan kencing unta boleh dijadikan ubat bila dalam keadaan kecemasan.

"Kalau masih ada ubat yang lain... ya sebaiknya dengan ubat yang lain saja dulu...," kata Djawahir. 



Diterjemah dari: wisbenbae: Memburu Kencing unta 



Artikel Berkaitan




3 ulasan:

  1. difahamkan ubat cirit birit yang terbaik adalah kencing unta.
    Kat Msia nih ada ker yg berani nak minum.. esti lagi sanggup
    pegi sepital..

    BalasPadam
  2. oo..ubat cirit birit ya ka K.Nur..lagi pun kat sini memang susah nak c cari kencing onta..kencing lembu byk..nak kena ekspot pulakkan dari timur tengah..belum cuba belum tahukan.taktau tahu lepas tu tentu tak lalu makankan...

    BalasPadam
  3. maaf k.nur ..tak leh nak komen @bagi pandangan kat blog kak..Masuk,baca boleh nak komen selalu sangkut mcm nak isi..maklumlah saya guna b.board yg paling bajet..agak slow...

    BalasPadam