Rabu, 11 Januari 2012

Lelaki Maut Dijangkiti Selesema Burung Di Jakarta / Bagaimana Menghindari H5N1

JAKARTA - Seorang lelaki Indonesia berusia 24 tahun yang dijangkiti virus selesema burung meninggal dunia di ibu kota Indonesia di sini, kata Kementerian Kesihatan semalam dalam kes jangkitan maut ketiga di negara berkenaan sejak tiga bulan lalu.
"Hasil beberapa ujian ke atas lelaki berkenaan mengesahkan dia dijangkiti penyakit selesema burung," kata ketua bahagian penyakit berjangkit Kementerian Kesihatan, Tjandra Yoga Aditama.
Menurut Aditama, lelaki berkenaan dipercayai dijangkiti virus penyakit selesema burung, H5N1 daripada sejumlah burung yang tinggal di sekitar rumahnya.
"Kami telah mengambil sampel daripada beberapa ekor burung di sekitar rumahnya dan masih menunggu hasilnya untuk mengesahkan sama ada burung-burung itu dijangkiti virus H5N1," ujarnya.
Sebuah akhbar tempatan, Jakarta Post melaporkan bahawa mangsa mati pada Sabtu lepas selepas dia ditolak oleh sebuah hospital khas untuk merawat selesema burung.
Laporan akhbar sama memetik beberapa jirannya sebagai memberitahu bahawa keluarga mangsa memelihara beberapa ekor anak burung merpati di kediaman mereka.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Indonesia adalah negara paling teruk dijangkiti selesema burung dengan terdapat 150 kes kematian akibat penyakit tersebut dilaporkan antara tahun 2003 dan 2011.
Virus H5N1 merebak daripada burung kepada manusia melalui sentuhan langsung tetapi pakar- pakar bimbang virus berkenaan akan bermutasi dalam bentuk jangkitan semasa manusia sekali gus mencetuskan wabak yang berisiko membunuh jutaan manusia. - AFP/Kosmo!

Cara Menangani Selesema Burung (virus H5N1)

Golongan berisiko pada selesema burung

- Tinggal berdekatan dengan tempat pembiakan burung atau kawasan ternakan ayam, itik dan burung-burung.

- Bekerja di ladang ternakan, rumah penyembelihan dan pasar.

- Bertugas memeriksa tempat ternakan ayam,itik dan burung-burungan.

Simptom di kalangan manusia

- Panas badan

- Sakit tekak/kerongkong

- Selesema

- Batuk

- Jangkitan mata

- Sesak nafas atau susah bernafas



Apa yang perlu anda buat

- Jaga kebersihan persekitaran; rumah, terutama di ladang ternakan, rumah penyembelihan dan pasar.

- Kebersihan juga harus dijaga semasa mengendalikan ayam atau burung-burungan yang hendak dimasak.

- Jaga kebersihan diri dengan sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih.

- Pastikan ayam atau burung-burungan dimasak dengan sempurna, sekurang-kurangnya pada suhu70°C untuk memastikan virus tersebut musnah.Telur juga hendaklah dimasak dengan sempurna, elakkan memakan telur setengah masak atau telur masak mata kerbau.

- Dinasihatkan supaya tidak mengunjungi ladang ternakan.

- Pastikan ayam perliharaan dikurung dan tidak dibiarkan berkeliaran.

- Hindarkan kanak-kanak daripada menghampiri atau bermain-main dengan ayam dan burung-burungan.

- Jika anda mempunyai risiko tinggi bagi penyakit selesema burung dan mempunyai tanda-tanda penyakit selesema burung, segera berjumpa doktor.



Doa Minta Perlindungan dari Wabak Penyakit 

Allahumma inni a’uzubika minal barasi wal jununi wal juzami wa sayyi’il asqami.

maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit berjangkit, penyakit gila, penyakit kusta, dan penyakit-penyakit buruk lainnya.”


Wabak penyakit merupakan bala dan ujian daripada Allah. Bala berbentuk wabak penyakit telah berlaku daripada zaman dahulu lagi seperti wabak taun.

Maka, manusia perlu kembali kepada Tuhan Yang Maha Mencipta. Dialah yang mencipta penyakit, dan Dialah Yang Memberi Penawar.

“Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah al-Isra’, 17: 82)


Selsema **** termasuk dalam penyakit sama yang tersebar melalui udara dan pernafasan seperti wabak taun. WallahuA'lam dan Wassalam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan