Jumaat, 27 Januari 2012

Inilah Kota yang Hanya Mempunyai Seorang Penduduk

Elsie Eiler, Warga Tunggal Monowi 
Elsie Eiler berdiri dekat bar miliknya.Elsie Eiler adalah orang yang paling dikagumi di Monowi, Nebraska. Dia juga adalah orang yang paling pintar, paling sihat, paling cantik dan paling muda di Monowi. Harap Maklum, Eiler adalah satu-satunya warga di Monowi.

"Dan, saya adalah orang yang paling tua di Monowi," ujar Eiler dengan cepat menambahkan.Ketika orang menjadi satu-satunya warga di satu tempat, maka semua gelaran dan sebutan pun jadi sangat sesuai. Eiler, yang kini berusia 77 tahun, adalah satu-satunya penghuni Monowi. Sebuah desa di bahagian timur-laut Nebraska, Amerika Syarikat.

Unik. Hasil US Census 2010 menunjukkan Monowi adalah satu-satunya kampung, bandar besar dan kecil di negeri tersebut yang cuma mempunyai seorang warga. Monowi, menurut bancian, mempunyai dua warga pada 2000. Tapi satu warga yang tidak lain adalah suami Eiler, Rudy, telah meninggal dunia pada 2004.

Kami barangkali mempunyai rekod penurunan penduduk 50 peratus, "kata Eiler." Saya memilih untuk tinggal di sini selepas suami saya meninggal. Ini adalah tempat tinggal saya, "katanya.

Eiler tinggal di rumah kereta sekitar setengah blok dari satu-satunya tempat perniagaan di bandar tersebut, Monowi Tavern. Itu sesuai sebab Eiler memiliki dan mengendalikan kedai itu. Mrs Eiler menarik pelanggan biasa yang datang jauh-sejauh dari jarak 80 batu.

Eiler dan suaminya membeli tempat tersebut pada 1971. Dia sekarang berada di sana 12 jam sehari untuk melayani minuman dan makanan.

Eiler juga menguruskan perpustakaan bandar kecil tersebut. Sebuah bangunan kecil yang dipenuhi 5,000 buah buku itu dipersembahkan buat Rudy yang merupakan seorang yang gemar membaca. Walaupun warganya menyusut  dan membuat tempat itu tak teratur, Eiler telah mengurus semua dokumen yang diperlukan untuk Monowi tetap jadi desa. Ia bertindak sebagai jurutulis desa, bendahara, Datuk Bandar dan ahli-ahli dewan. "Saya adalah semuanya," kata Eiler.


Tak perlu ada pemilihan, katanya, "sebab saya akan jadi satu-satunya suara". Eiler menjadi berita besar setelah suaminya meninggal. Dia jadi warga perseorangan Monowi tujuh tahun lalu. Sebahagian media nasional dan acara tayang-perbincangan melaporkan kisahnya.Pengunjung dari seluruh dunia datang ke Monowi untuk bertemu dengannya.

"Mereka sangat ramah dan mempunyai sifat ingin tahu tentang tempat ini ," kata Eiler. "Saya berharap akan boleh tetap tinggal di sini. Tempat ini sahaja saya mahu tinggal." Biro Banci belum secara rasmi menyatakan Monowi sebagai bandar kecil dengan seorang penghuni di Amerika Syarikat. Menurut Matthew Milbrodt, ahli perkhidmatan penerangan, mengambil masa untuk meneliti nota setiap negeri yang dikeluarkan baru-baru ini.
Sepuluh tahun lalu, Biro Banci melaporkan dua bandar kecil yang mempunyai seorang warga, iaitu Lost Spring, Wyoming dan New Amsterdam, Indiana. Namun berdasarkan bancian 2010, Lost Spring rupanya dihuni empat warga, sementara New Amsterdam 26 warga.puncak kejayaan Desa Monowi terjadi pada tahun 1930-an, ketika mempunyai populasi 130. Monowi, seperti banyak masyarakat kecil yang lain di Great Plains, kehilangan banyak penduduk mudanya,mereka berhijrah ke bandar-bandar yang mengalami pertumbuhan dan menawarkan pekerjaan yang lebih baik./terjemah dari kutalkutil


Tiada ulasan:

Catat Ulasan