Jumaat, 20 Januari 2012

Al Fatihah: Penyanyi Izwan Pilus Kembali Ke Rahmatullah Petang Tadi Di Hospital Ampang



GAMBAR DAN TWITTER TERAKHIR IZWAN PILUS SEBELUM MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH
  Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 6.20 petang tadi. Adiknya, Airil AF, ketika mengesahkan kematian abangnya, berkata Allahyarham meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru. Gambar diatas adalah gambar terakhir beliau sebelum menghembuskan nafasnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin….



Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka. Antara kata-kata terakhir Allahyarham di akaun twitter miliknya yang mungkin menjadi kenangan seumur hidup peminatnya: 


SUMBER

Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.
izwan pilus meninggal dunia
Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 
Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.
izwan pilus meninggal duniaUpdate 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.
Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan./sedakasejahtera

KLIK GAMBAR KALAU TAK NAMPAK

Diharap keluarga arwah banyak-banyak bersabar.... Sama-samalah kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat... Al-fatihah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan