Khamis, 8 Disember 2011

Sebenarnya Cerita Hujan Darah, Burung Dan Katak Sudah Ada Dalam Al-Quran


hujan

Meskipun sudah terjadi beberapa tahun yang lalu, fenomena hujan berwarna merah kembali dibicarakan oleh orang ramai. Di India, para penduduk tempatan daerah Kerala mencari baju-baju yang dijemur berubah warna menjadi merah seperti darah. Mereka melaporkan adanya bunyi letupan dan cahaya terang yang mendahului turunnya hujan yang dipercayai sebagai letupan meteor. 

Contoh air hujan tersebut akan dibawa untuk dikaji oleh saintis bebas, Godfrey Louis dan Santosh Kumara dari Universiti Mahatma Gandhi. Pertama kali mereka menyangka bahawa zarah merah di dalam air adalah zarah pasir yang terbawa dari gurun Arab. Di Universiti Sheffield, Britain, seorang ahli mikrobiologis bernama Milton Wainwright mengesahkan bahawa unsur merah tersebut adalah sel hidup. Hal ini dinyatakan kerana Wainwright berjaya mencari adanya DNA dari unsur sel tersebut walaupun ia belum berjaya mengekstraknya. 

Sedangkan hujan haiwan berlaku pada Jun 2009 di Jepun. Haiwan ini mempunyai panjang  5 cm berbentuk seperti ikan dan katak, setakat ini tidak ada yang dapat menjelaskan kenapa hal ini boleh terjadi. Beberapa orang menyebutkan ini merupakan fenomena yang jarang berlaku, yang pernah terjadi yang diakibatkan perubahan cuaca yang tidak menentu di negara sakura ini. Bahagian meteorologi Jepun juga tidak dapat menjelaskan apa penyebab berlakunya perkara tersebut. 

Beberapa orang yang seperti menuhankan ilmu pengetahuan menyebutnya sebagai fenomena alam. Istilah agama menyebutnya sunnatullah 

Saya tidak menolak adanya proses alam, kerana hal itu sesuatu yang natural dan sudah menjadi ketetapan-Nya. Tapi kadang-kadang, kita melupakan sumber segala sebab musabab dan sumber segala sesuatu, yakni Allah swt, Tuhan Semesta Alam. Apa yang hendak ditampakkan adalah Kekuasaan-Nya Yang Maha Tunggal. Agar kita, manusia, tidak lagi sombong dengan menuhankan segala ilmu pengetahuan alam dan melupakan adanya Pencipta Alam. 

Al-Quran dan Injil mengisahkan tentang kesombongan Firaun dan kaumnya. Jika diberi kebaikan dan kemakmuran dari Tuhan, mereka berkata, "Inilah usaha kami." Manusia zaman sekarang juga ada yang seperti ini, ketika berjaya mereka berkata, "Ya,semua kerana usaha saya, saya kini sudah berjaya." Jika ditimpa kesusahan, kaum Firaun melemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan pengikutnya. (QS. 7: 131) 

Seolah mencabar dan keras kepala, orang Firaun berkata, "Bagaimanapun kamu mendatangkan keterangan kepada kami untuk menyihir kami dengan keterangan itu, maka kami tidak sekali-kali tidak akan beriman kepadamu." (QS. 7: 132). Firaun dan pengikutnya yang masih ada hingga sekarang ini menyatakan bahawa bukti kekuasaan Tuhan yang disampaikan melalui Nabi Musa (Moses) dan Harun (Aaron) as. itu sebagai sihir. 

"Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan (thûfân), belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa." (QS. 7: 133) 

Jadi, apa yang terjadi di zaman sekarang bukanlah sesuatu fenomena baru dan menganehkan. Zaman dahulu, sebagai bukti bagi orang yang ingkar kepada Tuhan, Allah sudah memperlihatkan kuasa-Nya. Dan satu hal yang pasti, yakni hal tersebut hanya boleh difahami oleh orang-orang yang bukan sekadar berakal tetapi yang betul- betul mempergunakan akalnya .WallahuA'lam.


 Sumber 



2 ulasan:

  1. SubhanAllah... tiada yang lebih tahu melainkan DIA
    itu sebab ker terjadinya hujan darah kerana Alien?? nothing impossible

    BalasPadam
  2. Apa yang diharapkan kita semua tak buat apa yg Allah tegah..jika tidak mungkin nanti kita pun rasakan balanya..

    BalasPadam