Sabtu, 10 Disember 2011

Pakai Koyok Sambil Mandi Membahayakan Nyawa

Leicestershire-UK, Seorang nenek meninggal dunia beberapa saat setelah mandi air panas (hot bath)di dalam bilik air rumahnya. Ia meninggal bukan kerana kepanasan, tapi si nenek meninggal kerana overdose ubat penghilang rasa sakit dalam bentuk tampalan @ koyok yang disebabkan koyok itu terkena air panas ketika mandi.


http://www.conceptmagz.com/files/image/latest%20news/2011/Agustus/18%20Agustus/terjebak-bak-mandi-felloweskimo.jpg


Barbara Reynolds (67 tahun)  yang sedang menggunakan ubat penghilang rasa sakit kronik yang dideritanya sejak tahun 2002, pada waktu mandi air panas di rumahnya di Leicestershire. Panas pada air itu ternyata mempercepatkan pelepasan ubat penghilang rasa sakit. Si nenek menggunakan patch@koyok Fentanil untuk sakit kronik yang dideritanya sejak tahun 2002 itu. Namun 'gelombang' dari ubat itu masuk lebih banyak ke tubuhnya,ini yang membuat jantungnya berhenti berdenyut.


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/12/08/article-2071492-0F19875D00000578-997_468x286.jpg


Menurut Mahkamah Loughborough, nenek Barbara biasanya hanya memakai satu patch@koyok di lengannya, yang mengeluarkan 100 mcg dari ubat setiap jam. Namun pada pagi hari kematiannya, si nenek itu menggunakan koyok baru tanpa menanggalkan koyok yang lama pada lengannaya itu. Pada hari itu, nenek Barbara juga dilaporkan merasa bingung kerana kesan ubat anti-depresan amitriptyline, yang juga digunakannya dalam bentuk patch (koyok).


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/12/09/article-2071492-039EF0B60000044D-707_468x345.jpg


"Saya membawanya ke bilik mandi seperti biasa, sebelum membuat untuknya minum dan membawa anjing kami berjalan-jalan. Setelah satu jam berjalan-jalan, saya kembali kerumah dan air bilik mandi masih terdengar desirannya. Dia sengaja terus menyalakan air agar airnya terasa panas. Saya naik ke atas dan lihat dia sudah meninggal dunia di tab mandi itu, "jelas suaminya Charles Reynolds (72 tahun), seperti yang dilaporkan Dailymail, Jumaat (8/12/2011). 


Sebenarnya, US Federal Drug Administration dan UK Medicines and Healthcare products Regulations Authority (MHRA) telah melarang menggunakan ubat jenis koyok@patch  ketika mandi. "Dia mungkin membacanya saat pertama memakainya, tetapi anda tidak akan membacanya setiap kali jika anda telah menggunakannya untuk masa yang lama dan beberapa arahan sukar difahami untuk orang awam," jelas Charles Reynolds semasa pemeriksaan. 


Menurut Dr Johnson, perunding dalam pengurusan kesihatan, berbaring di dalam air panas boleh menyebabkan gelombang Fentanil masuk ke dalam tubuh lebih banyak dan menyebabkan nenek itu terbius (anaesthetise).


"Masalah sebenarnya adalah bahawa Barbara Reynolds mungkin tidak faham apa yang dia lakukan. Jika dia tidak membaca risalah maklumat, dia tidak mungkin menyedari bahaya, "kata Dr dari pasukan Johnson. 


Fentanyl adalah ubat penghilang rasa sakit yang kuat, serupa dengan morfin, dan dilepaskan perlahan-lahan ke dalam aliran darah melalui sebuah koyok@ patch yang ditampal pada mana-mana bahagian tubuh terutama di lengan tangan. Tapi NHS memberi amaran ada hal-hal yang sangat penting untuk diperhatikan pesakit, iaitu: 


1. Tidak boleh digunakan dengan patch@koyok tambahan (jika ingin menukar patch, patch lama harus ditanggalkan dahulu). 2. Tidak membiarkan orang lain menggunakan patch anda. 3. Tidak memotong atau membahagian patch. 4. Tidak boleh digunakan selepas mandi (Sebaiknya biar kulit  mendingin dulu). 5. Tidak boleh mengaplikasikan panas pada kawasan yang dipasang patch@ koyok, contohnya botol air panas. 

Kredit 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan