Selasa, 20 Disember 2011

Nak Mandi Pagi, Air Sejuk Ke Panas ?




Anda sering mandi air hangat di pagi hari? Jika jawapannya tiap-tiap hari sebaiknya ubah kebiasaan itu. Di pagi hari disarankan mandi air dingin kerana lebih banyak manfaatnya.
Sedangkan mandi air hangat boleh sesekali dilakukan jika tubuh terlalu lelah di malam hari kerana mandi air hangat berkhasiat mengendurkan otot, meredakan stress dan mengatasi insomnia.

Sedangkan saat Anda memerlukankan semangat untuk memulai aktiviti di pagi hari, sebaiknya mandilah dengan air dingin.

Air hangat memang punya khasiat untuk merehatkan otot dan fikiran, serta mengubati insomnia. Tapi bila dilakukan setiap hari dan berlebihan, maka Anda juga akan merasakan risiko buruknya.

Beberapa risiko bila terlalu sering mandi air hangat, seperti dinyatakan dalam BBC dan babycenter, adalah:

1. Memperbesar pori-pori
Untuk membersihkan wajah dari kotoran dan minyak, mandi hangat memang dapat membantu. Namun bila Anda tidak membilas mandi air hangat dengan air dingin, maka pori-pori Anda akan membuka dan semakin lebar, yang menyebabkan mudah terbentuknya jerawat.

2. Menurunkan kualiti sperma
Berendam atau mandi dengan air hangat tidak baik untuk testis. Berdasarkan penelitian tahun 2007, berendam selama 30 minit dalam tab air hangat atau panas dapat menurunkan produksi sperma. Tapi efek negatif ini bersifat reversible (dapat berubah).

3. Membahayakan janin
Mandi air hangat sebenarnya tidak bermasalah untuk ibu yang sedang hamil, tapi yang perlu diperhatikan adalah suhunya. Bila suhu air terlalu tinggi maka kegiatan mandi tersebut boleh membahayakan bayi. Suhu yang tinggi terutama di awal-awal kehamilan dapat menyebabkan cacat lahir pada keturunan yang dilahirkan.

Air dingin terutama pada pagi hari justeru memberi manfaat pada kulit dan pembuluh darah seperti:

1. Membuat kitaran darah lebih baik
Jika air hangat membuat aliran darah bergerak menuju kulit, maka air dingin membuat aliran darah menuju organ-organ tubuh. Mandi air dingin lebih meningkatkan sistem kitaran darah. Kitaran darah yang baik dapat menghindari berbagai penyakit serius seperti hipertensi, pengerasan arteri . Hal ini boleh dipraktikkan dengan mandi didahului air hangat dan diakhiri dengan air dingin.

2. Kulit bercahaya dan membuat awet muda
Mengecilkan dan menutup pori-pori dengan air dingin dapat mencegah masuknya kotoran dan minyak yang dapat menyumbat pori-pori dan menyebabkan ketidaksempurnaan kulit seperti jerawat. Manfaat lain, mandi air dingin dapat mengurangi pembengkakan pembuluh darah yang menyebabkan muculnya lingkaran hitam di bawah mata. Dengan begitu, mandi air dingin mampu membuat kulit bercahaya, sihat dan awet muda.

3. Membuat rambut sihat
Air dingin dapat membuat rambut sihat dan bercahaya karena dapat menutup kutikula sehingga membuat rambut lebih kuat dan mencegah kekotoran bertompok di kulit kepala. Dengan menutup pori-pori akan membuat rambut lebih kuat ketika disisir, sehingga mencegah terjadinya botak dan juga memperlambat tumbuhnya uban.

4. Memberi semangat di pagi hari
Pada zaman samurai kuno, prajurit selalu menyiram air dingin ke kepala setiap pagi dengan mempraktikkan Misogi. Ini adalah ritual pemurnian pada tingkat spiritual. Menurut prajurit, mandi air dingin dapat memberi semangat, membantu memulai hari baru yang segar. Air dingin jelas membantu membangunkan orang yang masih merasa mengantuk di pagi hari.

Bagaimana pula mandi air sejuk atau air panas selepas bersenam?
Ramai tertanya-tanya yang mana terbaik?

Atlet berendam dalam ais
Mandi Ais Selepas Senaman
Telah menjadi amalan atlet untuk terjun ke dalam air ais (12 hingga 15 darjah celsius) selepas latihan atau pertandingan sebagai satu cara pemulihan lebih cepat dan mengurangkan kesakitan otot dan kesakitan yang mana kini menjadi amalan di Majlis Sukan Negara juga. Terdapat juga atlet yang menggunakan terapi sejuk dan panas atau selang seli antara air sejuk dan air panas untuk mendapatkan kesan yang sama.
Sejauh Mana Keberkesanannya?
Secara teorinya, selepas latihan yang berat, telah berlaku mikrotrauma atau koyak-koyak kecil pada serat otot. Kerosakan yang berlaku bukan sahaja merangsang hipertropi otot bahkan dikaitkan dengan delay onset muscle soreness yang mungkin mengganggu latihan seterusnya.
Mandi air ais dipercayai memaksa keluar bahan buangan seperti asid laktik, mengurangkan aktiviti metabolisme, melambatkan proses fisiologi dan mengurangkan bengkak dan kecederaan. Terdapat juga kekurangan mandi ais terutama pada yang sedar menyasarkan bakar lemak kerana suhu yang rendah boleh mengurangkan kadar metabolisme badan.
Mandi air panas selepas mandi ais meningkatkan aliran darah dan seterusnya meningkatkan proses penyembuhan. Tidak ada protokol tertentu dicadangkan setakat ini tetapi dicadangkan rendam di dalam air ais sekitar 5 hingga 20 minit. Buat masa ini belum ada keputusan muktamad tentang kebaikan dan keburukan mandi air ais atau air panas atau kedua-duanya yang dipanggil terapi sejuk dan panas.
Kesimpulan
Sejuk menyebabkan vasoconstriction (menghadkan aliran darah) dan panas menyebabkanvasodilation (membuka aliran darah). Sejuk dipercayai mengurangkan keradangan selepas latihan yang berat tetapi aliran darah diperlukan kemudian untuk mengeluarkan sisa dan toksin serta menyalurkan keperluan nutrisi untuk pemulihan.
Berdasarkan kebanyakan kajian, dicadangkan mandi air sejuk (tidak semestinya air ais) dan kemudian disertai air panas (tidak semestinya serta merta), yang mana boleh dilakukan serta merta atau kemudian dalam hari itu.
Rujukan : zakikhan.net/rahsialakibini





3 ulasan:

  1. benar tuh.. mandi hangat tidak salah kalau sesekali tapi
    jgn selalu.. badan boleh jadi lemah.. Sbb itu org tua dulu2
    badan lebih sihat dan tegap kerana mandi air perigi..

    eeeee... sejuk tuh air perigi... gigil nih.. hih3

    BalasPadam
  2. betul3.ada juga doktor m'cadangkan mandi pagi dgn air hangat bagi yg lelah dan resdong..air porigi sojuk sokali..tapi kampong eden ado kolah yo. totapi air ie' menggigit kosojukkannyo...

    BalasPadam
  3. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.

    BalasPadam