Rabu, 28 Disember 2011

Gay, Masih Ada Jalan Pulang


Lelaki yang mendakwa dirinya seorang gay secara seksualnya lebih tertarik dan menyukai seorang lelaki lain. Bagi mereka, perasaan seksual terhadap lelaki itu adalah normal dan semulajadi. Perasaan ini mula terbentuk semenjak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga keperingkat dewasa. 

Walaupun terdapat lelaki gay yang turut tertarik kepada perempuan, biasanya perasaan seksual terhadap lelaki lebih dominant dan bermakna kepada mereka. Rasa untuk berkomitment dan menyayangi antara satu dengan lain sama dengan pasangan heterosexual. Mereka suka hidup bersama dan membina kehidupan yang terjamin.

Tiada siapa yang benar-banar faham mengapa sebahagian kita menjadi gay. Ada yang mengatakan gay adalah kesan dari salah didikan semasa kanak-kanak. Sebahagian yang lain mengatakan menjadi gay adalah disebabkan oleh gene itu sendiri. Apa pula pendapat anda ?

Bila bercerita pasal gym, sentiasa dikaitkan dengan gay. Gym seolah-olah telah menjadi tempat buruan untuk gay mencari mangsa baru. Bukan sahaja gym, laman sosial seperti facebook pun telah digunakan. Nampak sahaja seorang lelaki bermain gym melalui gambar, terus tambah sebagai rakan.


Biasanya mereka akan menegur lelaki idaman mereka seperti:
‘Hi’
‘Boleh berkenalan?’
‘Besar badan abang, geram saya tengok’
‘bang, nak peluk’
Bayangkan ayat daripada seorang lelaki kepada lelaki. Saya sendiri nak muntah baca. Kenapa mereka ini tidak tertarik pada perempuan? Bukankah perempuan itu sesuatu yang indah, dengan bentuk badan seperti gitar, dengan lekuk-lekuknya dan sebagainya yang indah pada wanita.
Apa yang menyebabkan homoseksual? Terdapat banyak perdebatan atau kajian tentang penyebab homoseksual. Adakah terdapat genetik gay? Apakah homoseksual disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar, seperti didikan, pencabulan kanak-kanak, kekurangan kasih sayang seorang ibu atau bapa? Atau adakah ia sesuatu yang boleh diwarisi seperti warna kulit atau rambut?
Terdapat pelbagai kajian mengenai punca homoseksual, perdebatan itu berpecah-pecah antara ahli sains dan fundamentalis agama. Banyak kajian psikologi mentakrifkan ianya orientasi seksual yang kekal seperti daya tarikan seksual, emosi, romantik dan ikatan atau tarikan ke arah orang lain. Seseorang tidak perlu menjadi homoseksual atau heteroseksual tetapi boleh merasai tarikan antara kedua-dua jantina. Orientasi seksual berkembang mengikut masa yang berbeza dalam hayat seseorang dan menentukan adakah mereka heteroseksual, gay, lesbian, atau biseksual.
Kebanyakan mereka mengatakan bahawa kelakuan seksual tidak sama dengan orientasi seksual. Ada gay yang juga terlibat dalam heteroseksual. Adakah homoseksual itu satu pilihan atau dilahirkan begitu?
Jika homoseksual adalah disebabkan oleh ciri-ciri genetik atau semula jadi, maka mereka, gay atau lesbian tidak dapat menukar orientasi seksual mereka walaupun mereka mahu. Tetapi, jika homoseksual adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti alam sekitar, maka gay dan lesbian boleh berubah dan menjadi lurus dengan terapi yang bersesuaian.
Kebanyakan gay ditanya, kenapa mereka menjadi gay? Mereka menjawab, mereka dilahirkan begitu. Tetapi tahukah anda, berdasarkan semua kajian, tiada kajian yang mengatakan terdapat genetik gay. Ini bermakna, tiada orang yang dilahirkan gay. Gay adalah pilihan mereka. Bukan salah Tuhan melahirkan mereka sebagai gay. Terdapat sekumpulan gay yang cuba menyalahkan Tuhan kerana melahirkan mereka sebagai gay.


kan cantik perempuan itu?
Menurut kajian, kenapa seseorang menjadi gay?
- Kurangnya kasih sayang seorang ibu atau ayah. Sejak kecil, dia tidak mendapat kasih sayang daripada seorang lelaki atau perempuan, yang mana apabila besar cenderung berubah menjadi seorang gay atau lesbian.
- Pengaruh bersekitaran, samada melalui rakan-rakan, ahli keluarga, dan sebagainya.
- Mengalami masalah dengan kaum berlainan. Sebagai contoh, mungkin menghadapi kesukaran memikat perempuan, atau perempuan pernah menipunya, atau pernah menyaksikan banyak kes cerai termasuk yang melibatkan keluarga terdekat sehingga menanam di dalam fikiran yang perempuan itu teruk, atau pernah berdepan dengan apa-apa masalah penderaan seksual atau disaat mereka memerlukan seseorang, tiada perempuan yang pernah hadir, kebiasaannya lelaki dan sebagainya.
- Kurang didikan agama. Kurang didikan atau kurang penghayatan. Ada yang mungkin telah dididik tetapi masih tergolong dalam golongan begini. Jadi boleh kata kurang penghayatan.
- Persekitaran seperti bersekolah di sekolah untuk lelaki sahaja, masuk penjara dalam satu tempoh yang lama dimana hanya ada satu kaum sahaja di dalamnya dan sebagainya.
- Pengaruh media. Ramai artis gay yang menjadi idola. Kurangnya rancangan khas untuk lelaki dan sebagainya.
Adakah gay boleh diubah kembali menjadi normal, heteroseksual?
Disebabkan gay adalah pilihan dan tiada genetik gay, jadi seseorang itu boleh diubah, tetapi bergantung kepada dirinya sendiri. Antara pilihan, menghadiri sesi terapi, kelas agama dan sebagainya. Sokongan orang disekeliling juga amat penting supaya tidak kembali ke kancah itu.
Kajian menunjukkan satu dari sepuluh manusia di dunia ini merupakan gay atau lesbian. Ini bermakna jika kita berada dalam satu perhimpunan, maka akan terdapat beberapa orang gay didalamnya. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk kita mengatakan seseorang itu gay atau tidak melainkan dia sengaja mahu kita mengenalinya (misalnya melalui cara dia berpakaian atau assesories yang digunakan). Lelaki gay mampu bergaul dengan orang lain seperti biasa. Ini menyukarkan lagi kita mengenal pasti mereka dengan tepat.

Gay remaja (anak ikan) mungkin sukar memahami mengapa mereka mempunyai naluri yang berbeza. Rakan lelaki lain yang mereka kenali menunjukkan minat terhadap perempuan, lalu menyebabkan remaja gay ini tidak pasti samada diri mereka sesuai bercampur dengan kelumpuk lelaki lurus bendul ini apa tah lagi untuk berbincang atau mendedahkan perasaan sebenar mereka.


Bagaimana aku tahu yang aku adalah gay ?

"Tak ingat pulak bila pertama kali aku sedar yang aku ni gay... , yang pasti sejak kecil aku selalu berangan nak buat sex dengan lelaki dan perasaan itu cukup menyeronokkan aku " -- Azri, 19 tahun (Model sambilan disebuah agensi di Pandan Indah )

"Aku tak pernah rasa tertarik dekat perempuan. Aku betul-betul sedar yang aku gay bila aku dah baligh. Aku dapat rasa tarikkan terhadap budak lelaki lain cukup kuat dan perasaan ingin tahu apa yang meluap-luap"-- Azmi, 18 tahun (Bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini ).

"Satu hari aku membelek Majalah Remaja, ada gambar budak lelaki yang cukup cute - aku tak puas menengoknya ! Apa lagi , confirm lah aku ni gay... " -- Khusairi, 16 tahun (anak jiran sebelah rumah ku )

Diperingkat awal anda mungkin tidak pasti naluri sexual anda yang sebenarnya. Tidak perlu tergesa-gesa melebelkan diri dengan sexual preference yang tertentu. Sexual identities kita terbentuk perlahan-lahan. Remaja lelaki kebanyakkanya mengalami naluri sexual mendalam semasa berada dalam alam baligh iaitu dalam lingkungan usia antara 11 ke 15 tahun bilamana tubuh badan mulai membentuk dan hormon mula aktif. Naluri sexual mungkin agak tinggi diwaktu ini. Ia boleh muncul secara mendadak, tanpa rangsangan samada dari individu atau faktor persekitaran.

Remaja lelaki yang mempunyai naluri gay mendalam akan mendapati, dari masa ke semasa minatnya terhadap lelaki lain semakin menebal dan tidak berbelah bagi. Anda mungkin rasa jatuh cinta dengan rakan sedarjah atau juga lelaki lain yang lebih dewasa. Anda akan merasakan pengalaman ini ada waktunya agak menyeronokkan, menyusahkan atau campuran keduanya. Menjelang usia antara 16 ke 17 tahun, remaja gay akan mula melabel identiti sex mereka dan mengesahkanya sementara yang kurang keyakinan diri atau yang masih keliru akan tetap menunggu...


Tanyalah diri anda persoalan ini : 

Impian atau fantasi sex anda adalah terhadap lelaki atau perempuan ?
Pernah merasa minat atau tertarik hati dengan lelaki lain ?
Adakah anda merasa berbeza dengan rakan lelaki yang lain ?
Adakah perasaan anda sebagai lelaki adalah telus dan jelas ?
Jika anda sukar menjawabnya dengan jelas sekarang, jangan bimbang. Anda akan lebih pasti bila masanya sudah tiba nanti. Hanya anda seorang yang tahu melebalkan diri anda dengan tepat.


Making contact

"Pertama kali menemui gay lain, aku rasa excited, beria-ria, nervous pun ada. Lega rasanya bila kita tahu yang kita tak keseorangan. Ada orang lain jugak. Mulanya mungkin agak takut, tak tahu apa yang akan berlaku..." -- Wan, 18 tahun dari Pasir Mas Kelantan.

"Pertama kali membuat contact dengan gay lain terasa cukup melegakan. Tak sangka langsung ada connection. Rasa cukup happy. Rasa takut pun ada jugak."-- Izham Azhar, student MC GAY GAY.


Belajarlah menyukai diri sendiri

" Dengan menemui gay lain, aku mula menerima hakikat diri aku sendiri. Aku pasrah dengan apa yang ada.."-- Ahmad Zaid , 21 tahun dari Hulu Klang.

"Aku menerima hakikat yang aku ni gay. Tak perlu aku berlakun .."-- Ahmad Wardi, UIA.

Bukan mudah nak berterus terang tentang identiti diri kita yang sebenarnya. Kita sendiri tahu macam mana rakan-rakan membuat lawak bodoh mengenaiya. Kata-kata yang menyakit hati serta tanggapan salah mengenai diri seorang gay. Orang memang membenci atau takut tentang pekara yang mereka tidak faham. Banyak yang membenci golongan gay. Banyak yang tidak merasa selesa denganya. Oleh itu tidak pelik jika anda memilih untuk menyorokkan perasaan anda dari orang lain. Atau mungkin juga menyorokkanya dari diri sendiri ...

Menyorokan perasaan dan naluri sexual sebegini dianggap "closet" bagi kebanyakkan orang. Kadang kala ia memang meyakitkan dan terasa cukup lonely sekali. Kita terpaksa membataskan pergaulan kita dan cuba mengelak dari berkawan dengan gay lain yang sudah 'exposed' bagi mengelakkan orang mengenal identiti kita. Kita seakan hipokrit kerana memendam perasaan dan gagal menunjukkan hakikat diri yang sebenarnya. Walau bagaimanapun bukanlah salah untuk kita terus berkeadaan "closet" sekiranya itu adalah yang terbaik buat kita .

Patutkah aku berterus terang ?

"Aku hanya bagitahu seseorang yang aku ni gay jika aku memang dah kenal betul dengan dia. Rasanya mereka patut tahu sesuatu yang special tentang aku.. "-- Ijat, ITM Shah Alam.

"Soalan tu tak relevent kat aku. Aku ni normal. Tak kan jadi normal pun perlu terus terang kat orang lain gak kot "-- Hisham, 19 tahun.

"Aku akan hanya bagi tahu orang lain yang aku gay bila aku pasti dia tak akan reject aku sebagai kawan. Dia akan terus terima aku seadanya dan tak cuba-cuba nak 'straighten' aku. Tapi mula-mula aku kenalah test dia dulu. Kemudian baru aku pertimbangkan samaada bahaya ke kalau aku bagitahu "-- Shafiq, Cosmopoint Inst. .

"Gay hanyalah sexual preference aku. Ia bukan cara hidup. Kenyataan yang aku ni seorang gay hanyalah sekadar a piece of information yang tak semestinya perlu aku kongsi dengan orang lain "-- Kamal, UKM Bangi.

"kadang2 bile ko dah berterus terang, ko rase lebih lega dan selesa dengan orang sekeliling, tapi kalo ko rase dengan berterus terang ko takkan dihormati, dan malu..jgn ler bagitau..terpulang pada diri sendiri, , ,whether ure open minded or not.. rata2 kawan2 aku boleh terima...dan x pernah mengumpat.. dan juga ape keperluan nak bagitau... takkan tetibe one day nak bagitau semua orang..derang x tanya.. jgn bagitau ler..gilo ko.. umpama mengali lubang kubor sendiri " -- Boykhan, KL - 24


Pandangan Agama Terhadap Golongan Gay dan Pelaku Seks Songsang 

‘Ga y ’   a t a u   h omo s e k s u a l   d i k e n a l   d e n g a n   i s t i l a h   
liwat.   Imam  Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama’ mengenai haramnya homoseksual.
(ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim alliwat) [Ibnu Qudamah,  Al-Mughni, 12/348]. 


Sabda Nabi SAW,  “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” [HR Ahmad, No 3908]. 


Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada  khilafiyah di antara para  fuqaha’ termasuklah diantara para shahabat Nabi SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya  Al-Syifa’. 


Sabda Nabi SAW,  “Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat),maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, k e c u a l i   a n -Na s a ’ i ].

Namun , dalam  pelaksanaan  hukuman bunuh tersebut, para sahabat 
Nabi SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini. 

Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati.

Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat,lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah
jatuh ke tanah, dilempari dengan batu. 


Menurut Umar bin Al-Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati. 


Meskipun para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang  uslub  pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati [Abdurrahman Al-Maliki,  Nidzamul Uqubat, hal. 21].


‘Biseksual’ adalah perbuatan zina jika dilakukan dengan lain jenis.
Jika dilakukan dengan sesama  jenis (sesama lelaki) , ia  adalah tergolong homoseksual dan jika dilakukan di antara sesama jenis (sesama wanita) ia adalah tergolong  lesbianisme . 


Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram di sisi Islam. Hukuman ke atas kesalahannya adalah mengikut jenis kesalahan tersebut. Sekiranya tergolong zina, hukumnya adalah rejam (dilempar batu hingga mati) jika pelakunya  muhsan (sudah menikah) dan disebat seratus kali jika pelakunya bukan  muhsan. 


Jika tergolong  homoseksual, hukumannya adalah mati dan jika tergolong lesbianisme, hukumannya adalah ta’zir sebagaimana dibincangkan di atas.
‘Transgender ’  adalah perbuatan yang menyerupai   lain  jenis,  baik dalam  berbicara, berbusana, mahupun dalam bertingkahlaku, termasuklah di dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai lain jenis sebagaimana hadis Nabi SAW yang melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki-laki [HR Ahmad, 1/227 & 339]. 


Manakala dari segi hukumannya,jika seseorang transgender itu sekadar berbicara atau berbusana menyerupai  lawan  jenis ,  maka  hukumannya  
adalah diusir  dari pemukiman atau perkampungannya. Nabi SAW telah melaknat orang-orang pondan (mukhannats) dari kalangan lelaki dan orang-orang tomboi (mutarajjilat) dari kalangan perempuan. 


Nabi SAW bersabda,
“ a k h r i j u u h um mi n   b u y u t i k um”  (usirlah mereka dari rumah - 
rumah kalian). Maka Nabi SAW pernah mengusir si fulan dan Umar ra juga
pernah mengusir si fulan” [HR Bukhari no 5886 dan 6834, lihat Imam
Syaukani,  Nailul Authar, hal. 1306]. 


Jika golongan transgender ini melakukan  hubungan  seksual ,  maka hukuman nya  disesuaikan dengan faktanya. Jika hubungan seksual terjadi di antara sesamalelaki, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana homoseksual. Jika
terjadi  di antara  sesama  wanita, maka dijatuhkan  hukuman sebagaimana lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan lain jenis, maka dijatuhkan hukuman zina.


Di dalam Islam memang dikenal golongan  khunsa yakni orang yang
mempunyai dua alat kelamin dan kewujudan serta kedudukan mereka diakui  dalam fiqh Islam. Namun mereka sama sekali berbeza dengan golongan
transgender kerana golongan transgender adalah golongan yang mempunyai alat kelamin yang sempurna, bukannya dua alat kelamin, tetapi mereka  berperilaku menyerupai lawan jenisnya .


Sedangkan golongan  khunsa adalah golongan yang semulajadinya lahir dengan memiliki dua alat kelamin. Bagi golongan  khunsa ini, terdapat beberapa hukum fiqh yang khusus mengenai mereka.


Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Wujudnya golongan pelaku seks songsang
ini  adalah   kerana  adanya  amalan kebebasan  di bawah  sistem
d e m o k r a s i .   Sistem  kufur ini sememangnya akan membenarkan
segala aktiviti maksiat lahir dan merajalela manakala semua aktiviti
keIslaman akan dihalang habis-habisan. Walaupun ada usaha dari
pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini, namun ternyata usaha
mereka menemui kegagalan demi kegagalan kerana sesungguhnya
mereka berusaha memperbaiki kerosakan manusia  (dengan mengambil jalan) melalui sistem yang juga rosak. 


Mereka umpama masuk ke lubang najis untuk membersihkan naj is dengan 
(juga)menggunakan  najis .  Sampai bilakah pihak  berkuasa dan pihak
pemerintah ini akan sedar bahawa sistem demokrasi dengan undang-undang buatan manusia yang mereka amalkan selama ini tidak pernah dapat  menyelesaikan masalah, malah sebaliknya semakin banyak menimbulkan
masalah dan kerosakan kepada manusia.  


Cubalah pihak berkuasa ini berfikir sedikit, gay manakah yang akan berani
menonjolkan diri atau  ingin  terus melakukan  perbuatan jijik dan terlaknat mereka itu jika dicampakkan mereka satu demi satu dari tingkat tertinggi KLCC sebagai hukuman Allah ke atas mereka? Namun, hukum Allah ini tidak akan akan dapat dilaksanakan selagi mana tidak adanya Daulah Khilafah yang menaungi kita semua. Wallahu a’lam.




Antara Rujukan

24 ulasan:

  1. insyaAllah... masih ada jalan pulang.. Beringat sajalah bahawa
    kepuasan dan kebahgiaan di dunia ini tidak selamanya indah..

    BalasPadam
  2. ya..memang benar...ikut nafsu kan lesu ,ikut hatikan mati..sesat

    BalasPadam
  3. saya mahu tahu tentang kelakuan atau perangai seorang gay...seperti niat,,pada kawan sejenisnya..suka berdalih.atau di kenali suka bercakap bohong...atau suka mencari alasan..untuk kepentingannya sendiri

    BalasPadam
  4. oh I wish it is that easy to change. I've always wanted to lead a normal life, have wife and kids and all but I am not attracted to women, sexually though I really admire their beauty, mashaAllah. As I'm getting older, tonnes of questions being asked about marriage, and the only thing I do is not saying anything, smile and say InshaAllah, jodoh ditangan Allah.

    Years of strive, tears and prayers and yet they are not answered. Sometimes I ponder, maybe this is a form of test for in this Dunya and maybe I will not be able to face other forms of test. Anyway, life goes on.

    Pray for me and my fellow friends, my dear brothers and sisters.Jazakallah.
    Allah knows best.

    BalasPadam
  5. Ive the same problem as tanpa nama above, i cried several time how am i going to tell my family, friends that im gay and i dont know if i can get married. I want to lead a normal life too, be a good husband and father but how is that possible with this gay feeling. Im always pray that i can be normal, but never get answered. Nearly half of my friends are already married. Ive always acted like im normal, and it will turn to be for the next 5-10 years. Maybe they going to reveal sooner or later..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sahabat tanpa nama...

      Berdoalah semoga saudara bertemu dengan pasangan yang boleh menerima kekurangan diri saudara. Letak pengharapan pada Dia yang maha penyayang. Saya seorang isteri kepada seorang gay. kami dah 6tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 5tahun. Saya dapat tahu suami saya seperti itu pada malam pertama saya. Memang pada mulanya agak terkejut tapi saya tidak melatah. saya terima dia seadanya.perkara silam dia,saya tak suka sebut. sehingga sekarang dia masih ada perasaan itu. Namun saya tak penuh jemu membantu dan berada selalu disampingnya kerana itu juga permintaan dia,bantulah dia. saya amat berharap saya dapat bersama dia menuju syurga Allah.saudara boleh hubungi saya jika ingin berkongsi pendapat dengan saya. Saya amat suka untuk membantu. Salam ukhwah...

      Padam
    2. salam...akak,saya jugak macam mereka kat atas..umur saya da 26,smua mber2 saya da kawen,ade anak..saya lelaki.gay. tp mber2 sy semua straight..atau mgkin ade gak yg gay tp sy tatau.sy ade awek..harap sgat akak dpt bntu dengan pengalaman akak.mcm mane keterbukaan akak dan suami..sy syg awek sy.tp tula perasaan syg tu tanpa nafsu.nmpk mcm baik sbab xpenah try pape kat die.tp hakikatnye,sy xde rase nak pon.sy cume sgat selesa ngan die n sgat syg kat die..Allah je Maha Tahu...harap akak dpt nmpk post ni dan balas satu hari nanti..

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Assalamualaikum.. Akak.. sy sgt perlukan pertolongan daripada kak.. Mcm mana sy boleh menghubungi akak ye? terima kasih..

      Padam
  6. Thank you sister whoever you are. Only Allah can repay you. Jzkk
    Im glad someone responded my comment because i really need a support right now. Just need to know your husband is a bisex or homo before he marry you. Sorry tanpa nama above, having awek itself is forbidden in islam unless you married.

    BalasPadam
  7. sy dilahirkan dalam kampung yg pedalaman. tak terpengaruh mana2 sosial spt zaman skrg pub n karoke sana sini..sejak sekolah rendah, sy dididik dengan agama yg sgt tinggi. sentiasa menyertakan diri dalam tilawah al-quran, hafazab dan nashid. sehingga lah ke sekolah menengah. di sklh rendah, sy mula menyukai sorg laki n sorg pompuan. classmate sy. bila masuk smk, sy masih suka kedua2 gent..tapi, mula perasan akan nafsu sy ke arah mana. bila dating dgn Lelaki, nafsu datang membuak2, tapi bila daring dgn awek belakang dewan, sy rasa nak muntah bila dia cium pipi sy. tp sy tahan. rasa mual terus.....risau hal itu berlarutan hingga mningkat dewasa. skrg, sy berumur 19 dan 1 plan sy...sy ingin cari seorang niqabis sbb rasa tenang melihat mereka. walaupun payah utk mencari niqabis yg sgt faham n sggup terima lelaki spt sy :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama bro ... saya juga berharap dapat ditemukan jodoh dengan seorang isteri yg memahami dan sanggup menerima saya

      Padam
  8. Saya seorang perempuan..bf saya seorang gay..setelah lama couple dan terlalu sayang dan kami merancang untuk kahwin barulah dia berterus terang yang dia seorang gay..saya sangat kecewa..tapi kami tidak putus..saya masih sayangkan dia..dia dalam proses untuk berubah..bolehkah lelaki gay berubah jadi straight? Dia seorang gay top.

    BalasPadam
  9. Kesiannya golongan kami di hukum bunuh ya......kalau camtu...bunuhlah kami...saya rela tapi cara bunuh tu biarlah disuntik sahaja..x perlulah di bakar dan di humban jatuh dari bangunnan tinggi....bayangkan anak anda gay, sanggupkah dibunuh sebegitu?....Kalau agama nak bunuh saya..saya rela. Tapi ingat, saya bukan pilih nak jadi gay. Saya mmg natural gay. Tapi ingat, kalau saya mati, siapa yg nak sara ibu bapa saya?...Banyaknya gay satu dunia kene bunuh ya...

    BalasPadam
  10. Simpati pada mereka yg diuji dgn keinginan sex tersebut.
    Jika ade yg masih tdk jumpa cara untuk sembuh dari masalah ini . sebagai seorang gay.apakh hikmah yg anda rasa dari ujian ini?

    BalasPadam
  11. Say bersuamikan seorang gay .. Tak pernah d sentuh slma lbh 5bln . Skrang sya tngh usaha bntu dia spya boleh brubh .. Ea sya yakin dya boleh berubh . Dya boleh lawan nafsunya .. Kami baru nak bermula mndirikan rumahtngga dgn sling memamaafkn . . Sblm ni kami sering begduh krna suami lemah batin dan sya tk dpt trima knyataan pada mulanya . Lama kelamaan sya ksihan pda suami bkli2 sya minta cerai dya tak pnh nak luah . EA .. TUHAN TU MAHA ADIL .. tuhan buka hati saya utk mmaafkn dya dan syg kmbli dgn dya . . Walaupun smua d scra keterpksaan sya trima smuanya sbb dya suami sya. . Org kg pun dh tahu maslah suami saya . Ya allah d mna sya nak letak muka tpi sya kuatkn dri bdiri d sisi suami cuba bntu dya . . Sya marah dya bkwn dgn gay . . Sya mnta tlg sma dya lpas ni dya klu nak lpaskn nafsu dtg dgn sya . . Jgn dgn llaki . . Sya istri halalnya . Sya bdoa smoga kmi kkal slmanya . Smoga suami berubah .. Buat gay d luar sna yg ingin berumah tngga tolong ubah setmind anda .. Mc ada wnita boleh mnerima kamu . Cpt atau lambat srh pda takdir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade sedikit nasihat untuk awak.. dan smua wanita yang bersuamikan lelaki gay.. berhati hati lah korang..kene peka dan alert dgn aktiviti suami.. dgn siapa suami bkawan.. dgn siapa suami melepak.. jgn smpai suami kmbali pada aktiviti gay masa lampau.. gay wawasan 2015 ke atas ni adalah sangat extreme.. kene tahu yer.. dorang mempunyai website untuk mncari teman melempiaskan nafsu sejenis mereka.. ' grindr' ' growlr' dan macam macam lagi.. mereka dgn senang boleh akses dgn mana mana lelaki yang se aliran dgn nya untuk seks.. dan para wanita dan para isteri kene alert.. gay wawasan 2015 ke atas ni.. mereka sgt extreme.. ada yang berjinak2 dgn dadah sperti 'ice' untuk fun.. 1 sesi mereka fun.. tak tido 2 atau 3 ari yer.. seks rambang.. main kaw2..x ingt ape dah.. x ingt anak bini.. x ingt kerjaya dah.. dan yang terjebak dgn seks dadah ni atau jugak dikenali sbgai " chem fun" " cf" adalah 90% hiv positive ye.. jadi berhati hati lah...sekadar nasihat.. sayangi kluarga anda.. sayangi nyawa anda.. sayangi mak ayah anda..

      Padam
  12. Aku perempuan. I do have a gay friends. But there is this one guy which is GAY jugak. Kami kawan baik dah 3tahun lebih. Semua ttg dia ,dia kongsi dgn aku. Semua cerita aku, aku kongsi dgn dia. Kami rapat. Rapat sgt. Masa mula2 aku tau dia gay, mmg aku sedih, aku kecewa, tiap2 hari aku nangis. Mungkin sbb aku sayang sgt dekat kawan aku tu. Tapi bila pikir2 balik, dia kawan aku, susah senang kami sama2. Walau mcmmana skali pun keadaan dia, aku tetap terima dia. Tapi masa tu dia taktau yg aku dah tau dia mcm tu. Lama2 aku tanya dia betul2, dia mengaku. Masa tu dia takut aku pulaukan dia bila tau dia mcm tu. Aku ckp, mmg aku kecewa, tapi aku ttp syg dia, sesekali aku takkan sisihkan dia. Since hari tu, kami makin rapat. Ramai org ingt aku bercinta dgn dia. Hahahaahha. Tapi aku tak kesah. Tapi ada jugak yg mcm tau keadaan kawan aku tu. Ada yg terima ada yg kutuk2. Biasalah manusia. Tapi aku paling tak suka bila dgr org kutuk2 kawan aku tu. At the same time, aku nasihat, suruh dia berubah sikit2. Tapi aku tau tak senang nak berubah. Tak pernah sekali aku lupa doa utk dia so that satu hari dia akan berubah. Tapi skarang dia dah mcm ramai kawan straight berbanding dulu. Senang hati aku tgk. Aku harap sgt dia dpt berubah. Sbb aku yakin dia boleh berubah. Dan aku sayang sgt2 dekat kawan aku tu. Dan aku tau dia syg aku jugak, cuma syg dia tu tak lebih dari kawan. Sejujurnya, aku doa sgt satu hari nnt, aku jadi isteri dia, dia suami aku.. Aku tak kesah dgn keadaan dia mcm tu. Aku nak pimpin dia.. Aku nak jaga dia..Dan aku yakin dia boleh berubah. Aku yakin dia boleh jadi yg terbaik..sbb dalam ramai2 lelaki yg aku kenal, dia je yg faham aku, yg tau aku mcmmana.. Honestly, i dolove him sejak dari aku mula kenal dia. Walau aku tau dia takkan pernah cinta aku. Doa aku, moga satu hari dia berubah, moga satu hari dia d jodohkan dgn perempuan yg boleh terima dia, yg syg dia , yg ikhlas dgn dia, walau perempuan tu bukan aku. Aku cuma nak sahabat aku tu bahagia. Aku cuma nak persabatan kami kekal sampai bila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai awak.. ur story same with me.. :).. sy pun sedg hadapi benda y sama.. tapi agak sedih skit sbb kwan sy tu disyaki hiv positif.. nak gugur jantung mase dpt tahu tu..
      Saya x kisah klu die gay.. dan sy mmg tahu dri awal pun (wlaupn die x terus terang dgn sy mase die g taw die hiv tu).. sy kenal pakwe die..
      Sy ckp dgn die sy boleh accept y die cam tu(gay) (tpi hrapan 1 day die akn straight jgak).. cume 1 je.. sy x taw mcm mane nk hadapi bile die dah x de kat dunia nie..dsebabkn penyakit die tu.. mesti sakit sgatkan..
      Skrg nie sy cube jdi a good listener to him.. dan cube bg kate2 semangat kat die..
      Pasal die nak ubah naluri die tu.. itu antara die dgn Allah (sy harap die berubah.. wlaupun susah)..
      Tapi for sure.. sy x boleh tinggalkn die.. wlaupun sy tahu die x kan sukakan sy.. dan sy tetap akan jadi kwan baik die wlaupun dlam mase y singkat nie.. doakan sy terus kuat.. :')

      Padam
    2. We hv similar story. cuma yg bezanya saya tak suka dia pun, i like a different guy tp saya mmg rapat dgn kwn saya yg gay tu. saya dh lama tahu dia gay n even dia mmg jenis open je psal gay. tp since dh senior year lepas spm ni dia contact saya balik cite macam2 psal gay n dia ckp dia nak berubah n all. i am really fine with that and i try my best to change him. but i dont really know if i sanggup nak jadi isteri dia utk ubah dia, dia slalu cerita kat mak dia psal i dia nak jdikan i isteri dia and all. dia kata only i can guide him but u know, im still 18 so i never fathom abt marriage. so i kept on saying to him yg he will get a better person, bukan reject cuma i want him to know that jodoh tu kuasa Allah. if im meant for him then okay, ill try my best. tak sangka ada dua org kisah sama huhu hope all of us will be strong like adamantium :)

      Padam
  13. Salam semua. Aku pun hadapi perkara yang sama. Aku hidup dalam keadaan normal. Tak pernah melakukan sebarang hubungan songsang. Cuma peritnya nak hadapi orang si luar lagi lagi kalau dia ada rupa paras yang elok. Ianya adalah tekanan. Aku harap dengan doa kalian semua dapat merawat naluri songsang aku sejak kecil ini suapaya menjadi normal dah sihat seperti orang lelaki yang lain.

    BalasPadam
  14. My husband was gay. Sy tahu stlh 11thn ..Tp dia x ingin lgsung bcerita tntg kisahnya. Sy ingin bantu dia,tp sy xtau jika suami xde niat lgsung utk tinggalkn khidupan dia bsama kwn2nya. Sht pedih krn trasa dkhianati..tp jika betul ingin berubah,sy spenuh hati akan Cuba terima dia n bantu suami.

    BalasPadam
  15. Pada pndapat saya.. gay wujud daripada dua keadaan.. pertama.. faktor persekitaran masa kecik.. dan kedua..dilahirkan mmpunyai naluri gay ni.. mmg lah tak pernah wujud genetic gay dalam badan seseorg tu.. tapi kene tahu yer.. boleh berlaku genetic defects pada seseorg tu.. so gay yg dilahirkan macam ni.. xbleh buat ape..sbb dy mmpunyai kecacatan genetic... naluri seksual dominan kepada lelaki... takkan lah kita ni sengaja nak stim tgk lelaki bogel.. giler ke ape mcm tu? Dan ade juga gay yang langsung x stim tgk prempuan bogel.. adakah stim tu boleh kawal? Ia mmg wujud dalam diri seseorg tu..yer mmg golongan gay ni dilaknat oleh tuhan.. dilaknat oleh masyarakat.. kalau korang perasan.. golongan gay ni.. dorang lebih pandai dari segi intelek..lebih kreatif dari segi seni..punyai deria yang kuat ke arah empati kpada flora dan fauna.. roh dorang begitu lembut kalau kene dgn cara nya...dan dorang jugak adalah jenis pendendam...ni adalah sifat2 dorag... saya ade 1 teori.. golongan gay di lahirkan ke dunia adalah untuk mngawal populasi manusia di dunia.. korang tahu x 1 ari brapa bayi yang dilahirkan.. cuba bayang kan.. jika smua nya lahir memenuhi bumi ni? Jadi akan ada 1 dalam 10 tu dilahirkan gay..gay ni jangka hayat dy x panjang.. hdup dalam 30 atau 40 tahun je.. tahu knpa saya ckp cmtu? Dgr satuk fakta dari sy ye.. gay mmbesar.. umur 15 tahun dah bjinak jinak dgn aktiviti gay.. masuk awal 20 an makin liar.. ada gay yang ambik ice untuk fun dgn gay lain.. dan mreka akan mghidap hiv.. kerana sex rambang.. dalam umur 30 tahun mninggal lah..nampak x.. gay adalah 1 jalan untuk membendung populasi manusia berlebihan.. sbb tu mereka dilahirkan dgn genetic defect mcm ni.. itu adalah dari segi saintifik nya..dari segi agama.. wahai golongan gay..anda dilahirkan gay..ini adalah ujian tuhan kpada kamu..ujian yg tuhan bg nak tgk kamu boleh lawan nfsu kamu dan trus berada di jalan yang benar.. ujian buat kamu utk lawan naluri yang lahir dari jiwa kamu kpd golongan sejenis..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum. Hai. Saya ada kenalan yang gay. Dulu waktu kami kecik die pernah bagi tahu. But saya tak ambik kesah sangat sebab ingat hanya pada rupa. Sekarang saya dah 19. Dia bagi tau sekali lagi dekat saya.terkejut tapi tak lah sangat. Saya baca setiap comment2 yang berada di atas. Most of it kawin with them. I hope cara ni boleh bantu teman saya tu.

    BalasPadam