Khamis, 3 November 2011

Teknik Menangkap Orang Yang Beli Nombor Ekor

As salam.Kali ini Saya ingin berkongsi teknik bagaimana nak menangkap orang yang beli nombor ekor, jika mereka pakai topi keledar memang agak sukar juga sebab yang beli bukan orang melayu aje,bangsa lain pun ramai juga yang beli ...takut salah berkas malu pulak nanti ...nak tahu caranya baca seterusnya di bawah.



Jawab Salam, Punca Kena Tangkap Dalam Kedai Nombor Ekor


Mulanya ingatkan lelaki ini bukan Islam pergi beli nombor ekor. Yer le, kita orang Melayu tahu bagaimana muka Melayu tapi orang ni bukan macam muka Melayu. Bagaimanapun, dalam kedai tu, seorang penguatkuasa beri salam pada orang tu.

"Assalamualaikum". Kata penguatkuasa tu. Kemudian lelaki berbaju hitam memakai topi keledar tu jawab.

"Waalaikumsalam". Jawab lelaki tu.

Lepas tu lelaki tu kena tangkap oleh penguatkuasa. Dia meronta tapi gagal melarikan diri. Dia jawab salam tu, mengesahkan dia orang Islam. Bila diperiksa pengenalan diri, memang betul dia Islam dan boleh ditangkap.

Begitulah operasi judi di daerah Kluang yang saya ikut petang tadi. Seramai 6 orang lalaki ditangkap kerana membeli atau berada dalam kedai judi. Kes akan dituduh di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.

kadikluang



3 ulasan:

  1. asal muka melayu mesti islam ke?yg melayu pun blum tau islam.wah ini klakar

    BalasPadam
  2. Perempuan menyanyi atas pentas Dan dapat gaji.. Duit gaji tu haram,haram macam no ekor. Kena tangkap tu yang mana masuk akademi fantasia

    BalasPadam
  3. its not fair 'org besar' muslim diblkng organisasi ni tak kena tangkap ka not fairr

    BalasPadam