Isnin, 14 November 2011

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi...

Pengkid bersalin di Lombok

SEBAK...Che Beshah sedih menunjukkan gambar Zurain yang hilang sejak Oktober lalu.
SEBAK...Che Beshah sedih menunjukkan gambar Zurain yang hilang sejak Oktober lalu.
HULU LANGAT: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini menambah kerinduan seorang ibu tunggal terhadap anak gadisnya yang sepatutnya menduduki peperiksaan itu, namun tidak berbuat demikian kerana kini berada di Lombok, Indonesia selepas diperdaya lelaki dari situ.
Che Beshah Md Said, 50, berkata, anaknya Zurain Mohd Zulkeppeli meninggalkan rumah bersama seorang lelaki Lombok dikenali sebagai Edy, 30-an, sejak Oktober tahun lalu dan kini mereka sudahpun berkahwin serta memiliki seorang anak. 
Menurutnya, Edy yang memang rapat dengan keluarganya ibarat pagar makan padi kerana lelaki itu sebelum ini diminta membantu mencari Zurain yang sudah beberapa kali lari dari rumah.

“Edy memang bijak berlakon. Kelakuannya nampak baik dan dia memberitahu ada kepakaran untuk mengubati pelbagai penyakit. Jadi, saya minta tolong dia untuk cari Zurain yang kali terakhir lari dari rumah Oktober lalu.

“Kesudahannya, bukannya dia membawa pulang Zurain kepada saya, tapi dia melarikan anak gadis saya itu ke kampung halamannya di Indonesia,” katanya ketika ketika menerima kunjungan Pemuda Umno Hulu Langat di rumahnya./CM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan