Ahad, 20 November 2011

Gambar Rumah Nabi S.a.w dan Sayyidah Khadijah r.ha, Yang Mereka Tinggal Bersama Selama 28 Tahun.

Seorang Tokoh manusia paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman tampil hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Tokoh yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umatnya ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana.Siapakah tokoh itu, tak lain beliau adalah Muhammad bin Abdullah @ Rasullullah S.a.w,Penghulu para-para Nabi Allah.
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut. ~ indonesiaterkini


Adakah pemaju-pemaju dan puak Wahhabi, memadamkan sejarah Makkah ?
Masalahnya orang islam kat dunia ini tak semua sama. Sebab itu mereka buat decision yang mungkin tak glamer tapi menguntungkan semua. Kalian tengok jer sendiri bila sampai Mekkah, berapa ramai yang buat tak patut dibuat yang boleh memesongkan akidah? Benda benda macam inilah yang nak dielakkan oleh kerajaan Saudi 

Aku lebih rela melihat tapak rumah nabi tu diruntuh dan dibina Hotel untuk menampung jemaah haji, daripada dikekalkan dan menjadi tempat pemujaan orang islam yang lain.

Aneh sungguh, apabila ada sebahagian umat ini, yang bergembira dan menyokong apabila rumah, peninggalan dan warisan Nabinya dihancur dan dibinasakan! Mereka menjadikan alasan pembangunan sebagai menyokong penghapusan warisan Nabi mereka sendiri. Dan mereka menjadikan syirik sebagai alasan sokongan kepada usaha-usaha menghancurkan peninggalan Nabi mereka! Sesetengah mereka berpendapat berdoa di sisi maqam, mencium dan berziarah kepadanya adalah syirik. 

Apakah perbuatan mengangungkan dan memuliakan peninggalan Rasul di anggap syirik? Maka untuk apa umat Islam saban tahun menunaikan haji- berlari di antara Safa dan Marwa demi mengingati Siti Hajar? Dan mengapa pula penguasa Wahabi masih membiarkan Hajar Aswad untuk dicium-cium dan digosok2? Perbuatan seperti ini samalah dengan perbuatan penyembah berhala yang mencium dan mengusap-usap patung sembahan mereka. Mencegah kaum Muslimin dari bertabaruk dengan peninggalan Rasul serta mencium makam baginda merupkan ciri khusus wahabi sehinggakan penguasa wahabi menempatkan para pengawal yang memperlakukan para penziarah dengan kasar dan tanpa kasih sayang.

Padahal perbuatan mencium dan mengusap kuburan Rasulullah saaw adalah sama sahaja dengan perbuatan mencium dan menggosok al-Quran. Tidak lain, perbuatan itu timbul akibat rasa penganggungan, cinta kepada agama tanpa langsung niat menyirikkan Tuhan. Kuburan dan rumah-rumah peninggalan Nabi, keluarganya yang suci, rumah para isteri dan makam2 mereka merupakan syiar2 Allah yang seharusnya dipelihara. Dan orang-orang Islam selain Wahabi faham benar hakikat berdoa dan bersolat di sekitar makam Nabi adalah bukan berbentuk syirik, kerana mereka telah diajar sejak kecil bahawa sujud ke arah kaabah bukanlah sujud kepada kaabah (menyembah Kaabah).

Peninggalan para Nabi seperti rumah, kuburan adalah syiar-syiar Allah
Menjaga dan memelihara kuburan dan peninggalan para Nabi adalah termasuk meninggikan syiar Allah. 

Dan siapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka itu tanda ketakwaan hati.
(al-Hajj: 32)

Syiar-syiar yang dimaksudkan dalam ayat adalah tanda-tanda agama Allah (Majma, al-Bayan, jil.iv, hlm.83, terbitan Sidon). Safa dan Marwah (tempat berlari anak Siti Hajar) merupakan tanda-tanda Islam yang suci, merupakan syiar-syiar agama, yang Allah jadikan sebagai tempat manusia beribadah. 

...Sesungguhnya Safa dan Marwa adalah sebahagian dari syiar Allah.(al-Baqarah, 158)

Begitu juga dengan unta sembelihan yang Allah nyatakan sebagai sebahagian dari syiar2Nya:

...Dan telah Kami jadikan kepadamu, unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah.(al-Hajj: 36)

Unta tersebut dihormati dengan tidak menunggangnya, diasingkan dan dikhususkan, diberi makan dan minum sehingga waktu penyembelihan. Dan ini merupakan syiar-syiart Allah yang harus dihormati dan dijaga. Perhatikanlah, sekiranya Allah menjadikan tempat berlarinya Hajar dengan penuh tabah dan sabar sebagai syiar-syiarNya, dan menjadikannya sebagai tempat ibadah; dan menjadikan unta-unta sembelihan sebahagian dari syiarNya yang dimuliakan. 

Jika unta-unta sembelihan di hormati sebagai syiar-syiar Tuhan, lalu apakah para Nabi, Ahlul Bait, ummul mukminin, para sahabat yang ikhlas, para wali dan pejuang Syuhada yang sejak hari pertama mereka berjuang menegakkan agama Allah tidak dianggap sebagai sebahagian syiar-syiar Allah, dan tidak layak diagungkan dan dihormati sesuai dengan darjat dan kedudukan mereka sewaktu hidup dan sesudah mati mereka?

Jika laluan langkah Hajar adalah dan unta-unta sembelihan adalah syiar-syiar Allah; lalu Apakah para Nabi, Rasulullah saaw, Ahlul Baitnya yang suci, ummul mukminin, para sahabat ikhlas, para syuhada bukan syiar-syiar Allah sehinggakan mereka tidak dihormati, makam-makam mereka diroboh, rumah2 peninggalan mereka dihancurkan? 

Apakah orang-orang wahabi dan penyokong mereka ragu-ragu bahawa para Nabi, Rasul, Ahlul Bait, para syuhada serta ulama Islam adalah sebahagian dari syiar Allah, menjaga sesuatu dari peninggalan mereka, menjaga makam mereka dan membersihkannya adalah sebagai salah satu cara menghormati dan mengagungkan syiar-syiar Tuhan, ataupun merosakkannya dan membinasakannya adalah sesuatu yang terpuji?

billionaire: teringat kejadian Masjid Babri yang diruntuhkan oleh ekstremis Hindu di India. Apa agaknya reaksi Ahlus Sunnah sekiranya makam-makam asy-Syafii di Mesir, dan di makam Syeikh Abdul Kadir Jilani di Baghdad dihancurkan.

Siapakah Wahabi

Istilah wahabi sebenarnya bukan istilah baku dalam literatur Islam. Dan penisbahan istilah wahabi kepada sebagian umat Islam pun kurang objektif. Meski istilah `wahabi` bila kita runut dari asal, memang mengacu kepada tokoh ulama besar di tanah Arab yang bernama lengkap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi Al-Najdi (1115-1206 H atau 1703-1791 M). Namun para pendukung dakwah beliau umumnya menolak bila dikatakan bahwa gerakan mereka adalah gerakan wahabiyah. Justru mereka lebih sering menggunakan istilah ahlisunnah wal jamaah atau dakwah salafiyah.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab lahir di 'Uyainah dan belajar Islam dalam mazhab Hanbali. Beliau telah menghafal Al-Qur'an sejak usia 10 tahun. Dakwah beliau banyak disambut ketika beliau datang di Dar`iyah, bahkan beliau dijadikan guru dan dimuliakan oleh penguasa setempat saat yaitu pangeran (amir) Muhammad bin Su`ud yang berkuasa 1139-1179. Oleh amir, dakwah beliau ditegakkan dan akhirnya menjadi semacam gerakan nasional di seluruh wilayah Saudi Arabia hingga hari ini.

Pokok ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab

Sosok Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi pelopor gerakan ishlah (reformasi). Sosok beliau muncul menjelang masa-masa kemunduran dan kebekuan berpikir pemikiran dunia Islam, yaitu sekitar 3 abad yang lampau atau tepatnya pada abad ke-12 hijriyah. Dakwah ini menyerukan agar aqidah Islam dikembalikan kepada pemurnian arti tauhid dari syirik dengan segala manifestasinya.

Sementara fenomena umat saat itu sungguh memilukan. Mereka telah menjadikan kuburan menjadi tempat pemujaan dan meminta kepada selain Allah. Kemusyrikan telah merajalela dan merata di hampir semua penjuru negeri. Bid`ah, khurafat dan takhayyul menjadi makanan sehari-hari. Dukun berkeliaran ke sana ke mari, ramalan-ramalan dari syetan sangat digemari, sihir menjadi aktifitas umat, ilmu ghaib seolah menjadi alternatif untuk menyelesaikan berbagai persoalan dalam kehidupan umat Islam.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab saat itu bangkit mengajak dunia Islam untuk sadar atas kebobrokan aqidah ini. Beliau menulis beberapa risalah untuk menyadarkan masyarakat dari kesalahannya. Salah satunya adalah kitabut-tauhid, yang hingga kini masih menjadi rujukan banyak ulama di bidang aqidah.

Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini kemudian melahirkan gerakan umat yang aktif menumpas segala bentuk khurafat, syirik, bid`ah dan beragam hal yang menyeleweng dari ajaran Islam yang asli. Mereka melarang membangun bangunan di atas kuburan, juga mengharamkan untuk menyelimuti kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka juga melarang orang meminta kepada kuburan, orang yang sudah mati, dukun, peramal, tukang sihir dan tukang teluh. Mereka juga melarang tawassul dengan menyebut nama orang shaleh seperti kalimat bi jaahirrasul atau keramatnya syeikh Fulan dan Fulan.

Dakwah beliau lebih tepat dikatakan sebagai dakwah salafiyah. Dakwah ini telah membangun umat Islam di bidang aqidah yang telah lama jumud (beku) akibat kemunduran aqidah umat. Dakwah beliau sangat memperhatikan pengajaran dan pendidikan umum serta merangsang para ulama dan tokoh untuk kembali membuka literatur kepada buku induk dan maraji` yang mu`tabar, sebelum menerima sebuah pemikiran.

Para pendiri dakwah ini umunya bermazhab fiqih dengan mazhab Al-Hanabilah, jadi tidak benar kalau dikatakan mereka anti mazhab. Namun memang mereka tidak selalu terikat dengan mazhab tersebut dalam fatwa-fatwanya. Terutama bila mereka menemukan dalil yang lebih rajih. Oleh karena itu dakwah merka sering disebut La Mazhabiyyah, namun sebenarnya lebih kepada masalah ushul, sedangkan masalah furu`nya, mereka tetap pada mazhab Al-Hanabilah.

Sebenarnya mereka tidak pernah mengharamkan taqlid, namun meminta agar umat ini mau lebih jauh meneliti dan merujuk kembali kepada nash-nash dan dalil dari Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW serta pendapat para ulama salafus shalih.

Di antara tokokh ulama salaf yang paling sering mereka jadikan rujukan adalah:

a. Imam Ahmad ibn Hanbal (164-241 H)
b. Ibnu Taimiyah (661-728 H)
c. Muhammad Ibnul Qayyim Al-Jauziyah (6691-751H)

Oleh banyak kalangan, gerakan ini dianggap sebagai pelopor kebangkitan pemikiran di dunia Islam, antara lain gerakan Mahdiyah, Sanusiyah, Pan Islamisme-nya Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh di Mesir dan gerakan lainnya di benua India. Paling tidak, masa hidup Muhammad bin Adbul Wahhab lebih dahulu dari mereka semua. Dalam penjulukan yang kurang tepat, gerakan ini sering dijuluki dengan wahabi. Namun istilah ini tidak pernah diterima oleh mereka yang ikut mengembangkan dakwah salafiyah.

Demikian sekelumit tentang gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Maka dengan demikian, sesungguhnya dakwah ini juga dakwah ahlisunnah wal jamaah. Sebab tetap berpegang kepada sunnah Rasulullah SAW dan juga para jamaah (shahabat ridhwanullahi 'alaihim).

Para pendiri dakwah ini umunya bermazhab fiqih dengan mazhab Al-Hanabilah, jadi tidak benar kalau dikatakan mereka anti mazhab. Namun memang mereka tidak selalu terikat dengan mazhab tersebut dalam fatwa-fatwanya. Terutama bila mereka menemukan dalil yang lebih rajih. Oleh karena itu dakwah merka sering disebut La Mazhabiyyah, namun sebenarnya lebih kepada masalah ushul, sedangkan masalah furu`nya, mereka tetap pada mazhab Al-Hanabilah.

Dakwah ini jelas-jelas sebuah dakwah ahlisunnah wal jamaah serta berpegang teguh dengannya. Mereka menyeru kepada pemurnian tauhid dengan menuntut umat agar mengembalikan kepada apa yang dipahami oleh umat Islam generasi pertama.

Sedangkan bila dikatakan bahwa dakwah ini mengharamkan ziarah kubur, sebenarnya tidak juga. Sebab mereka pun mengakui bahwa ziarah kubur itu ada masyru'iyahnya dari syariat Islam.

Dahulu Aku (Rasulullah SAW) melarang kalian ziarah kubur, namun sekarang silahkan berziarah kubur. (HR Muslim dan merupakan hadits Shahih dan terdapat dalam syarah imam Nawawi)

Hanya saja mereka agak lebih berhati-hati, agar jangan sampai niat ziarah yang baik itu dirusak dengan praktek-praktek yang diharamkan. Seperti meminta doa dari ahli kubur, meminta keberkahan, minta diselamatkan, minta dilindungi, minta jodoh, rizqi dan sebagainya. Sebenarnya praktek seperti inilah yang mereka takutkan. Dan memang praktek seperti ini tidak dibenarkan dalam ajaran Islam. Sebab tempat meminta itu hanya kepada Allah SWT saja, bukan kepada kuburan. /www.eramuslim.com

WallahuA'lam..

Pendapat Ini diambil dari :  mforum.cari.com.my




Tiada ulasan:

Catat Ulasan