Jumaat, 4 November 2011

Apa dan Siapa Ya'juj & Ma'juj - Dari Awal Kebangkitan Sampai Menjelang Kiamat


Iskandar Zulkarnain Penaklukan Agung



A. Ya'juj dan Ma'juj Dalam Qur'an
Al-Quran dua kali menyebutkan kata "Ya'juj dan Ma'juj". Pertama, di surat Al-Kahfi ayat 94, yang berbunyi: "Mereka berkata: Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya membuat dinding antara kami dan mereka? "


Kedua, surah Al Anbiya ayat 96-97, berbunyi: "Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari Kiamat). ... "
Itulah dua ayat Quran yang menyebutkan tentang Ya'juj dan Majuj. Ayat 94 surat Al-Kahfi berbicara perihal Ya'juj dan Ma'juj di masa lalu. 


Tentang sifat mereka yang suka membuat kerosakan di dunia, sampai kemudian Dzulqarnain membuat benteng yang menghalang mereka, dan mereka tidak mampu bangkit lagi semenjak zaman Dzulqarnain itu, juga zaman-zaman selepasnya. Sementara surah al-Anbiya bercakap dengan jelas tentang Ya'juj dan Ma'juj di masa depan dan perihal kebangkitannya ketika mendekati hari kiamat.

Kata "dibukakan" atau dalam bahasa Arab "futiha" menurut DR. Shalah Abdul Fatah Al Khalidi penulis buku "Kisah-Kisah Orang Dahulu dalam al-Quran", iaitu diertikan secara makna bukan sebenarnya. Menurutnya, itu merupakan kehendak Allah atas mereka untuk keluar dari negerinya, dan dibiarkannya melakukan kerosakan di atas dunia dan negeri-negeri yang mereka kehendaki. Ini merupakan kebangkitan mereka terbesar dan terakhir sepanjang sejarah, menjelang hari kiamat.

Kalimat pada ayat surah al-Anbiya yang berbunyi, "dan mereka turun dengan cepat dari seluruh yang tinggi." Menunjukkan besarnya kekuatan, jumlah personel yang mereka miliki, dan kerasnya pengembangan yang mereka lakukan.

B. Apakah Nama Ya'juj dan Ma'juj dari Bahasa Arab?
Para ahli bahasa Arab berbeza pendapat tentang asal kalimah Ya'juj dan Ma'juj ini.Ada yang mengatakan kedua-duanya berasal dari bahasa Arab, dan ada juga yang menolak pendapat itu kemudian berpendapat Ya'juj dan Ma'juj berasal dari bahasa Wang kemudian diarabkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat yang paling benar.Kerana kabilah atau kelompok Ya'juj dan Ma'juj ini sudah ada sebelum tamadun Arab lahir dan sebelum meletakkan tata bahasa Arab. Kata Ya'juj dan Ma'juj sama halnya dengan kata Iblis, Adam, Hawa, Ibrahim, Musa, Harun, Taurat dan Injil, yang kesemua itu bukan berasal dari bahasa Arab. Menurut Abu Kalam Azadi, seorang ulama besar dari India, kata Ya'juj dan Ma'juj adalah kata asing yang berbentuk Ibrani (Bahasa Yahudi). Ya'juj dan Ma'juj dalam bahasa Bahasa Greek dikenali dengan nama "Gag" dan "Magag". Bentuk kata Gag dan Magag ini, digunakan juga dalam tujuh terjemahan kitab Taurat (Perjanjian Lama) dan banyak ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah.

C. Mongolia Tempat Ya'juj dan Ma'juj
Sebenarnya para ulama berbeza pendapat dengan tempat asal Ya'juj dan Ma'juj dan di negeri mana tempat mereka pertama kali muncul. Tetapi para ulama yang telah meneliti secara detail mendapati bahawa tempat Ya'juj dan Ma'juj ini berasal dari satu tempat di Timur laut wilayah Mongolia. Penduduknya beretnis Mongol dengan kehidupan nomad. Yang pasti, menurut para penyelidik kata "Mongolia" dan "Mongol" sendiri berkaitan rapat dengan kata "Ma'juj", bahkan berkaitan langsung.Kadang-kadang, kata Ya'juj dan Ma'juj juga dipakai dengan sebutan "Mongol" dan "Tartar".

D. Tujuh Kebangkitan Ya'juj dan Ma'juj Sepanjang Sejarah.
Untuk kesekian kalinya DR. Shalah Abdul Fatah Al Khalidi menegaskan bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah mereka yang mendiami wilayah Mongolia. Mereka juga termasuk daerah Turkistan, Russia dan China. Tetapi yang menjadi persoalan penting, apakah Ya'juj dan Ma'juj tidak pernah keluar kecuali nanti saat menjelang Kiamat?


Para saintis yang mengkaji mengatakan bahawa Ya'juj dan Ma'juj telah bangkit dan keluar berkali-kali. Kebangkitan terakhir adalah ketika menjelang Kiamat, sebagaimana disebutkan juga dalam beberapa hadis Sahih. Para saintis sejarah menyebutkan bahawa mereka terhitung sudah Tujuh kali keluar dari persembunyiannya.

Pertama, zaman prasejarah Mongol, atau sekitar tahun 5000 SM Ketika itu mereka sanggup merubah dan menghancurkan peradaban China kuno, lewat serangan mereka dengan melewati gurun Ghabi.


Kedua, awal permulaan sejarah, atau sekitar tahun 1500 SM - 1000 SM, gelombang kedatangan mereka sebahagian muncul dari Timur laut. Mereka berniat menduduki sebahagian wilayah China, Asia Tengah, kawasan Mongolia dan Turkistan. Akan tetapi pengembangan mereka ke daerah-daerah itu dengan perdamaian bukan dengan serangan. Mereka hidup di sana dengan bekerja sebagai petani.

Ketiga, kemunculan Ya'juj dan Ma'juj kali ini di akhir tahun 1000 SM Dimana mereka menguasai wilayah pesisir laut Qazween, laut Hitam, utara Kaukasus, aliran sungai Danube dan Puljaa. Pada kebangkitannya yang ketiga ini, sejarah mencatat mereka telah melewati lorong sempit "Deriyal" di celah pergunungan Kaukasus untuk menyerang tamadun Nenoy, pada akhir tahun 700 SM Penyerangan mereka kepada Nenoy memberi pengaruh langsung pada jatuhnya peradaban Asyuria. Hal ini juga dibenarkan oleh Herodotus, bapa sejarah Yunani.

Keempat, di akhir tahun 500 SM, Ya'juj dan Ma'juj bergerak untuk menguasai daerah-daerah Asia Barat, dengan melalui lorong sempit Deriyal di celah pergunungan Kaukasus. Saat itulah Dzulqarnain atas permintaan penduduk di sana mendirikan benteng menutupi lorong sempit itu. Dengan adanya benteng itu, serangan mereka terhalang dan batal menguasai negeri-negeri yang sudah mereka lakukan.Negeri-negeri itu pun dalam sampai beberapa waktu.

Kelima, akhir tahun 300 SM, waktu itu kabilah Ya'juj dan Ma'juj mengarahkan pengembangannya ke wilayah Timur. Lalu tak lama kemudian mereka menyerang empayar China. Para sejarawah China menyebut kabilah Ya'juj dan Ma'juj ini dengan sebutan "Hyung Hu". Pada zaman itu empayar China dipimpin oleh Maharaja Qin Shi Huang atau nama gelarannya "Shih Huang Ti" yang maknanya "maharaja pertama".Di era pemerintahannya ia berjaya membina tembok agung China (The Great Wall).Pembangunan tembok ini bermula dari tahun 264 SM. dan selesai dalam jangka waktu sepuluh tahun. Tembok inilah yang merupakan benteng dari serangan Ya'juj dan Ma'juj.


Keenam, kebangkitan Ya'juj dan Ma'juj kali ini pada abad keempat Masihi. Ketika mereka melakukan pengembangan ke Eropah, dengan dipimpin oleh panglima perangnya bernama "Attila" . Pengembangan dan serangan tergolong berjaya, mereka menakluk kerajaan Rom lalu menguasai ibukotanya Rom, yang kemudian bandar ini mereka hancurkan. Mereka pun menguasai kerajaan Rom sampai beberapa abad kemudian.


Ketujuh, pada abad ke 12 Masehi atau abad ke 7 Hijrah di bawah kepimpinan Jenkis khan, mereka menyerang kerajaan-kerajaan Islam sebelah Barat, kemudian berkuasa dan menghancurkannya. Dan cucu Genghis Khan bernama "Hulago" berjaya memasuki Baghdad yang merupakan ibu kota pada zaman Khilafah Abbasiyyah dan menghancurkannya pada tahun 656 Hijrah.

E. Genghis Khan dan Hulago Pemimpin Ya'juj dan Ma'juj
Sebahagian sejarawan dan ahli tafsir berpendapat bahawa Mongol dan Tartar merekalah Ya'juj dan Ma'juj. Mereka yang disebutkan di atas telah bangkit dan melakukan pengembangan tujuh kali sepanjang sejarahnya. Dan keluarnya Genghis Khan dan Hulago kepada kebangkitan ketujuh Ya'juj dan Ma'juj, menurut para saintis merupakan pendapat yang boleh-boleh saja. Bukan pendapat yang mesti ditolak dan bukan pendapat yang aneh.
Kerana pengembangan Mongol atau Tartar selalu dalam jumlah yang besar dan menakutkan. Sementara itu bukti-bukti menyatakan bahawa serangan Mongol dan Tartar pada negeri-negeri Islam sangat besar dan merosakkan. Jejak penghancurannya terdapat bukti-bukti yang kuat.

F. Jatuhnya Baghdad dan Terbunuhnya Khalifah
Genghis Khan meninggal dunia pada tahun 624 Hijrah. Namun peperangan antara umat Islam melawan bangsa Mongol dan Tartar tetap berterusan. Sampailah kemudian kepimpinan Mongol ditangan cucu Genghis Khan, iaitu Hulago. Hulago pun tak kalah bencinya kepada Islam dan berniat terus memeranginya. Ia telah menyiapkan pasukan berjumlah 200 ribu orang untuk menyerang Baghdad.

Mereka menduduki Baghdad dengan mudah pada akhir bulan Muharram tahun 656 Hijrah. Saat itu tentera Islam berjumlah kurang dari sepuluh ribu orang. Dengan jumlah yang sedikit itu menjadikan pasukan Islam mudah dikalahkan. Ditambah lagi pengkhianatan dari para pegawai khalifah, sehingga pasukan Mongol mudah menguasai Baghdad. Di bandar Baghdad Hulago menumpahkan kebenciannya pada Islam, ia memerintahkan untuk membunuh seluruh penduduk Baghdad. 


Tak terkecuali khalifah yang berkuasa saat itu Al Mu'tashim Billah, yang merupakan khalifah terakhir Dinasti Abbasiyyah. Beberapa sejarawan berbeza pendapat tentang jumlah umat Islam yang terbunuh di Baghdad. Sebahagian mengatakan 800.000 ribu orang, 1.800.000 ribu orang dan bahkan ada yang mengatakan 2 juta orang terbunuh di Baghdad. Wajar jika yang meninggal dalam jumlah sangat besar, kerana pedang-pedang perajurit Hulago tidak berhenti selama 40 hari menebas leher orang-orang Islam, sehingga diberitakan ketika itu Baghdad banjir darah!

G. Perang 'Ain Jalut Serta Kalahkannya Ya'juj dan Ma'juj
Pasukan Mongol di bawah pimpinan Hulago merubah arah pengembangannya dari Baghdad menuju Syiria. Dengan disokong kekuatan yang lengkap mereka dengan mudah menakluk wilayah Haleb dan membunuh penduduknya.

Di Timur jauh wilayah Mongolia, berlaku perpecahan antara para pegawai dan panglima perang Mongol dalam masalah kekuasaan. Oleh kerana itulah Hulago panglima besar Mongol kembali ke negerinya untuk melihat langsung pertikaian itu.Ia menyerahkan tapuk kepimpinan di wilayah Syiria kepada "Kitbuqa". 


Pasukan Islam ketika itu dipimpin oleh Al Mudzaffar Saifuddin Qutuz dan Dzahir Pepris. Dua pasukan itu bertemu di suatu tempat yang dikenali dengan 'Ain Jalut. Perang itu sendiri pecah pada hari Jumaat, 25 Ramadhan tahun 658 H, dua tahun selepas Hulago membumihanguskan Baghdad. Pada perang di 'Ain Jalut ini tentera Islam memperoleh kemenangan dan berjaya menghancurkan tentera Mongol. Bahkan pangeran Jamaluddin Aqusyi mampu menerobos kejantung pertahanan musuh dan membunuh panglima perang Mongol Kitbuqa.

Kekalahan di 'Ain Jalut merupakan kekalahan pertama Mongol. Ini merupakan akhir kisah dari kebangkitan ketujuh kaum yang disebut Ya'juj dan Ma'juj itu. Setelah kekalahan ini tentera Mongol kembali ke negerinya, mereka mendirikan kerajaan-kerajaan di wilayah India, Khurasan, Turkistan dan lain-lain.

H. Kebangkitan terkini Ya'juj dan Ma'juj
Para penyelidik kembali menyimpulkan bahawa Ya'juj dan Ma'juj mereka adalah orang-orang yang berkulit kuning. Mendiami wilayah China, Korea, Tibet, Mongolia, Rusia, Turkistan dan lain-lain. Lalu apa hubungan mereka dengan kebangkitan Ya'juj dan Ma'juj menjelang hari kiamat?

China didakwa merupakan bahaya yang dahsyat bagi Eropah, Amerika, Arab dan lain-lain. Sedikit maklumat ekonomi Mesir hari ini mula dikuasai oleh bangsa pendatang (China). Bahaya di masa depan utamanya adalah berkaitan dengan jumlah penduduknya. Penduduk China merupakan satu perempat jumlah penduduk bumi.Jumlah itu terus bertambah dengan cepat. 


Memang belum jelas apa yang akan terjadi di masa depan, dengan terus bertambahnya jumlah penduduk bukan tidak mungkin mereka melakukan pengembangan besar-besaran. Pengembangan itu mungkin dengan cara damai atau bahkan dengan pendudukan secara paksa. Akan tetapi sumber sejarah membenarkan keadaan ini, dan mengingatkan aku agar mengingatkan bahawa akan bahaya China di masa depan. Seorang Maharaja Jerman pernah berkata, "akan celaka Eropah dari China!"


Kewujudan Rusia juga tidak boleh diketepikan, mungkin bekas negara kuasa besar itu bangkit kembali dan berkuasa. Kerana sejarah dan sunatullah mencatat ada pengulangan dari setiap kejayaan.
Sebahagian saintis berpendapat bahawa Ya'juj dan Ma'juj bukan ditujukan kepada kelompok atau etnik tertentu, tetapi lebih menekankan kepada sifat secara umum bagi semua kumpulan, etnik dan bangsa yang suka membuat kerosakan dan membunuh manusia. Tetapi pendapat ini dibantah, kerana bukti-bukti sejarah dan dalil-dalil agama menunjuk kepada kumpulan tertentu (baca: pengkhususan).

Kebangkitan Ya'juj dan Ma'juj menjelang hari Kiamat merupakan suatu kepastian.Mereka akan bangkit dari sebelah Timur dalam jumlah yang sangat besar, mereka menghabiskan 'sumber-sumber air' di negeri-negeri yang mereka lalui. Bahkan begitu tamak, sebahagian kumpulan Yajuj dan Ma'juj yang terkini tidak mendapatkan air itu. Ini semua tidak akan berlaku kecuali menjelang hari kiamat. Wallahu 'alam[Abu Nahidh]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan