Jumaat, 25 November 2011

Alhamdulillah..Artis Terkenal Filipina Peluk Islam Dan Berjilbab




Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yg mendamaikan hidup dan batin kata nya.

"Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," tambahnya lagi. Sebagaimana yg dilaporkan abs-cbnnews, 22/11.

Queenie Padilla juga berkata, ayahnya antara orang yg paling sabar dan gembira dengan keputusan yang dibuatnya. Beliau juga berkata “dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.

Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, "Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat," katanya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.

Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.

Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. "Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya. Alhamdulillah. 



Sumber



3 ulasan:

  1. saya suka artikel di blog anda

    terus jadi follower anda :-)

    BalasPadam
  2. Terima kasih.Saya buat ini tak lain ingin mencari redhanya.Semoga kita semua dapat sesuatu darinya dan semoga ianya dapat menjadi pencen kubur kita kelak.

    BalasPadam