Rabu, 26 Oktober 2011

Ramai Orang Kita Memakai Topi Keledar Biarpun Tidak Menunggang Motosikal


Menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kekadang dianggap kelaziman sebilangan kita.


Mungkin kerana segelintir masyarakat lebih gemar memakai topi 
keledar ketika mereka tidak menunggang kenderaan.


Barangkali mereka khuatir kaki tergelincir ketika berjalan di atas simen.


Saya juga berpeluang merakamkan detik gembira dua lelaki dipercayai warga asing 
di lokasi sama.



Seperti dijangkakan oleh majoriti pembaca, semua aksi itu dirakamkan di ...Toii..!

 
 ... dan di sini ...


Wajar jika sesekali penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor 
datang membuat pemeriksaan ke lokasi sama. Ramai pelanggan Melayu 
beragama Islam didapati membeli nombor ekor di tiga premis di Jalan TSB 9, 
Petaling Jaya terbabit.

Lebih molek jika mereka datang bersama penguatkuasa Kementerian Perdagangan 
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


2 ulasan: