Rabu, 19 Oktober 2011

Orang Ramai Dinasihat Tidak Jalani Terapi Ozon dan Chelation

Orang Ramai Dinasihat Tidak Jalani Terapi Ozon, Chelation

PUTRAJAYA 18 Okt. – Semua pengamal perubatan dinasihat supaya tidak menggunakan Terapi Ozon dan Chelation sebagai kaedah rawatan untuk sebarang masalah kesihatan, kecuali untuk tujuan penyelidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman. Dr. Hasan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia berkata, tiada bukti yang menunjukkan penggunaan dua rawatan terapi itu mendatangkan hasil terapi untuk sebarang penyakit.

"Keputusan dibuat selepas perbincangan menyeluruh dan hasil maklumat yang diperoleh daripada pangkalan data saintifik tempatan dan luar negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr. Hasan berkata, terdapat keperluan untuk menjalankan kajian lanjut mengenai kaedah dua rawatan itu, terutama mengenai keberkesanan dan keselamatan penggunaannya.

"Oleh itu orang ramai dinasihat jangan melakukan rawatan itu dan menanggung sendiri sebarang risiko jika mereka menjalaninya,” katanya.

Beliau berkata Majlis Perubatan Malaysia dan Kementerian Kesihatan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan akibat penggunaan kaedah rawatan itu.
- Bernama


BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan