Selasa, 4 Oktober 2011

Makanan Kesihatan yang Jarang Diceritakan Orang


Adakah anda mahu sihat dan bugar setiap masa? Tidak ada salahnya untuk mengikuti tips sihat ala ahli gizi Jonny Bowden.

Dr. Jonny Bowden adalah penulis buku "The 150 Healthiest Foods on Earth" atau "150 Makanan Tersihat di Bumi. Dia telah menyusun daftar makanan sihat yang seharusnya dimakan tapi kerap dilupakan orang.


Beberapa makanan dalam senarainya memang kerap dinikmati oleh kita, seperti jambu, tapi itu di luar , tapi senarai makanan sihat yang lain diabaikan oleh orang ramai.

Ini beberapa saranan dan tips Bowden tentang pemakanan yang sihat.


1. Bayam Merah


 
Mari cuba dengan bayam merah. Pada sayur-sayuran ini terdapat sumber asid folat dan pigmen merah yang baik untuk melawan kanser. Ingin memakannya?  anda boleh buat salad,tapi jangan memasaknya kerana jika dimasak boleh menurunkan kekuatan antioksidannya.

2. Kubis.



Mengandungi banyak nutrisi seperti sulforaphane. Menurut Bowden, bahan kimia yang dihasilkannya itu boleh menghasilkan enzim penghasil kanser.
Orang Indonesia kerap mengelakkan pengambilan kobis kerana takut penyerapan yodium ke dalam tubuh terhambat oleh sayur-sayuran ini. Namun, memakan kobis dalam jumlah mencukupi boleh bermanfaat untuk melawan kanser.
Cadangan untuk menikmatinya cuba diiris-iris ketika mentah atau taburkan dalam burger atau sandwich.


3. Lobak Switzerland.


 
Lobak mengandungi karotenoid yang boleh melindungi penuaan mata. Jika ingin maksimum, cuba memakannya dengan cara memotong kecil-kecil lalu menumisnya dengan minyak zaitun.

4. Kayu manis.


 
Ia berfungsi mengawal gula dalam darah dan kolestrol. Cadangan untuk mengambilnya.. isikan dalam minuman atau masakan. Kolak Padang biasa memakai kayu manis. Nasi kebuli Arab kadang juga memakai kayu manis.

5. Jus delima.


 
Berfungsi menurunkan tekanan darah dan kaya dengan antioksidan. Agar lebih bermanfaat cuba dibuat jus, selain tidak banyak vitamin yang terbuang, kesegarannya pun dapat dirasakan.

6. Plum kering.


Buah ini mengandungi antioksidan sehingga tidak boleh diabaikan.
Biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam kuih.

7.
Biji labu.

Bahagian yang cenderung kerap dibuang ini ternyata mengandungi banyak magnesium, mineral yang bila kadarnya cukup akan membuat risiko kematian awal berkurang.
Selain biasa dimakan dalam bentuk kuaci, juga boleh ditaburkan pada salad.


8.
Ikan Sardin.

Makanan ini mengandungi omega 3 dan kalsium yang tinggi dan minima zat merkuri. Ikan sardin biasanya juga mengandungi mineral-mineral penting yang biasa menjadi "kawan" dari vitamin B seperti: besi, magnesium, fosforus, kalium, zinc, tembaga dan mangan. Bagaimana menikmatinya?
Cuba pilih sardin yang dikemas dalam minyak zaitun atau yang lain.
Makan begitu saja atau sajikan bersama salad, sandwich atau dengan  bawang dan mustard.

9.
Kunyit.

 
Dikenal sebagai rempah-rempah yang mengandungi zat anti kanser dan anti-inflamasi. Biasa dimakan sebagai jamu atau dicampur dengan telur dadar dan sayur-sayuran lain.

10.
Bluberry

 
Walaupun dibekukan buah ini kadar nutrisinya tidak banyak berkurang.Ia mengandungi zat, dalam ujian buah ini boleh meningkatkan memori otak. Ingin menikmatinya? cuba buat jus pasti sedap. Boleh dicampur dengan yoghurt, coklat, susu soya atau taburan kacang almond.

11.
Labu.

 
Sayuran rendah kalori yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana bekalan vitamin A yang tinggi. Boleh mengenyangkan tapi tetap rendah kalori. Jika anda ingin menikmatinya boleh disapu mentega, dan taburan kayu manis atau dibuat kolak tapi berjaga-jaga -lah dengan kadar gulanya.


2 ulasan:

  1. hai dear.. i like that..
    Sardin segar kalau beli yg fresh lebih sihat dan lebih sedap.

    BalasPadam
  2. ya..akupun suka kalu dibuat goreng sambal burp..!Alhamdulillah

    BalasPadam