Isnin, 24 Oktober 2011

Lelaki Ini Ditahan Kerana Menciptakan Emas Dari Tahinya Sendiri


Banyak cara yang boleh dilakukan oleh orang-orang untuk mengaut kekayaan. Tapi bagi Paul Moran dari Ireland, menghasilkan emas dari kotorannya sendiri adalah mimpi dan pekerjaannya.


Namun jelas, mencipta emas dari kotoran manusia bukanlah pekerjaan yang mudah. Dan pada kes ini, sangat berisiko.


Dalam Ujikajinya itu ia memasukan kotorannya sendiri dan ditambah dengan baja serta pelbagai barang-barang sisa ke dalam pemanas berakhir dengan bencana. Bukannya menghasilkan pundi emas,tetapi projek itu menghasilkan jilatan api yang membakar bilik flat-nya. Dianggarkan kerugian dari kejadian tersebut sebanyak £ 3,000 atau sekitar 42 juta ringgit.


Dalam sidang, hakim mengulas kajian yang dilakukan oleh Moran.




"Aneh juga, anda sedang cuba membuat emas dari feses dan barang-barang buangan.


"Itu merupakan sebuah eksperimen menarik dalam rangka menggapai mimpi sebagai seorang ahli kimia, tetapi tidak akan berjaya."


Walaupun peguamnya mendakwa bahawa Moran adalah seorang intelektual, hakim tetap memutuskan tiga bulan penjara bagi Moran kerana perbuatannya dianggap telah membahayakan keselamatan orang lain.Dan ditambah satu bulan penjara lagi kerana ia didapati membaling kotorannya ke sekitar sel penjara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan